TICKER

Friday, August 21, 2015

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT

💝7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :

Gambar google

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu i stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat post, ATM dan lain-lain. 

2.  TAARIIKHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama dan sebagainya. 

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes,politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN 
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing dan sebagainya. 

5. AMALAN 
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN 
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita, Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka, Seperti firman Allah s.w.t  "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah mereka senang hati" (Surah Ali Imran 120)


Rasulullah s.a.w mengajarkan doa : Allahumma Ya Allah.. Selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila melihat keburukanku dia sebarkan. "

7. HUBBAN LI IMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza Wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghunjung malam, ia doakan sahabatnya, Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala. 
Dari 7 macam persahabatan di atas 1 hingga 6 akan LENYAP di akhirat , yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke- 7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah s.w.t : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf 67)
 Semoga dieratkan persahabatan kita ini kerana Allah... Aamiin...!!!💝

13 comments:

  1. Kebanyakkan sahabat Fidah byk yg no 6..depan bukan main..belakang Allah saja yg tahu...Harap Fida akan bertemu dengan Sahabat no 7 tu...Amin..

    ReplyDelete
  2. yes. keikhlasan krn Allah membawa ke syurga :)
    yg golongan aduwwan tu yg paling ditakuti...

    ReplyDelete
  3. banyak jenis rupanya.. kdg yg jumpa scara ttiba ni yg lebih rapat kan..:)

    ReplyDelete
  4. Assalam ekin,
    waaaaaaaaaa
    baguih niiiii
    thanx for sharing naaaaaa ekin

    ReplyDelete
  5. Moga kita jumpa banyak persahabatan no. 7 :)

    ReplyDelete
  6. susah nk cari sahabat seperti no 7

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang No 7 tu tah bila laa nak dapat....

      Delete
    2. JM sendiri x mampu nk jadi seperti no 7 tu

      Delete
  7. Jangan cari sahabat macam duit Syiling.. Depan lain belakang lain...

    ReplyDelete
  8. kalo kita jadi sahabat yang baik.. insyallah Allah akan hadirkan yg baik juga..
    anggapla yang kureng2 tu sebagai ujian.. hidup x semua indah kan..

    ReplyDelete
  9. Hurm..sukar mencari yang no 7 tuh.. yang banyak no 6..huhuhu..

    ReplyDelete
  10. Cik Mimie ramai sahabat no.1 je.. Taariikhan..

    No.7, satu dalam seribu :)

    ReplyDelete