Saturday, June 16, 2012

author photo
Slot Lestary TV3 : Bukan Bidadari


Bukan Bidadari yang akan ditayangkan pada 19 Jun 2012 setiap selasa 9.00 malam di Slot Lestary yang akan mengantikkan 3 Janji.  Lakonan oleh Sharnaaz Ahmad, Nad Zainal,Sara Ali, Azlee Khairi,Fiza Halim, Munif Isa,Azhar Sulaiman. cerita ni dari pengarah tersohor Kabir Bhatia. 

Sinopsis Bukan Bidadari
Inas merupakan seorang gadis yang manja, kaya dan sempurna. Keadaannya berubah setelah ayahnya meninggal dunia dalam nahas kapal terbang. Selepas kematian bapanya, kehidupan Inas tidak stabil. Inas terpaksa memikul hutang bapanya. Pada masa yang sama, dia perlu menjaga ibunya Puan Hani yang dilanda kesedihan.

Untuk menyelesaikan masalah keluarganya, Puan Hani menyuruh Inas berkahwin dengan Arif, seorang lelaki yang kaya. Tetapi malangnya, Arif seorang lelaki yang kasar dan suka menyakiti Inas. Dugaan sering menimpa Inas sehingga Arif dilaporkan terbunuh dalam suatu kejadian ngeri. Inas mula merasakan kebebasan tetapi kebebasan itu hanya sementara apabila Arif kembali dan sebenarnya dia tidak meninggal dunia.


This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post