TICKER

Monday, April 9, 2018

Keputusan Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2018

Keputusan Pemenang Anugerah Meletop Era 2018 | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. 


Semalam telah berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era 2018 di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil. Anugerah Meletop Era bersiaran di Astro Ria dan Ria HD bermula pada jam 8.30 malam dengan acara karpet merah dia tunjuk-tunjuk artis-artis berjalan atas karpet dengan baju macam-macam rekaan la. Cik Ash tengok mula-mula tu layan la Anugerah ni dalam 11 lebih Cik Ash tak tengok dah hahhaha.. Entah agak kurang nak tengok anugerah ni. 

Tapi Cik Ash taw keputusan sebab ibu mentua Cik Ash tengok sampai habis hihihi dia yang bagitaw siapa pemenangnya . Permulaan majlis diserikan persembahan Altimet, Lagu-lagu 70's nyanyi oleh Ito Blues Gang, 80's oleh Francisca Peter, 90's oleh Kumpulan Kool, Noh Hujan.

Malam tu ada persembahan artis-artis lain iaitu Ruffedge, Ramli Sarip, Gersang dan Mas Idayu dan ramai lagi. Keputusan pemenang penuh Anugerah MeleTOP Era 2018 seperti di bawah ni : 

Artis Baharu MeleTOP - Farah Nabilah

Si Cilik MeleTOP - Arif Jiwa Asyraf

Couple MeleTOP - Jep Sepahtu & Sari Yanti

Program Radio MeleTOP - Johara Pagi Era

Penyampai Radip MeleTOP -  Johan (Era)

Program MeleTOP - Sepahtu Reunion Live 2017

Hos MeleTOP - Nabil Meletop

Artis Lawak MeleTOP - Zizan Razak

Drama Meletop - Red Velvet

Pelakon Meletop - Neelofa

Grup/Duo Meletop - Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Penyayi Meletop - Khai Bahar

Lagu MeleTOP - Bayang ( Khai Bahar)

Filem MeleTOP - J Revoulusi

Bintang Filem MeleTOP - Nur Fazura (J Revolusi)

Top Top MeleTOP  ( Lelaki) - Khai Bahar

Top Top MeleTOP (Wanita) - Neelofa

Bagi Cik Ash AME 2018 ok la lagipun Cik Ash sekejap jer mengantuk dah hahhahah.. ada perubahan yang sebelum ni, tahniah kepada semua pemenang Anugerah MeleTOP Era 2018.

No comments:

Post a Comment