TICKER

Sunday, February 25, 2018

Drama Tok Adi Astro Oasis

Drama Tok Adi Astro Oasis | Assalamualaikum... Hai selamat pagi semua, semoga dipermudahkan segala urusan buat anda semua ya.

Cik Ash ada nak bagitaw akan ada drama terbaru daripada Astro Oasis & Maya HD bertajuk "Tok Adi" iaitu drama spin off kepada drama popular "Tanah Kubur". So sesiapa yang pernah layan drama Tanah Kubur mungkin tak sabar nak tengok drama ni kan. 

Drama ni akan bermula pada 5 Mac 2018, setiap hari Isnin, jam 9 malam. So yang mana merindui lakonan tok adi boleh tengok drama ini nanti ya. Rasa Cik Ash agak lama dah tanah kubur dah tak ada tv astro oasis ni.

Drama "Tok Adi" ni mempunyai 10 episode yang memberi fokus kepada watak tok adi lakonan Nasi Bilal Khan juga dibantu oleh pelakon Izzue Islam, Johan As'ari, Saharul Ridzwan dan ramai lagi. 

Nantikan pada bulan Mac nanti kemuculan drama spin off daripada Tanah Kubur ini iaitu "Tok Adi". Cik Ash tengok instagram Rashid Sibir dalam proses penggambaraan lagi. Tak sabar nak tengok drama ni.Rasa Cik Ash dah lama  tak tengok lakonan Saharul Ridzwan, Johan dan Izzue kan.

Ok la semua itu jer Cik Ash nak kongsikan dengan anda semua mengenai drama "Tok Adi' ni. Jangan lupa tengok ya.. hihihihi...

4 comments:

  1. Wahh kembali lagi tok Adi ye hehe.. ok juga ada cerita camni.

    ReplyDelete
  2. aida nak tgk ni. tapi mlm tadi terlepas!!!
    now mlm tak on tv dah. sebab nak encourage izzat blaja membaca, ekin.
    if kita lalai, dia double triple lalai.
    kena tunggu ulangan ni...

    ReplyDelete