Monday, February 8, 2016

author photo
Klon Ikon Ziana Zain Azlina Aziz  Juara Seiras Seirama | Assalamualaikum....Hai, ekin ingin mengucapkan Tahniah Buat Klon Ikon Ziana Zain diatas kejayaan dia semalam dalam Seiras Seirama yang menjadikan Azlina Aziz Juara Seiras Seirama untuk musim pertama ni.



Azlina Aziz berusia 26 tahun membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000 dan turut membawa sebuah trofi sumbangan dari astro. Selain Azlina, Mohamad Azri Abdullah, 28, dan Fazilah Asmar, 27 yang merupakan klon ikon Faizal Tahir dan Ella turut dipilih sebagai peserta top 3.

Azlina Aziz  menerima saingat hebat dari empat lagi finalis iaitu Nor Azri Zainuddin, 47, dan Ahmad Shukri Zakaria, 24, yang mewakili Ikon Jamal Abdillah dan Ikon Hafiz Suip. Ikon Misha Omar dan Ikon Mas Idayu pula diwakili oleh Nor Amierazatyka Ayob, 21, dan Noor Hayati Selamat, 55, turut memberikan persaingan sengit dengan persembahan terbaik mereka.

Kesemua peserta diadili oleh tiga juri profesional iaitu, Datuk AC Mizal, Datuk Khadijah Ibrahim dan pengarah terkenal Mamat Khalid.

Program pertama mencari klon artis terkenal tanah air itu dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi dan diadakan secara langsung dari Studio 1, Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil.


Pentas akhir Seiras Seirama bersiaran secara langsung bermula pukul 9 malam Ahad di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). 

This post have 4 komentar

avatar
Jari Manis delete February 10, 2016 at 8:28 AM

bila dgr suara Azlina Aziz tu ingatkan suara Ziana..mmg SEIRAS sgt..tahniah buat beliau

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post