Friday, July 13, 2012

author photo
Perkenalan Aku Dan Dia Bermula Di Radio On9 | Assalamualaikum...Pagi-pagi masa ni baru ada idea nak menulis blog... Agak lama Cik Ash tak menulis dekat blog ni. Mesti ada yang rindu coleteh Cik Ash yang tak seberapa ni.. Cik Ash nak kongsi kisah pengenalan Cik Ash dengan sesorang ni. 




Kisah kami ini bermula semasa Cik Ash join satu stesen radio online pada bulan November 2010. Dari sana la Cik Ash mengenali seorang lelaki... Mula-mula Cik Ash dan dia hanya seorang kawan, bila dah lama berkawan timbul perasaan kasih sayang antara Cik Ash dengan dia. Dia seorang yang baik banyak tolong Cik Ash dalam kesusahan. 

Semasa menjadi Dj Radio On9 macam-macam dugaan yang Cik Ash tempuhi semasa nak tarik diri dari dunia DJ radio On9, dia la yang memahami situasi Cik Ash bagaimana ahli keluarga Cik Ash tidak benarkan Cik Ash terlibat dengan dunai Dj. 

Dia la yang banyak bagi nasihat dan bagi semangat dekat Cik Ash sampai sekarang.. perhubungan kami hampir terputus sebab ada selisih faham masa tu.. mungkin salah Cik Ash masa tu.. Alhamdulilah hubungan kami kembali bertauh semula dengan sampai la sekarang... Dah nak masuk 2 tahun perkenalan Cik Ash dan dia. Dia pun dulu-dulu berDJ juga di stesen radio di situ ada dia disitu jugak ada Cik Ash... Hehehe.. nama lagi pendengar yang setia. 

Setelah lama kami kenal teringin jugak bersua muka kan, nak kenal lebih rapat lagi, pada 1 Mei 2011 kami pun merancang untuk berjumpa, kebetulan masa itu dia balik ke kelantan, satu pertemuan yang tak dapat Cik Ash lupa dan pertama kali dalam hidup Cik Ash berjumpa dengan lelaki bertentang mata. hahahha... Kami tidak berjumpa diluar , Si dia mari dekat rumah sebab aboh nak bagi amaran kalau nak jumpa dengan sesiapa suruh datang rumah. Itu syarat aboh tak bagi anak perempuanya bebas kenal dengan sesiapa hihihi.. Semasa waktu pertemuan tu Ma Cik Ash ada. 

Hati ini berdebar-debar nak berjumpa dengan si dia, nak buat macam mana diradio ku mendengar suaramu , ku terpikat hahaha, tak kenal rupa secara depan pun lagi. Semasa jumpa dia terdetik dalam hati adakah dia jodoh Cik Ash. Cik Ash berserah pada Allah. Kita hanya merancang Allah yang menentukanya. Semoga Cik Ash dan dia diberkati oleh Allah dengan hubungan ni.  

Untuk pengetahuan korang semua Cik Ash dah bertunang dengan dia pada 10 Feberuari 2012, Dan telah berkahwin dengan dia pada 29 Mei 2014... Alhamdulilah kini Dia yang dimaksudkan adalah suami Cik Ash hingga akhir hayat doakan kan kami semoga dikurniakan zuriat-zuriat yang comel.. aamiin..



1 komentar:

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post