Wednesday, January 29, 2014

author photo

zamil

Tahniah Ekin ucapkan kepada peserta termuda Masterchef Malaysia All Stars (MCMAS) yang telah dinobatkan sebagai juara sekaligus menumpaskan Celina Khor.

Zamir atau nama sebenarnya  Arshad Zamir Mohd Azmi, 21, menerima wang tunai berjumlah RM55,000 yang bakal disumbangkan kepada badan kebajikan Rumah Teduhan Kasih.

“Sebenarnya Zamir terkejut apabila diumumkan sebagai juara pada malam ini kerana semasa penggambaran dijalankan, saya dan Celina masing-masing telah menjalani proses rakaman yang sama.

“Rakaman pertama, Celina dinobat sebagai juara, dan yang keduanya saya pula…Inilah keunikan MCMAS kerana kami langsung tidak diberitahu tentang keputusan yang telah dibuat juri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sidang Media dan Tayangan Episod Pembalasan Terakhir MCMAS, yang berlangsung di Bandar Utama.

Zamir yang sebelum ini pernah menyertai Masterchef Malaysia musim pertama pada 2012 dan merupakan empat peserta terbaik.

Tambah Zamir lagi, kemenangan dalam MCMAS akan dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk meneruskan cita-citanya dalam bidang masakan.

“Cita-cita Zamir nak ada restoran sendiri, tapi buat masa ini Zamir akan teruskan pelajaran dalam bidang kulinari yang berbaki dua semester sahaja lagi, ujarnya.

Zamir turut memberitahu kepada media, berhadapan dengan Celina adalah sesuatu yang amat sukar kerana bekas peserta Masterchef Selebriti Malaysia itu seorang tukang masak hebat dan berbakat.

“Terus-terang Zamir katakan, memang berdebar nak memasak dengan Celina. Alhamdulillah rezeki berpihak kepada Zamir,” katanya lagi.

Hadiah telah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli.

MCMAS turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Maya HD pada malam Selasa.

Dalam pertandingan tersebut Zamir tampil dengan tiga jenis sajian iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pemanis mulut.

Pada episod terakhir itu juga, Zamir memilih untuk menghidangkan Sup Cendawan sebagai pembuka selera, Sea Bass Gone Wild (hidangan utama) dan Kek Angle (pencuci mulut).

Manakala Celina menghidangkan Fiesta Makanan Laut (pembuka selera), Dua Benua (hidangan utama) dan Kek Coklat Lava (pencuci mulut).
Barisan juri yang mengadili hidangan kedua-dua peserta itu adalah Chef Johari Edrus, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran.
Program sebanyak 40 episod itu disertai 20 peserta daripada musim terdahulu termasuk Masterchef Selebriti Malaysia.

Barisan peserta yang menyertai pertandingan itu ialah Azwan Ali, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Micheal Ang, Syanie, Enot, Brian, Imelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik dan Shahirah.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post