Tuesday, August 12, 2014

author photo
Piala Malaysia 2014 | Assalamualaikum... Hari ini Cik Ash berkesempatan untuk menulis blog dan rasanya dah lama Cik Ash tak update pasal sukan dekat blog ni, sukan yang akan berlangsung tak lama lagi iaitu sukan bola sepak khususnya Piala Malaysia. 

 Image result for Piala Malaysia 2014

Musim Piala Malaysia akan bermula, terdapat 16 pasukn semuanya, seperti yang sedia maklum 11 pasukan adalah Liga Super manakala 5 pasukan dari Liga Perdana. 11 pasukan dari Liga Super adalah Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor, Pahang, Terengganu, Sime Darby, Kelantan, Sarawak, Lios XII, Perak, ATM dan T-Team. 5 pasukan teratas dari Liga Perdana musim lalu yang menyertai Piala Malaysia bagi musim 2014 ialah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Felda United FC, Pulau Pinang, Kedah dan JDT II. Sepak mula bagi Piala Malaysia akan berlangsung pada 13 Ogos 2014 (Esok). Setelah undian untuk menentukan kumpulan bagi setiap pasukan dibuat dan ia di bahagiakan kepada 4 kumpulan. 

Kumpulan A - Pahang, Felda United FC, Johir Darul Ta'zim II (JDT II), Lions XII FC  
Kumpulan B - Terengganu, Sarawak, Perak, Kedah
Kumpulan C - Johor Darul Ta'zim (JDT), Kelantan, ATM, Pulau Pinang
Kumpulan D - Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Selangor, KL Sime Darby FC, T-Team 

Piala Malaysia bagi musim ini dijangka sengit dan setiap pasukan akan memberikan dan menunjukkan corak permainan masing-masing. Bagi pasukan Pahang misi 2014 adalah untuk mempertahankan kejuaraan serta mempertahankan Piala Malaysia yang di perolehi musim lalu.  Manakala buat PDRM pula selaku Juara Liga Perdana tidak boleh dipandang remeh, skuad bimbingan jurulatih kebangsaan Dollah Salleh pastikan akan memberi tentangan kepada setiap pasukan yang bertanding bagi musim kali ini. Buat pasukan-pasukan yang bertanding Cik Ash ucapkan semoga berjaya dan sama-sama kita memberi sokongan kepada bola sepak Malaysia amnya dan Piala Malaysia khasnya.






This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post