Saturday, December 8, 2012

author photo
Fear Factor Selebriti Malaysia | Assalamualaikum.. Selamat berhunjung minggu di hari sabtu ni. Cik Ash ada nak share pasal Fear Factor Selebriti Malaysia.


Astro Ria bakal menyajikan penonton dirumah dengan sebuah program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia. Program yang diadaptasi dari program popular antarabangsa ini diberi nafas baru bersesuaian dengan budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia. 
 
Fear Factor ini mempunyai sebanyak 13 episode ini akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 20 Disember 2012 di saluran 104. Factor Selebriti Malaysia menampilkan 30 selebriti popular tanah air yang dibahagikan kepada 15 kumpulan yang terdiri daripada 2 perserta bagi setiap kumpulan. 
 
Berikut di antara barisan-barisan artis yang akan bertanding di dalam program ni iaitu Ezlynn & Nik Michael, Roslan & Azam Pitt, Dazrin Kamarudin & Hairul Azreen, Hafizul (On Air) & Hefny (On Air), Zaween Anwar (Hero Remaja) & Iz (OIAM), Arthur Tan & Celina Khor, Mejar Dr Faiz & Jehan Miskin, Azri (AF) & Atu (Raja Lawak), Didie Alias & Norisham Ismail, Akim Ahmad & Farish Aziz, Kak Ashraff & Jihan Ashari, Aria Lee & Alam (Wakaka Crew), Dafi Ismail & Zoey Rahman, Elfira Loy & Ajak (Shiro Raja Lawak) dan Gambit Saifullah & Aliff Hadi. 
 
Pengambaran program ini telah dilakukan sepenuhnya di Cape Town Afrika Selatan. Peserta diuji dari aspek ketahanan dan keberanian beraksi secara lasak selain ketahanan mental dan fizikal bagi memastikan peserta benar-benar layak memegang gelaran juara. Ini memperlihatkan kesungguhan selebriti-selebriti ini beraksi lasak yang tidak pernah kita lihat ataupun mereka sendiri lakukan sebelum ini. 

Bakal pemenang utama akan memenagi wang tunai sebanyak RM200,000.00 dan pemenang cabaran mingguan turut membawa ganjaran wang tunai RM10,000.00.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post