BERITA TERKINI BLOG CIK ASH

Sunday, June 1, 2014

Alhamdulilah Cik Ash Married

Alhamdulilah Cik Ash Married | Assalamualaikum... Hai korang semua, alhamdulilah Cik Ash dah jadi isteri hihihi.. 






Selama 1 tahun 4 bulan Cik Ash dengan suami mengikat tali pertunangan dan Alhamdulilah Cik Ash dan suami sudah bergelar pasangan suami isteri yang sah pada tanggal 29 Mei 2014. Adab dalam pertunangan banyak dugaan dan cabaran yang Cik Ash tempuhi. Cik Ash kehilangan kerja dan suami pulak masa tu kehilangan ayah tersayang .

Semoga perkahwinan kami ini kekal berkekalan hingga akhir jannah. Dan semoga perkahwinan kami ini dikurniakan zuriat-zuriat yang comel. Hehehe... Tarikh 29 Mei 2014 sah la Cik Ash seorang isteri kepada Suami Masri. 

Manakala majlis bersanding diadakan pada esok hari 30 Mei 2014 , majlis berjalan dengan lancar diserikan dengan pelbagai menu yang macm-macam masa Cik Ash tak dapat rasa makan apa-apa sebab hati dah berdebar-debar hahaha... 

Alhamdulilah majlis selesai dan dipermudahkan dengan lancar, terima kasih kepada ahli keluarga Cik Ash , keluarga sebelah pihak suami , saudara mara , jiran tertangga dan rakan-rakan Cik Ash yang membantu memeriahkan majlis kami ni. 

InsyaAllah majlis bertandang di pihak lelaki akan berlangsung pada 8 Jun 2014. Semoga majlis itu nanti dipermudahkan juga.

2 comments: