TICKER

Saturday, October 22, 2016

Review Super Tint Lip Sheen Lipstick

Super Tint Lip Sheen Lipstick | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar untuk hari ini cik ash harap semuanya sihat walafiat ya.. 

 Super Tint Lip Sheen Lipstick
Ini cik ash nak review satu lipstick yang cik ash guna... lipstick cik ash dapat free gift masa pergi shopping dekat Spacial Syara dekat taman perumahan cik ash duduk loni.. masa dapat lipstick ini nampak macam pelik sebab first time tengok hahahhaha.. 

Ok cik ash cuba guna lipstick ini rasa sangat sesuai dengan bibir cik ash pakai dia bibir tak kering pun.. cik ash suka lipstick ni tapi sayang warna merah sangat hahahhaha.. abe cik ash dia tengok cik ash pakai warna merah ni siap tegur merahnya.. hihihihihi.. terpaksa la cik ash cari sesuatu untuk bagi warna ni tak merah sangat.. ekin campur-campur dengan warna lain.. hihihihihi.. Biasa la suami cik ash tak pernah tengok wife dia pakai gincu warna terang-terang kan bila pakai yang terang terkejut la kut.. 

Apa yang menarik pasal  Super Tint Sheen Lipstick ni ialah :- 

* Melembapkan bibir semulajadi 
* Warna yang Fresh 
* Lipstick long lasting tapi mosit 
* Tak mengeringkan bibir 
* Memelihara kesihatan bibir 
* pilihan warna yang sangat menarik 
* mudah digunakan 


Antara warna yang terdapat dalam Super Tint Lip Sheen Liptick ini ekin punya warna code no 02 hihihihihi.. barang orang bagi free kita guna la jah kan.. jimat duit xyah beli hahahhaha...

imej google 

7 comments: