TICKER

Friday, June 15, 2012

Drama Drama Deejavu Di Kinabalu (Slot Akasia TV3)




Drama Deejavu Di Kinabalu yang menampilkan pelakon-pelakon seperti Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman & Neelofa bakal menggantikan drama Seindah Sakura yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3. Tarikh tayangan drama ini pada 18 Jun 2012, jam 7.00 petang setiap hari Isnin – Khamis. Drama ini diarahkan oleh Erma Fatima. Sebanyak 28 Episode





Sinopsis Drama Deejavu Di Kinabalu
Mengisahkan tentang Nadira(Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan terpaksa menjalani pemindahan jantung tanpa pengetahuan orang lain termasuklah tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula dimiliki oleh bekas teman wanita Ammar(Aqasha) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya.


Ammar berasa kehilangan dan bersedih cuba untuk mulakan hidup baru dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia dipertemukan dengan Nadira.
Ammar merasakan banyak persamaan di antara Nadira dengan teman wanitanya. Namun kebahagiannya tidak berpanjangan apabila dia dikejutkan jantung Nadira adalah milik bekas teman wanitanya.Rupa-rupanya teman wanita Ammar telah mendaftar sebagai perderma jantung dan bersetuju jantungnya didermakan apabila dia meninggal dunia.Nadira pula seakan-akan telah lama mengenali Ammar,jantungnya berdegup pantas apabila Ammar berada berdekatan dengannya.
Dapatkah Ammar menerima hakikat ini? Adakah cintanya akan beralih arah kepada nadira? Bagaimana dengan tunang Nadira? Ini kena tengok dulu baru boleh tahu… :D
ps : baca sinopsis cam menarik dan nampak macam ada sikit2 cerita korean summer scent la …nnt tengok lah.. :)
lagu tema cerita DDK.. 


 photo signature_4.gif



No comments:

Post a Comment