TICKER

Thursday, May 17, 2018

Sandwich Daging

Sandwich Daging | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat. Selamat berpuasa semua.


Baru-baru ini Cik Ash ada buat sandwich daging untuk suami bekalkan pergi kerja, sebenarnya pening dah Cik Ash buat sandwich apa bekalkan suami pergi kerja. Kebetulan sangat ada daging dekat rumah tu yang terlebih rajin buat daging tu.

Cik Ash buat isi daging untuk sandwich campak-campak jer, hihihi..guna jer bahan-bahan yang ada dekat dapur tu. semua ada tu menjadi daging blackpaper ni. Mesti korang tak sabar nak tengok resepi sandwich daging kan, cara buat isi daging memang senang sangat taw. Bukan susah pun senang sangat.

Resepi Sandwich Daging

Bahan-bahan
250 gram Daging
1 biji ubi kentang
1/2 carrot
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu sos lada hitam
secubit mixed herbs
1 sudu kfc secukup rasa
1 sudu kfc garam

Cara membuatnya

1. Daging dikisar dengan blender pengisar.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
3. Masuk daging goreng hingga daging tu kecut.
4. Lepas tu masukkan sos lada hitam.
5. Masukkan ubi kentang, carrot dan masukkan sedikit air gaul hingga sebati.. biarkan mendidih hingga air kering.
6. Tambahkan dan sesuaikan perasa.
7. Siap.

Ok la itu jer yang Cik Ash kongsikan resepi #dapurcikash dekat blog ni.. hihihihi

3 comments:

  1. Sally selalu guna daging burger..nanti nak cuba guna daging biasa pulak..thanks share! boleh buat inti kebab neh..hihihi

    ReplyDelete