Karnival Pendidikan MARA ini akan berlangsung pada 28 Mac 2012 dan 29 Mac 2012. Karnival macam ni diadakan di lokasi terpilih iaitu Di Stadium Muhammad Ke- IV Kota Bharu Kelantan. Kepada adik-adik yang lepasan SPM, STPM dialukan berkunjung ke karnival ni, mana taw masa anda di sana sebab dekat prorgam ni banyak pameran yang di adakan di sana..
Saturday, March 17, 2012
Karnival Pendidikan MARA - Peringkat Negeri Kelantan
Karnival Pendidikan MARA ini akan berlangsung pada 28 Mac 2012 dan 29 Mac 2012. Karnival macam ni diadakan di lokasi terpilih iaitu Di Stadium Muhammad Ke- IV Kota Bharu Kelantan. Kepada adik-adik yang lepasan SPM, STPM dialukan berkunjung ke karnival ni, mana taw masa anda di sana sebab dekat prorgam ni banyak pameran yang di adakan di sana..
Friday, March 16, 2012
PESTA BUKU KELANTAN 2012
Assalamualaikum & Hai semua. Nak kongsi berita gembira ni, pada 28 Mac hingga 3 April 2012 akan berlangsung Pesta Buku Kelantan 2012! Macam tahun-tahun sebelum ni, lokasi tetap sama iaitu di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam. Tempat ni memang strategik sebab dekat dengan Perpustakaan Awan Kelantan Bazar Tok Guru dan juga Stadium Muhammad IV.
⏰ Masa Operasi :
Dari 9.00 pagi sampai 10.00 malam setiap hari.
So, kalau korang duduk dekat-dekat Kota Bharu tu, jangan lepaskan peluang ni ya,Pesta buku bukan sekadar tempat membeli buku,tapi juga peluang kita tambah ilmu & bagi sokongan kepada para penulis supaya terus berkarya.
Banyak ilmu boleh kita gali - bukan sahaja ilmu fardu ain, tapi juga fadhu kifayah maca sejarah, matematik, sains dan macam-macam lagi. Ilmu ni lah yang bantu kita tapis maklumat & menangkis perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Ringkasnya, beli buku= tambah ilmu= dapat pahala. Best kan?
Jom kita sama-sama meriahkan Pesta Buku Kelantan 2012 ni.
Selamat berpesta buku semua!
Monday, March 12, 2012
Biodata Hero Dan Heroin Vanilla Coklat
Drama Vanila coklat semakin hari semakin di mintai bukan sahaja dari kalangan remaja bahkan juga golongan dewasa. Lakonan pelakon baru Aiman Hakim Ridza yang memasuki rancangan Mentor ni semakin lama semakin dikenali menerusi drama Vanilla Coklat itu.
Di bawah ini ada sedikit biodata dan gambar mengenai kedua-dua pelakon drama Vanilla Coklat
Biodata Aiman
Nama Penuh : Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh
Tarikh Lahir : 17 Januari 1989
Tempat Lahir : Johor Bahru
Umur : 29 Tahun
Sejak dari lahir Aiman tinggal di Johor sehinggalah tahun 1990. Kemudian, dia berpindah ke Pulau Pinang hingga 1994. Bermula tahun 1994 dia menetap di Shah Alam dan Subang Jaya.Selain mempunyai bakat nyanyian, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Aiman pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usia 12 tahun. Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo. Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah apabila dia bermain bola sepak bersama pasukan Bayern Munich.
Biodata Izara Aishah
Nama Komersial : Izara Aisyah
Tarikh Lahir : 28 September 1992
Usia : 20 Tahun
Asal : Bakar Batu, Johor Bahru
Pencapaian : Tempat ke 2 Dewi Remaja 2009/2010
Sekolah : SK Seafield 3, SK Bukit Indah, SMK Cochrane, SMK Seri Hartamas
Twitter : @izaraAishah
Blogger Kegemaran : Hanis Zalikha dan Nazirul Hazwan
Drama : Vanilla Coklat, Keranamu Laila, Kasih Najihah, Masih Membara Cintaku, Cikaro, Soffiya, dan Jiwa Lara.
Telefilem : Hantu Gigi
Sifat dan sikap Izara Aishah:
- Hanya mengamalkan makan nasi sekali sehari
- Mengikut petua neneknya yang gemar minum air teh untuk kesihatan badan
- Bersihakan muka sebelum tidur
- Produk yang dipakai ialah Clean n Clear
- Gemar pakai kasut tumit tinggi “stiletto” dan “wedges”
- Kasut tumit tinggi yang biasa dipakainya ialah 6 inci
Monday, March 5, 2012
TAHNIAH BIENDA DAPAT BABY GIRL
Penyanyi Bienda berkata dia mendapat ilham untuk memberikan nama Lavienda Namiraz kepada anak perempuannya yang baru dilahirkan itu daripada perwatakan drama telenovela Latin yang kerap ditontonnya ketika hamil.
“Saya dan suami masih kekok dan terkejut dengan kehadiran anak kami dalam keluarga. Selama ini, saya mengandung dan kini dia sudah lahir, saya susah hendak gambarkan perasaan itu.
Saturday, March 3, 2012
Drama Bunga-Bunga Syurga Slot Zehra
Drama Bunga-Bunga Syurga Slot Zehra | Assalamualaikum...Selamat petang kawan-kawan Cik Ash...Cerita drama Dingin Lavande dah habis kini akan digantikan dengan Bunga-Bunga Syurga yang akan menemui anda setiap Jumaat pada pukul 9.00 malam. Jangan lupa tengok pada 9 Mac ni. Drama ini bukan adaptasi daripada novel kalau tak silap Cik Ash.
Sebuah drama siri bertajuk “Bunga-Bunga Syurga” menampilkan Johan As’ari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Rozita Che Wan, Bea Rameshan, Eyka Farhana, Eira Hazali, Daniel Hakim, Dato’ Eizlan Yusof dan ramai lagi bakal menemui penonton bermula 9 Mac ini. Bunga-Bunga Syurga terbitan Suhan Movies merupakan hasil karya pengarah, Jet Lee atau nama sebenar M. Nazir Juhan dan penulis skrip, Sharifah Abu Salem.








