TICKER

Thursday, March 8, 2018

Resepi Kerabu Pucuk Tere Ataupun Gajus

Resepi Pucuk Tere Ataupun Gajus | Assalamualaikum.. Hai anda semua Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..


Hari ini Cik Ash ada sharing sesuatu dengan anda iaitu resepi baru daripada #dapurcikash hihihihi... disebabkan musim pokok gajus a.k.a tere mengeluarkan pucuk Cik Ash selalu kutip pucuk tu, puas makan dengan budu, atas permintaan suami dan ibu mentua diaorang nak makan kerabu pucuk tere so Cik Ash pun buat hihihihi... mesti anda semua pelik tengok kerabu pucuk tere Cik Ash lain sikit pada orang lain kan.

Begini la kerabu pucuk tere orang kelantan buat ya, guna santan untuk buat kerabu ni, kalau ikut Cik Ash pun tak taw gak nak buat masa awal-awal kahwin dulu, ibu mentua yang ajar Cik Ash buat hihihihi. Alhamdulilah loni Cik Ash dah mahir sikit dalam memasak dapat pujian ibu mentua.


Bahan-bahan nak buat kerabu pucuk tere pun dah ada tu yang semangat nak buat jom la kita tengok apa bahan-bahan Cik Ash guna untuk membuat kerabu pucuk tere ni. 

Resepi Kerabu Pucuk Tere 

Bahan-bahan :-
4 ekor ikan sardin ( direbus dulu dan di tumbuk  ataupun diblender) 
Pucuk Tere ( dihiris halus-halus) 
1 cawan pati santan ( dipanaskan dulu sebentar untuk mengelakkan santan basi)
1 biji asam limau nipis 
garam dan gula secukup rasa 


Bahan ditumbuk ataupun diblender:-

1 biji bawang besar merah 
1 batang serai (dihiris halus)
sedikit daun kesum (hiris halus) 
sedikit timun (hiris nipis)
1/2 sudu kecil lada hitam 
3 biji bawang putih 
1 inci  halia 

Cara membuatnya :- 
1. Cuci pucuk tere lepas tu hiris halus-halus.
2. Masukkan kesemua bahan yang ditumbuk ke dalam pucuk tere bersama dengan isi ikan.
3. Gaulkan bagi sekata semua bahan-bahan masukkan santan dan perahan jus limau nipis gaul bagi sebati.
4. Masukkan garam dan gula gaul lagi hingga sebati sesuaikan rasa apa ada yang kurang.
5. Siap dah kerabu boleh disimpan di dalam peti ais makan dengan nasi putih panas-panas boleh tambah selera.

Ok la anda semua itu jer resepi #dapurcikash iaitu Kerabu Pucuk Tere selamat memcuba resepi ringkas Cik Ash ini ya. Sebelum ni Cik Ash pernah juga sharing resepi kerabu yang lain antaranya boleh baca dekat Resepi Kerabu Jantung Pisang , Kerabu Pauh Ataupun Mangga Resepi Kerabu Belimbing Buluh.

24 comments:

  1. wahhhhh resipi baru, senang pulak tu. Nak try lah lepas ni. Thanks cik ash!

    ReplyDelete
  2. Nyum nyum menyelerakan =D

    Salam pagi khamsi sis. Ju dtg blogwalking. Dah lama xjogging jejari =D

    ReplyDelete
  3. ini kalau potong halus-halus lepas tu makan dengan laksa
    memang sedap :)

    ReplyDelete
  4. Pucuk gajus biasa saya buat ulam, celur makan dengan sambal belacan..
    Tak sangka boleh buat kerabu juga..
    Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  5. Wahh baru tau tere tu gajus hehe

    ReplyDelete
  6. Wow sedap ni, balik teganu nnt bolehla kutip daun gajus buat ni.
    Tq sharing

    ReplyDelete
  7. Akak suka makan pucuk tere ni...pucuk tere lamo x dengar. Buoh tere pun sedappp

    ReplyDelete
  8. Okay .mcm penah nmpk daun ni.. Cuma xkenal nama tere tu..hehehe.. Daun gajus rupanya.. Hehehe.. Bolehlah nak try2 nanti klo ada ...

    ReplyDelete
  9. Sedap jugak kan masak macam ni. Ros kalau makan, cicah sambal belacan atau buat ulam laksa je.. boleh cubalah

    ReplyDelete
  10. susah nak jumpa daun gajus ni... Kena pi pasar baru jumpa..Eh!rasa macam nak taanam pokok gajus la pulak..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat pasar besar melaka pasti ada ni.
      tapi, tak susah sgt carik.
      kat pasar mlm pun boleh ada pucuk gajus ni.

      Delete
  11. First time tau dengar pucuk tere ni.oenah tgk tapi tak ambil ahu pun pucuk ni boleh makan ke tak..hahah..teruk kan..

    ReplyDelete
  12. Sedapnya tengok..nad sukamakan kerabu pucuk paku..tapi ni pun nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerabu pucuk paku pun sedap. biasa kita jumpa kat kedai.
      kerabu taugeh...
      tapi pucuk gajus ni, rare lah pada aida :)

      Delete
  13. Dila first time tahu pasal benda ni kak nanti kene cuba buat ni... suka gak masak2 kalau ada free time... benda yang baru untuk dila... tq share tau

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak buat kerabu... Telan air liur bila nampak kerabu cik ash. Sedap! Tambah2 lagi letak banyak ikan.

    ReplyDelete
  15. Mcm sodap jeee.. rs mcm mak cik en pernah buat dolo2

    ReplyDelete
  16. pucuk gajus pun boleh buat ulam ye sis..baru tau ni..kene try

    ReplyDelete
  17. Tak pnh makan. Tp biasa jugak tgk pucuk tu.

    ReplyDelete
  18. woww.. TB suka pucuk gajus tu Cik Ash .. memnag kalau ada Pucuk Gajus tu makan pun bertambah2.. sedap sangat rasa lemak-lemak je kan? TB suka sangatt.. ni ada resepi buat kerabu lak.. aiiishh,, mesti cuba!

    ReplyDelete
  19. aida suka tau pucuk gajus, ekin.
    dulu kala tak suka. dah tua-tua ni tersuka tanpa sengaja plak :)

    ReplyDelete
  20. Aihhh tengok kerabu ni...sedap ni

    ReplyDelete