Monday, January 30, 2012

Ulangtahun Ke 27 tahun

Ulangtahun Ke 27 tahun | Assalamualaikum... Alhamdulilah sampai hari ni Allah masih memberikanku bernagas dan menjalani segala kehidupan ni.



Begitu banyak nikmat yang Allah berikan, bersyukur dengan berbagai hal yang telah Cik Ash capai walaupun ada beberapa impian yang belum Cik Ash gapai iaitu menjadi seorang isteri bakal suami tercinta... hehehe... berangan-angan la sangat wahai Cik Ash.
 
Di usia 27 tahun ini dan Allah memberiku keluarga yang penyanyang, sahabat-sahabat yang setia. Terima kasih untuk sahabat-sahabat di facebook, fan pages yang Cik Ash jadi dan untuk seluruh sahabat-sahabat Cik Ash yang mengucapkan besday buat Cik Ash.

Terharu Cik Ash tengok didepan komputer membaca setiap ucapan dari sahabat semua, semoga sisa umur ini Allah berkahi dengan hal-hal yang bermanfaat boleh menjadi muslimah yang lebih baik lagi, bisa membahagiakan orang tua jauh dilubuk hati Cik Ash semoga Allah kabulkan keinginan nanti.

Thursday, January 12, 2012

Wardina: Kalimah Allah selamatkan keluarga saya

Wardina: Kalimah Allah selamatkan keluarga saya





semoga kak wardina dan family tabah dengan apa yang terjadi.. alhamdulilah kak dan family selamat dengan berkat Kalimah Allah.. 



AMPANG - "Keluarga saya tak putus-putus membaca ayat suci al-Quran agar kami sekeluarga dilindungi oleh Allah dan tidak diperapa-apakan oleh perompak."

Demikian kata Wardina Safiyyaf Fadlullah, pelakon dan model, ketika menceritakan detik-detik cemas sewaktu rumahnya di Bukit Utama 2 dekat sini, dipecah masuk tiga perompak bertopeng, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 3.15 pagi ini disedari Wardina apabila tubuhnya digerakkan oleh perompak semasa dia tidur berseorangan kerana demam.

Wardina berkata, suaminya, Ikhwan Johari pula tidur bersama anak lelakinya di bilik lain dan tersedar apabila perompak tersebut turut menggerakkan suaminya.

Menceritakan saat cemas itu lagi, Wardina berkata, kerana terlalu takut, dia cuba melindungi dirinya dengan hanya berselimut.

"Saya cuba elakkan muka saya dilihat dengan berselimut kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas diri saya dan hanya kalimah Allah yang saya mohon bantuan ketika itu.

"Kemudian perompak tersebut meminta barang kemas saya tetapi saya tiada barang kemas kecuali cincin pusaka nenek dan gelang hantaran perkahwinan yang saya serahkan," kata Wardina.

Katanya, kemudian tiga anaknya, suami dan seorang pembantu rumah berkumpul dalam biliknya dengan berselimut sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan harapan hati perompak tersebut dapat dilembutkan.

Dia menambah, sewaktu keluarga tidak henti-henti melafazkan kalimah suci al-Quran, perompak tersebut tidak tenang dan berkali-kali mengarahkan mereka berhenti melafazkannya.

"Pada waktu itu juga, seluruh keluarganya nampak dengan jelas ketiga-tiga perompak tersebut termasuklah anak lelakinya yang meraung menangis dan kini dalam keadaan trauma dengan kejadian tersebut.

"Mujurlah semasa kejadian itu, jiran di belakang rumah saya menyedari sesuatu berlaku dan menghubungi pengawal keselamatan taman supaya menyiasat apa yang berlaku.

"Sebaik sahaja perompak tersebut dengar pengawal keselamatan tiba , barulah ketiga-tiga perompak tersebut beredar," kata Wardina lagi.

Sementara itu, Ikhwan berkata, kakinya telah dipukul dengan kayu dan 'screw driver' apabila cuba menjerit selepas sedar dia digerakkan oleh perompak.

"Saya telah memberitahu kepada perompak tersebut agar tidak menyentuh isteri dan anak-anak saya.

"Jelas perompak tersebut mahukan wang dan barang kemas sedangkan kami tidak menyimpan barang-barang kemas selain buku-buku, namun mereka tidak berpuas hati dengan alasan kami.

"Perompak tersebut turut meminta saya menyerahkan dompet tetapi bernasib baik saya tidak ada wang tunai yang banyak ketika itu. Antara lain barang yang dicuri adalah empat komputer riba, telefon bimbit dan barang-barang lain," kata Ikhwan.

Katanya, selama empat tahun keluarganya tinggal di Bukit
Antarabangsa, inilah kejadian pertama yang berlaku ke atas keluarganya.
Wardina dan Ikhwan mempunyai tiga anak.


Sumber: Sinar Harian


Monday, January 9, 2012

Drama Bicara Hati Adaptasi Dari Novel

Drama Bicara Hati Adaptasi Dari Novel | Assalamualaikum...Hai, Sekarang ni kebanyakan novel dah ada di dramakan dan difilemkan bermula dengan Lagenda Budak Setan, Nora Elena adaptasi Kasih Yang Suci,filem Ombak Rindu yang pecah panggung dan juga drama terbaru di TV3 yang akan menggantikan Tentang Dhia iaitu Gemersik Kalbu.

                                                 

Terbaru ada satu lagi drama yang korang semua boleh letak dalam list mesti tonton. Drama terbaru di Astro Prima iaitu tajuk Bicara Hati akan bermula pada hari Selasa jam 9.00 malam. Drama ini dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan juga pelakon Cris.

Sinopsis Drama Bicara Hati

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkancadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanitayang tidak pernah dicintai.Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untukmemperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidakdikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan olehTengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapidengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dandia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. TengkuSyahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapatmengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuahkisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

Tapi sayang cik ash tak berkesempatan nak tengok episode 1 ramai cakap best cerita dia.. cari2 la kat youtube ada tak cerita episode 1 ni... 




Saturday, January 7, 2012

jOm Baca Kalau Ingin Berjaya

jOm Baca Kalau Ingin Berjaya


Assalamualaikum & Selamat petang semua. Hari ini Ekin nak kongsi sikit tentang langkah-langkah kecemerlangan dalam pelajaran. Ilmu ni Ekin simpan dari zaman sekolah dahulu-masa tu dapat motivasi daripada pakar penceramah. Nasib baik tak buang buku lama tu, bila jumpa balik rasa sayang..mana tahu nanti boleh jadi panduan untuk anak-anak Ekin juga,kan? Hehe 😄. Jom Kita tengok satu per satu di bawah ini 👇
 
 
1. Keazaman Yang Kukuh
  • Ciri insan berjiwa kental
  • Semangat yang sentiasa membara
  • Kesedaran tinggi tentang pentingnya menggarap kecemerlangan
  • Berjiwa besar
2. Sikap dan Minda Positif 
  • Sikap & pemikiran berlandaskan agama
  • Kuasai bahasa & pemikiran positif
  • Contoh kata-kata semangat:
             - "Aku boleh"
             - " Sekarang juga" 
             - "Cuba lagi"
  • Ingat:kegagalan hanya sementara. Kalau jatuh, bangun semula. Patah sayap sekalipun, burung tetap teruskan terbang.
3. Usaha Gigih & Sistematik
  • Mulakan dari awal tahun untuk kecemerlangan di akhir tahun
  • Kuasai kemahiran belajar
  • Belajar dengan perancangan & strategi
4. Disiplin Diri Kukuh 
  • Perjuangan = Cahaya
  • Cabaran dalaman = Nafsu + Syaitan
  • Cabaran luaran = Persekitaran
 
👉 Hidup adalah perjuangan, cabaran pasti menanti. Hanya insan yang berdisiplin tinggi akan berjaya menempuh semua cabaran. 
 
5. Kemantapan Jiwa, Minda & Fizikal
  • Ketenangan jiwa → capai melalui ibadat, zikir & pembersihan hati.
  • Kesihatan mental & fizikal  → jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat & kekal cergas.
6. Berjiwa Pemenang
  • Benci dengan pencapaian biasa-biasa
  • Sentiasa fikirkan kebaikan bersama
  • Pegang moto hidup:
          " Hari ini mesti lebih baik daripada semalam."
 
Pendek kata, kalau nak berjaya kita kena ada azam yang kuat, minda positif,usaha gigih, disiplin tinggi, jiwa tenang & mental fizikal yang sihat. Yang paling penting - berjiwa pemenang.