TICKER

Wednesday, March 28, 2018

Gema Gegar Vaganza Musim Kedua Kembali Lagi

Gema Gegar Vaganza Musim Kedua Kembali Lagi | Assalamulaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.


Cik Ash ada nak sharing kepada peminat kumpulan Nasyid boleh geng dengan Cik Ash ni, mesti tak sabar nak tengok program Gema Gegar Vanganza Musim Ke-2 ini sebab menampilkan 11 orang peserta dengan pernyertaan enam kumpulan dan lima perserta solo.

Untuk musim kedua ini Cik Ash rasa pertandingan lebih sengit sebabnya semua kumpulan yabg bertanding semuanya Cik Ash minat tak kurang hebat perserta solo pernah popular suatu ketika dahulu.

Antara perserta yang turut bertanding di dalam Gema Gegar Vaganza ialah seperti Kumpulan In-team, Brothers, Mestica, Devotees, Rabithah, manakala untuk artis solo pulak Awi Rafeal, Farah Asyikin, Fitri Haris,Ippo Hafiz, Adeep Nahar dan Heliza & Hazwani.

Gema Gegar Vaganza musim kedua akan mula bergema selama tujuh minggu berturut-turut secara langsung di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135) mulai 31 Mac 2018, jam 9.00 malam. Manakala tugasan untuk pengacara GGV2 pula digalas oleh Siti Nordiana (penyanyi), serta pelawak dan pelakon, Fikri Ibrahim turut ditemani oleh Fakhrul UNIC. 

Juri untuk program GGV masih dikekalkan oleh "Juri Tetap" iaitu komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah dan anak seni yang cukup disegani di Indonesia, Oki Setiana Dewi serta seorang 'Juri Jemputan' pada setiap minggu.

Hadiah kemenangan untuk pemenang dalam program Gema Gegar Vaganza ini ialah 

Juara memenangi wang tunai RM100,000.00 dan sebuah trofi

 Naib Juara RM30,000.00 dan sebuah trofi

Tempat ketiga RM20,000.00 dan sebuah trofi

Tempat keempat RM15,000.00 dan sebuah trofi

Tempat kelima RM10,000.00 dan sebuah trofi

Tempat Keenam RM5000.00 dan sebuah trofi

Manakala untuk penaja program GGV musim kedua ini ialah pengeluar produk minuman tambahan dan penjagaan wajah penaja utama iaitu 'Beauty Kaseh'. Radio penaja untuk program ini pulak Radio Zaayan dan Gegar bergandingan dan bertindak sebagai Radio Rasmi GGV musim kedua. Salam Muslim pulak selaku Portal Rasmi akan menjadi medium perantaraan utama untuk mengemaskini berita terkini mengenai GGV musim kedua. 

Nantikan Gema Gegar Vaganza tak sabar nak tengok la.. harap boleh tengok live selalu waktu malam agak kurang nak buka tv hahahha.. tak pe tengok dekat online pun boleh nanti.

2 comments: