TICKER

Saturday, April 7, 2018

Kewangian Berkekalan Dengan Gabungan Breeze Luxury Perfume Dan Comfort Aromatherapy Magical

Kewangian Berkekalan Dengan Gabungan Breeze Luxury Perfume Dan Comfort Aromatherapy Magical | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. 

Baru-baru ini  Cik Ash ada dapat dua produk iaitu Breeze Luxury Perfume dan Comfort Aromatherapy, Mesti korang nak taw dari mana Cik Ash dapat produk ni kan. Cik Ash ada join satu website untuk kita tester produk yang akan diberi percuma, sebenarnya Cik Ash dah lama join Home Tester Club dari tahun 2015 lagi tapi tak pernah rezeki dapat untuk percubaan produk, Alhamdulilah rezeki tahun 2018 pada bulan Mac aritu Cik Ash berpeluang dapat memcuba produk ni,memang teruja nak guna dua produk ni sebab nya Cik Ash nak alami sendiri penggunaan dua produk ini. Untuk memberikan pakaian kita bersih dan segar bau wangi hingga sepanjang hari.

Breeze Luxury Perfume dan juga Comfort Aromatherapy Magical kedua-dua gabungan yang terbaik setakat penggunaan Cik Ash ni sebabnya Breeze  Luxury Perfume baru dirumuskan dengan 3 kali kuasa untuk menanggalkan kesan kotoran.Manakala Comfort Aromatherapy Magical pulak 100% minyak pati semulajadi untuk wangian tahan lebih lama pada pakaian. Memang Cik Ash suka sangat dua gabungan ni sebab wangi kekal lama dan lembut jer kain. Sambil melipat kain pun duk cium kain ni hahahahaha..


Percubaan kali pertama  Breeze Luxury Perfume dan  memang terbaik sangat la, wangian semerbak bau seluruh rumah sampai mak mentua Cik Ash kata wanginya bau. Yang paling Cik Ash suka dengan Breeze Luxury ini sebabnya pakaian kita tak ada habuk sabun bila dah kering. Berbeza sangat sebelum ni Cik Ash selalu guna sabun serbuk macam-macam jenama.


Untuk bahagian pelembut kain pulak Cik Ash selalu guna Soflan,Daia dan lain-lain, selalu shopping beli yang mana offer hihihihi.. Apabila menggunakan Comfort Aromatherapy Magical wah memang berpuas hati dengan bau wangian comfort gabung pulak dengan breeze memang sangat berpuas hati la. Lepas ni nak bodek-bodek suami guna dua produk ni hahahaha.


Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu ya.. Jangan lupa taw guna guna dua produk iaitu Gabungan Breeze Luxury Perfuma dan Comport Aromatherapy Magical kewangian berkekelan hingga berpanjangan... "Dari Haruman Turun Ke Hati" eh saja-saja jer Cik Ash jer tu hahahahha..Jom korang daftar di Home Tester Club.

5 comments:

  1. sdap arr dia..wangi blako la pakaian dia..hihi

    ReplyDelete
  2. Semakin canggih.
    Zaman dulu pakai sabun basuh breeze serbuk atau yang buku tu.

    ReplyDelete
  3. Rumah aira pun pakai luxury perfume. Memang terbaik tiptop sangat wangiannnnn. Recommended 👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  4. Wow!!! boleh cuba ni.. sebelum ni pakai brand lain

    ReplyDelete