Saturday, December 21, 2013

author photo
Drama Korea Versi Islamik "Aku Ada Wali-Fatimah Syarha" | Assalamualaikum...Cik Ash ada dapat info dari Facebook Fatimah Syarha novelnya Aku Ada Wali bakal diadaptasi ke drama tidak lama lagi. Alhamdulilah cerita islamic ni yang Cik Ash tunggu selepas cerita Warkah Cinta, Cinta Dan Wahyu yang telah diadaptasi aritu. Semoga cerita macam ini diperbanyakkan lagi di siaran tv.Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah Siti Saleha,Zahril Adzim,Puteri Chi Chi, Aida Jebat dan Zoey Rahman.Aku Ada Wali bakal bersiaran di TV AlHijrah pada 14 Januari 2014 setiap hari Selasa pukul 10.00 malam. 





Petikan Daripada Utusan Malaysia
Sudah menjadi formula buat penerbit kini untuk menerbitkan drama berdasarkan adaptasi novel popular.Bagaimana pendekatan berbeza diambil dalam pembikinan drama bersiri Aku Ada Wali yang akan ditayangkan di TV AlHijrah pada bulan Disember nanti. Penerbitnya memilih untuk menayangkan drama 13 episode ini dahulu sebelum melepaskan novel Aku Ada Wali di pasaran.

Bagaimanapun konsep asal drama ini sebernarnya memang hadir dari penulis novel terkenal iaitu Fatimah Syarha Mohd. Noordin yang juga penulis novel Seindah Mawar Berduri.

Idea itu hadir ketika perbincangan antara pihak penerbit dan penulis. Menurut pemilik Tsar Asia Sdn. Bhd, Wan Sariah Wan Jaafar, dia percaya dengan kemampuan drama itu memandangkan Fatimah Syarha sudah mempunyai peminatnya sendiri.

"Saya memang mahu drama bersiri ini ditayangkan dahulu dan seterusnya baru novel dikeluarkan. "Saya percaya akan kemampuan drama ini memandangkan  penulis novel itu sendiri sudah mempunyai pengikutnya sendiri, "katanya. 

Memilih pelakon hebat seperti Siti Saleha,Zahiril Adzim dan ramai lagi menurut Sariah,demi memberi kelainan dari drama bersiri lain yang sering memilih Asia sebagai lokasi yang di sana. Selain Seoul,Busan juga akan menjadi lokasi penggambaran drama ini.

"Kalau mahu diikutkan,ini merupakan projek terbesar untuk produksi saya,memandangkan ia melibatkan penggambaran diluar negara serta ramai pelakon hebat.Bagaimanapun mengenai bajet pula tidaklah terlalu besar kerana kami mendapat banyak bantuan terutamanya dari pihak AirAsia,"katanya.

Sementara itu bagi pengarah drama ini, Aidilfitri Mohamed Yunos,sungguhpun pihak TV Alhijrah mempunayi sukatan tersendiri,namun drama ini tidak terlalu berat dengan kisah agama.

Mahu nampak santai dengan cinta remaja,Aku Ada Wali bagaimana tetap mematuhi batas-batas yang telah dipersetujui.

"Kekuatan drama sebenarnya mengenai  pendirian seorang gadis dalam bertemu jodohnya.

"Saya tidak melihat sesuatu yang sukar untuk mengarah drama cinta remaja ini sungguhpun sudah ada aturan yang ditetapkan,"katanya.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post