Sunday, August 7, 2011

Botak (Juvana) & Fasha Sandha Digandingkan Dalam Drama Cinta Elisa |Assalamualaikum... Hari ini Ekin nak berkongsi dengan korang slot drama terbaru TV3 ini bakal menggantikan drama A’na Lulu lakonan, Nora Danish, Wawa, dan Kamal Adli. Drama baru yang bertajuk Cinta Elisa ini bakal ditayangkan di televisyen pada bulan September nanti. Tarikh sebenar masih belum diberitahu lagi tapi yang menariknya, Botak iaitu pelakon drama siri Juvana atau nama sebenarnya Johan Ariff telah digandingkan bersama ratu gosip sensasi, Fasha Sandha.


Johan Ariff ini yang pertama kali bertemu Fasha Sandha pada konsert Jom Heboh! berkata, dia amat gemuruh dan menggigil ketika disuruh berdiri di sebelahnya kerana Fasha Sandha adalah artis wanita yang disanjunginya.
Dia yang pernah digosipkan bersama Izreen Azminda, sekali lagi akan melakonkan watak yang agak jahat dan ganas tapi lembut dalam Cinta Elisa, Cinta Elisa telah memulakan penggambaran mereka pada 25 julai lepas. Nantikan 13 episod Cinta Elisa di TV3.





Next article Next Post
Previous article Previous Post