TICKER

Monday, January 15, 2018

Resepi Ayam Phat Phet

Resepi Ayam Phat Phet | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya..

Ayam Phat Phet
Baru-baru ni Cik Ash ada ada buat Ayam Phat Phet versi derhaka hahahahaha... ayam phat phet masakan daripada thailand.. sekali sekala ubah selera lauk thai.. kenapa cik ash kata derhaka sebabnya Cik Ash tak ikut resepi sangat olah sendiri jer. Di dalam resepi sebenar kena masukkan belacan dan daun limau purut, kacang panjang.

Di sebabkan Cik Ash alahan dengan belacan,manakala suami pulak agak kurang masakan ada daun limau purut ni.. hihihihi.. so cik ash terfikir-fikir macam ner nak ubah cara nak bagi rasa sama jer dengan masakan yang asal.. Idea pun datang Cik Ash guna gantikan dengan daun saderi ,kacang buncis dalam masakan Ayam Phat Phet ni. Alhamdulilah suka sangat masak lauk suami makan bertambah-tambah nasi. hihihihi.. tu tandanya masakan isteri sedap hahahahaha perasan sudah cik ash ni.. Cik Ash punya resepi untuk 3 orang makan jer.. Eh terlebih pulak cik ash bercerita jom kita tengok resepi versi Cik Ash buat kalau nak ikut resepi asal boleh tengok dekat Azie Kitchen ya..


Resepi Ayam Phat Phet

Bahan-Bahan 

Bahan kisar 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit  halia
Sedikit lengkuas
2 batang serai
2 biji cili padi
2 keping lada kering 

Bahan lain
4 ketul ayam 
6 tangkai kacang buncis - potong menyerong
1 batang daun saderi -hiris nipis-nipis
1 batang carrot -potong bulat-bulat
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya : 
1. Kisar kesemua bahan kisar sampai lumat. Panaskan minyak dan tumis hingga pecah minyak. 
2. Bila dah nampak garing, masukkan garam,gula serta serbuk pati sedap jika suka. 
3. Setelah itu masukkan ayam,bagi ayam masak sempurna dulu, lepas tu masukkan kacang buncis, carrot dan hirisan daun saderi.
4. Gaul rata dan setelah sayur masak sempurna.Angkat dan dihidangkan dengan nasi yang panas. 



Ok la korang itu jer Cik Ash nak kongsi Resepi Ayam Phat Phet versi Cik Ash.. hihihihi.. selamat memcuba ya...

27 comments:

  1. Resepi menarik.. seronok bila suami makan bertambah kan ekin..

    ReplyDelete
  2. macam sedap je.. first time dgr resepi ni... nnt nk try larr..

    ReplyDelete
  3. okey akak amik resepi ni ye..senang je nak buat...boleh masak untuk bekal ke opis..

    ReplyDelete
  4. Wah first time dgr nme resepi..hehe.. Boleh try la nnti....hehhee

    ReplyDelete
  5. Hrtu zaza buat resepi petai phat phet... Tgk org share resepi dr thai.. Sdp gak hehe...resepi ayam ni xtry lg sbb jarang beli aym.. Tp lain kali blh cuba.

    ReplyDelete
  6. Nyun2. Sodappplnya.. nk buat menu berbuka

    ReplyDelete
  7. Oo masakan thailand ke. Patut la nama macam tu

    ReplyDelete
  8. Kalau akak pulak suka masak apa2 boh daun limaau purut..hahaha...tumis sayur pun mesti nak hiris2 daun limau purut..sebab wangi..heheheh

    ReplyDelete
  9. Resepi mcm nak buat rendang tp cuma kena tambah sayuran...nti boleh cuba

    ReplyDelete
  10. Senangnya tengok resepi ni, tapi kalau buat tak tau jd ke tak?

    ReplyDelete
  11. Phat Phet...hahaha...dah mcm Pot Pet dah..nmpk mudah resepi ni...nnt nak cuba..mcm padprik pulak

    ReplyDelete
  12. boleh try ni,, nampak mudah jee nak buat, hihi

    ReplyDelete
  13. Ros tak pernah makan lagi ayam masak phat phet ni. Terima kasih Cik Ash share resepi

    ReplyDelete
  14. hahaha versi derhaka . takpelah, yang penting sedap dan suami suka :) hehe

    ReplyDelete
  15. Feveret CCL ni . Selalu masak phat pet CCL pakai pes phat pet yang sudah siap diblend

    ReplyDelete
  16. alamak.. sedapnya tengok gambar tu.. boleh lah masakkan untuk hubby TB nanti.. tapi TB takdak daun saderi.. huhuhu..

    ReplyDelete
  17. Selalu juga kalau masak main derhaka2..hahaha..yang oenting sedap kann

    ReplyDelete
  18. Tak pernah dengar nama Masakan ni. Tapi boleh cuba ni. Dah dapat 1 resepi baru ni

    ReplyDelete
  19. Sedapnya. Makan dengan nasi panas panas memang terangkat

    ReplyDelete
  20. first time dengar name ni, ingat vietnamese menu!
    akan cuba next time!

    ReplyDelete
  21. ingat ayam pot pet hihi...adehh..nampak sedap!!!

    ReplyDelete
  22. Masa zaman belajar dulu memang lauk ni yang kinah cari. Entah le gila betul dengan lauk ni cuma masa tu tak tahu pulak namanya phat pet. Sedap oo

    ReplyDelete