TICKER

Tuesday, October 11, 2011

5 Larangan Dalam Tidur

5 Larangan Dalam Tidur | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya. 
Cik Ash baru taw dalam tidur sebenarnya ada larangan yang patut kita elakkan untuk memastikan waktu istirehat yang cukup baik dengan tidur yang betul organ-organ dalam tubuh kita dapat beristirehat. 

Kalau kita kekurangan tidur dapat menyebabkan organ dan otak kita rosak. Jom tengok apa dia larangan tidur yang kita patut elakkan itu dekat bawah ini.

1. Jangan sekali-sekali tidur memakai jam tangan
Jam boleh menghasilkan radioaktif, walaupun hanya sedikit, tapi kalau terlalu lama memakainya boleh mendatangkan bahaya. 

2. Jangan sekali-sekali tidur bersama earphone
Gelombang medan magnet pada earphone boleh menyebabkan telinga kita menjadi sakit dan boleh menyebabkan gegendang telinga kita menjadi rosak. 

3. Jangan sekali-sekali tidur membawa handphone 
Gelombang medan magnet yang dihasilkan oleh alat elektronik ini, boleh merosakkan sistem saraf kita. 

4. Jangan sekali-sekali tidur ketika masih memakai make-up 
Hal ini dapat menimbulkan masalah pada kulit, kerana kulit tidak dapat bernafas. 

5. Jangan sekali-sekali tidur dengan suami/isteri orang 
Jangan nak cari pasal hahahahha, ini kerana anda mungkin akan tidur selama-lamanya...

Ok itu jer pengkongsian Cik Ash korang semua, saja-saja suka jer nak sharing, Cik Ash sendiri masih lagi amalkan perkara di atas waktu tidur yang no 2 dan 3.

4 comments: