TICKER

Thursday, February 15, 2018

Ikan Talang Masin Masak Asam

Ikan Talang Masin Masak Asam  | Assalamualaikum, Hai, Cik Ash harap semuanya berada dalam kedaan sihat walafiat.


Malam ni Cik Ash nak share masakan di #dapurcikash hihihihi, Cik Ash masak ikan talang masin masak asam jawa, masak campak-campak jer hahahaha. Lagi pun Cik Ash puasa hari ini la. biasa la perempuan mesti puasa ganti, ada lagi 2 hari puasa hihihihi. 

Pertama kali Cik Ash masak ikan talang masin masak asam jawa ni, baru lepas berbuka satni try makan lauk tu memang selera terangkat la hahaha, nasib baik terlintas  dalam kepala tak boleh makan banyak nanti tak pasal-pasal perut sakit kan. 

Mesti anda semua tak sabar nak tengok resepi campak-campak Ikan Talang Masin Masak Asam yang Cik Ash buat ni, jom usha resepi dekat bawah ni, selamat mencuba resepi ni ya. 

Resepi Ikan Talang Masin Masak Asam 

Ikan Talang 
4 keping lada kering (digunting halus dan rendam)
2 biji bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu asam jawa (dibancuhkan dengan air) 
sedikit gula 

Cara Memasaknya :- 
1. Rendam ikan talang ,lepas tu toskan air.
2. Panaskan minyak goreng ikan talang sampai kekuningan,angkat toskan minyak. 
3. Tuang satu sudu minyak tumis bahan yang ditumbuk hingga garing lepas tu masukkan air asam jawa , gula sedikit dan bagi mendidih. 
4. Bila kuah dah mendidih boleh la dimasukkan ikan talang ke dalam kuah tu masak hingga ikan dan kuah sebati.
5. Siap boleh dihidangkan dengan nasi yang panas. 

Ok la ya, Cik Ash undur diri dulu penat hari ini puasa kan, hihihihi jumpa lagi di entri yang lain ya, Selamat mencuba resepi campak-campak Cik Ash ni.

8 comments:

  1. makan dengan nasi panas-panas rasanye menambah sampai 2 kali ni :)

    ReplyDelete
  2. walaupon ayu mcm tak pernah makan
    tapi nampak menyelerakan la kak ekin
    lapo plk bace malam3 cmni

    ReplyDelete
  3. aida x pernah lagi masak ikan talang.
    will try someday.

    ReplyDelete