TICKER

Wednesday, December 27, 2017

Peria Goreng Telur Hancur

Peria Goreng Telur Hancur | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar hari ini sihat ke tu, malam ni Cik Ash update blog nak share resepi peria goreng telur hancur style Cik Ash hihihi.. 

Peria Goreng Telur Hancur 


Dalam peti ais ada stock peria aritukan Cik Ash cerita pergi shopping dekat pandang serai nuh beli peria ibu mentua mengidam nak makan peria goreng telur hancur, kena masak ikut selera hihihihi.. alhamdulilah mujur cara Cik Ash buat menepati citarasa ibu mentua dan suami cik ash.. tengok dia makan bertambah nasi dah lalu makan tandanya dia dah sihat la tu. 

Resepi Cik Ash buat senang sangat guna jer bahan-bahan yang ada dekat rumah dalam peti ais, Cik Ash nak kata pandai masak tak pandai pun hahahhaha, alhamdulilah sejak jadi surirumah ni memasak jer kerja Cik Ash di samping buat kerja skill memasak dah mahir sikit ibu mentua pun puji hahhahah.. Jom korang usha resepi dekat bawah ini :- 


Resepi Peria Goreng Telur Hancur 

Bahan-bahan 

1 Biji Peria
3 ulas bawang putih 
1/2 labu bawang besar 
Segengam ikan bilis  
3 biji cili padi 
1 biji telur 
1 sudu kecil kfc serbuk kunyit
1 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk perasa

Cara membuatnya : 

1. Basuh peria, belah dua cuci buang biji bersihkan rendam air garam sejam, lepas dah sejam rendam tapiskan air tu. 
2. Goreng ikan bilis hingga  garing , lepas tu masukkan bawang putih dan bawang besar , cili padi ,tumis hingga naik bau.. masukkan peria gaul bagi sekata dengan bahan tumis tu.. 
3. Lepas tu masukkan telur biar seketika kacau-kacau bagi hancur dan sebati dengan peria tu masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau lagi hingga peria bersalut dengan telur. 
4. Siap boleh dihidangkan dengan nasi yang panas tak makan lauk lain pun tak pe. 




Ok la, itu jer cara Cik Ash masak Peria Goreng Telur Hancur sangat simple kan, hahahaha, memang masak style suami suka makan begitu, hihihihi... mungkin cara rakan blogger Cik Ash masak lagi sedap kan. Cik Ash boleh masak untuk suami dan ibu mentua, kadang-kadang anak saudara mari kat rumah siap dapat pujian sedap la mok su masak tak macam ummi la hahahhaha.. tersenyum lebar bila dapat pujian gitu kan. selamat memcuba resepi Cik Ash ini... pagi tadi Cik Ash ada shatre resepi Bendi Goreng Telur  jemput la baca ya. Kalau rasa teringin nak tengok koleksi resepi Cik Ash yang lain boleh klik kat Resepi.




4 comments: