Thursday, February 19, 2015

Hadiah Menang Contest Facebook



 Alhamdulilah rezeki ekin join contest di facebook baru2 ni sebelum laptop rosak ekin menang... hihihi....gambar kat atas tu 

Hadiah kain tudung ni ekin menang contest facebook teka berapa biji guli menang saguhati ... hadiah ni dari  Ary Fyna Firdaus terima kasih hadiah ni....

   


Hadiah ni daripada kak Hasanah Asari .. biasa la contest  ni mesti ada syarat-syaratnya kan so kena ikut syaratnya inshaAllah ada rezeki menang.. hihihihii .... harap maaf kalau post entry ni kurang memuaskan deh... biasa la update HP murah jah ni... hihihi... lepas raya  cina baru dapat laptop huhuhu

Wednesday, February 18, 2015

Alhamdulilah Menang Giveaway Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Alhamdulilah Menang Giveaway Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my  | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar... ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.


Alhamdulilah syukur ekin tak sangka seramai 166 blog join Giveaway Saya Nak RM150  Produk Percuma daripada Nile.com.my ekin adalah yang bertuah antara 5 orang terpilih untuk mendapat voucher percuma... update dari semalam lagi pasal kemenangan ini tersimpan dalam draf jah taip guna hp ni susah sikit huhuhu... ekin nak ucap terima kasih kepada kak farrah sebab bagitaw kemenangan tu semalam... sekali buka blog 60 ulasan komen tak balas la... susah sangat guna hp kecik ni xnampak tulisan... ni pun kalau ada ayat2 typo harap dimaafkan la ya... voucer kemenangan pihak nile.com.my dah hantar email voucer tunggu laptop ekin dah pulih baru kita bershopping2 kat sana ya.. hihihihi..



Tuesday, February 17, 2015

SeLaMaT PaGi SeMuA

SeLaMaT PaGi SeMuA | Assalamualaikum... Selamat pagi semua rakan blogger-blogger ekin. 




Ekin nak mintak maaf buat masa sekarang ekin tak boleh nak blogwalking ke blog-blog rakan-rakan ekin yang ekin join Giveaway dan segmen sekarang. Disebabkan laptop suami ekin rosak di hantar repair dekat kedai. 

Tak tahu la berapa lama dekat sana sebab tidak tahu rosak apa. Harap ada yang maafkan ekin ya. Ni pun update guna handphone kecil jer boleh la tengok jalan-jalan blog sikit-sikit.

Sebenarnya Ekin rindu nak blogwalking dekat blog rakan-rakan tetapi problem sekarang. Terima kasih kepada korang yang terus singgah blog ekin walaupun ekin tak update sekarang.

Friday, February 13, 2015

Al-Fatihah Perginya Ulamak Tok Guru Nik Aziz B. Nik Mat


Assalamulaikum.. 


jom semua rakan blogger kita sedekahkan al-fatihah buat ulamak yang disanjung, disayangi kita iaitu Tok Guru Nik Aziz Bin Nik Mat... Last dengar kuliah jumaat n ngorib 2 tahun lepas masa tu tok guru dah uzur sangat... semoga roh TGNA dicucuri rahmat.... 






                         
                    

Thursday, February 12, 2015

Test Update Blog Guna Tablet Anak Saudara



Assalamulaikum.... Ekin nak minta maaf maybe blog kurang update lepas ni sebab laptop abang ekin ada problem sikit... Tak taw la kenapa.... Ni pun try guna tablet anak saudara update hihihi... Ekin minta maaf kalau ekin tak berkunjung kat blog korang ya...  Rindu nya kat blog tak update hari ini..

Wednesday, February 11, 2015

"Segmen Bloglist Sakura Blog Qaseh Ku"


jom join Segmen Bloglist Sakura dari blog Qaseh Ku.. Klik banner nak join ya...

TAMAT bila dah sampai 100 blog taw.. 100 blog ini confirm masuk dalam bloglist anis oke..jom jom.. support anis.. boleh kita kenal2..senang anis nak bom komen blog korang semua :)


CPUV Nuffnang :Maggi Kari - Curry Festival


CPUV Nuffnang Maggi Kari - Curry Festival.Ini adalah CPUV NUFFNANG yang kedua untuk bulan Februari 2014 ni.. Alhamdulillah masih sayang juga admin nuffnang dengan blog cik ash ini. hihihi.. semoga CPUV nuffnang terus masuk2 di blog ekin ni... terima kasih kepada yang klik2 kempen nuffnang blog cik ash ni...walaupun diri tak sihat dengan keadaan selesema, batuk tetap gagahkan diri update blog untuk rakan-rakan blog cik ash... 

Kalau yang mana masuk blog ekin ringan2kan tangan klik iklan ni...inshaAllah ekin akan klik balik nanti... :) 


Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog - 2015


Hai rakan-rakan ekin... alhamdulilah ekin beranikan diri cabar untuk join Contest SEO - Malaysia Best Blog 2015 ni yang di anjurkan oleh blog OHDUIT.COM.. ekin tengok ramai yang join Contest ni tu semangat nak kongsikan Malaysia Best Blog 2015 yang selalu ekin singgah walaupun hanya slient reader ekin tetap suka baca blog dia orang.  Semoga dengan ekin join Contest ini Traffic blog ekin akan terus meningkat naik la ya... hihihi..

Contest Seo-Malaysia Best Blog 2015 merupakan contest yang terbesar banyak blogger-blogger join menyenaraikan blogger  yang terbaik... sambil kita bercontest kita boleh dapat duit taw... kalau dah tertulis rezeki alhamdulilah... 

Tuesday, February 10, 2015

Giveaway Subkontest Best Blog 2015 HASRULHASSAN.COM

HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015



Hai.. selamat malam....  "Jom Sertai GA dan Subkontest HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015 - Menang Hadiah Gratis dari Bandung, Indonesia."



Hadiah-Hadiah

  • Hadiah GA - Keychain Bandung, Tas Imut Bandung, Fridge Magnet dari Bandung, Indonesia - 7 Pemenang
  • Hadiah Subkontest - Buku Urus Bisnes dengan Google, Buku Buat Duit dengan Affiliate beserta hadiah iringan cenderahati dari Bandung - 3 Pemenang

Pemilihan Pemenang

  • Giveaway - Dilakukan menerusi pemilihan peserta secara Random.org.7 peserta akan dipilih.
  • Subkontest - Dipilih berdasarkan top 3 peserta yang memberikan trafik tertinggi ke blog ini mulai 15 Februari hingga 31 Mac 2015. Penilaian akan dibuat menggunakan Google Analytics.
Semua pemenang akan diumumkan selepas 31 Mac 2015, dan saya akan hubungi menerusi email untuk urusan pengeposan hadiah. Jadi, pastikan anda isikan nama dan email yang betul di dalam borang penyertaan disertakan. 



Giveaway 7 HARI by Syira Lokman

                                             


Hai... selamat tenghari.... jom kita support Giveway Syiralokman ni.... hadiah pun banyak tu.. nak join klik banner di atas tu . Tarikh tutup Giveaway ni pada 16 Februari 2015... Giveway ni hanya berlansung selama 7 hari saja....



Monday, February 9, 2015

Jom Usha Origami

Jom Usha Origami 

Assalamualaikum....Hai, selamat malam semua... ekin ada nak share cara-cara nak buat origami ni... teruja tengok banyak sangat cara nak buat... so sesiapa yang teringin mencuba buat origami ni untuk anak ke, diri sendiri ke suami ke n sesiapa saja boleh buat atas kesabaran anda mengikuti cara tunjuk ajar di website itu... klik banner di atas nak ke website origami ataupun klik SINI.




Selamat Mencuba Buat Origami Yang cantik2..

Hadiah Dari Oman Dah Dapat Terima Kasih Iqa



Hai... Update lagi... Alhamdulilah hadiah dari Oman yang ekin join “Giveaway Travelog Oman IIUMby Blog Iqa”  dan ekin ada update sebelum tentang kemenangan tu boleh klik SINI hadiah tu  telah selamat sampai dengan baik.. terima kasih kepada iqa dengan hadiah ni.sangat berharga hadiah ni dari Oman tu.... hihihi...


Saturday, February 7, 2015

CPUV Nuffnang Physiogel - Ready for Anything




CPUV Nuffnang Physiogel - Ready for Anything.Ini adalah CPUV NUFFNANG yang pertama untuk bulan Februari 2014 ni.. Alhamdulillah masih sayang juga admin nuffnang dengan blog cik ash ini. hihihi.. semoga CPUV nuffnang terus masuk2 di blog ekin ni... terima kasih kepada yang klik2 kempen nuffnang blog cik ash ni... jap ekin jap cik ash... dua2 leh panggil.. nama cik ash tu timangan blog jer... 


Kalau yang mana masuk blog ekin ringan2kan tangan klik iklan ni...inshaAllah ekin akan kli balik nanti... :) 

Zero Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Zero Bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2014 | Assalamualaikum.... Hai...Selamat Pagi.... masih tak terlambat ekin nak ucap sekalung Tahniah Buat Kumpulan Zero Kerana Menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014. Kumpulan Zero memang patut memenangi pertandingan malam tadi... persembahan zero menyentuh hati bila part nyanyian Ayah tu.... satu rakyat malaysia menangis... termasuk orang sebelah kita semalam dia kata sebab gelak banyak tu keluar air mata... Al-fatihah buat ayah mentuaku.... 2 tahun dah permergiannya...


zero juara MLM2014



Kumpulan Zero membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 serta trofi sumbangan Astro. Gelaran naib juara pula dimenangi oleh Sepahtu yang disertai oleh Jep dan Shuib. Mereka berkongsi hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Sementara itu peserta solo, Nabil mendapat tempat ketiga dan beliau menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi. Jep Sepahtu pula memenangi kategori Man of the Match.

Kumpulan Shiro menduduki tempat keempat dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala Bocey berada di tempat kelima. Bocey mendapat hadiah iaitu wang tunai RM15,000 berserta trofi.
Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan dengan bertemakan bebas dan muzikal. Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan selebihnya undian penonton di rumah.
Empat juri tetap yang mengadili peserta pada MLM 2014 akhir itu terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn. 

Friday, February 6, 2015

Cara Buat Origami Rabbit

Cara Buat Origami Rabbit | Assalamualaikum... Hai korang semua, Cik Ash ada nak sharing dengan korang semua mengenai origami,

ihsan google
Siapa kat sini minat kraf boleh cuba origami rabbit yang Cik Ash sharing ni, boleh main dengan anak-anak , anak saudara dan sesiapa sahaja. Uji minda main origami syok gak kan.. hihihi..Cara nak membuatnya Cik Ash dapat melalui google semoga anda semua faham la cara nak buat origami Rabbit yang comel ni ya.

Cik Ash tengok cara dia tunjukkan macam susah ada try buat tak menjadi hahaha... malu nak share gambar dekat blog ni.. hihihihi.. Jom usha gambar cara membuat origami rabbit dekat bawah ini :-

cara buat origami rabbit

Ok la itu jer yang Cik Ash nak sharing dengan anda semua, jumpa lagi nanti ya.






















Selesai separuh Untuk Follow Blog Follower Blog Cik Ash



selesai separuh keje follow blog untuk malam ni... lewat dah ni tengok jam pukul 1.00am dah... huhuhu... selalu tido lewat kesihatan terganggu jah loni.... semoga diberikan kesihatan yang baik buat ekin...

Selamat Malam semua.... mimpi indah ya... maafkan ekin kalau buat salah n silap semasa menulis blog, berkunjung di blog2 ya...


Thursday, February 5, 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my


Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my | Assalamualaikum... Cik Ash ada join giveaway dari pada Nile.com.my


http://www.nile.com.my/page.php?cd=96









Hai...Cik Ash ada join giveaway dari pada Nile.com.my bersempena dengan Chinese New Year 2015 yang bakal tiba, nile.com.my yang merupakan online shopping Malaysia yang menjual baju muslimah , Kasut , Beg , Buku , Barang Dapur , dan banyak lagi  sedang mengadakan promosi sempena Chinese New Year 2015. Untuk maklumat lanjut boleh terus klik banner di kat atas tu ya...

Cik Ash suka shopping kalau ekin dapat peluang shopping di nile.com.my ni.. barang yang Cik Ash nak shopping dengan harga kurang dari RM150.. Jom kita intai2 barang yang Cik Ash nak shopping ni



European Design Stylish Woman Handbag -RM49.21
New Long Chiffon Printed Dress -RM39.90

Haniya Long Fish Tail Chiffon Blouse- Light Purple - RM29.00

Trendy OL Woman Must have Flat-RM24.20

Multipurpose Handbag/ Wallet-RM13.90
Jumlah harga baranganRM42.91+RM39.90+RM29.00+RM24.20+RM13.90= RM149.91


                                  Klik sini jika anda nak join sama [klik]

Nak tengok result  boleh check>> di sini <<.. 
Tarikh tutup untuk tengok update blog adalah pada 15/02/2015 , 11.59 pm

p/s : Cabutan bertuah via random.org

Wednesday, February 4, 2015

Menang Mini Giveaway by izzeyda



Hai. selamat petang... Alhamdulilah rezeki ke 2 di bulan Februari.... ekin taw menang pagi tadi pagi... petang baru sempat nak update dalam blog.. tadi ada keje sikit xsempat update... terima kasih kepada Izzeyda diatas hadiah ni... sesiapa yang join segmen ni boleh la pergi chek di SINI mana taw anda yang bertuah....

Liebster Award #1



Hai! Pertama kali Ekin  ditag oleh  KaK Fuza Musa untuk Liebster Award bagi tahun 2015.. Tak pernah lagi  ditag macam kena jawab soalan... hihihi

Ok Jom Kita Jawab Soalan dari kak fuza kita ini 

Soalan Yang DiTanya Oleh Kak Fuza 
1.  Awak marah tak kena tag ni?
2. Bagus tak segment Liebster Award ni?
3. Kenal tak blog Fuza ni?
4.  Bagaimana hari-hari tanpa Facebook? Blog? Instagram? WhatsApp?
5.  Baju raya planning warna apa?
6. Resepi apa yang anda terer? Masak air, masak maggi tu tak kira ye!
7. Harapan 2015
8. 2014...ulasan kesimpulannya.
9. Kenapa anda menulis BLOG?
10. Awak rasa Fuza ni macam mana?
11. Awak dah add kita tak kat Blog?



JawapanNYa Ialah :

1. Hihihi Tak marah tapi terkejut n teruja pertama kali kena tag jawab soalan macam ni... 
2. Bagus sangat boleh kita kena mengenali blog dengan pertanyaan soalan macam ni
3.Mesti la kenal... sebelum ni jadi Slient Reader jah... inshaAlla mungkin jadi pengomen tegar nanti.
4.  ekin ok jah kalau facebook tak xde... blog t fikir 2 kali... instagram n whatsapp pun ok jah sekarang sebab tak berjauhan dengan abang dah... hihihi.
5.  Tak terfikir nak pakai warna apa tahun ni... tahun kedua beraya sebagai isteri hihihi... 
6. Memasak tu ekin pandai masak ayam masak kicap, panprik.sup, tomyam dan lain..
7. Harapan ekin semoga ekin dan suami dimurahkan rezeki dalam kehidupan ni... semoga apa yang ekin harap ekin dapat bagikan suami cahaya mata pelengkap cinta kami ni pada tahun ni... amin
8. tahun 2014 ekin sah jadi isteri kepada suami... banyak cerita gembira, duka, pahit yang ditahun 2014.... Iiku2 kehidupan sebagai pasangan baru berkahwin kan... baru 8 bulan kahwin... hihihi...
9. Masa mula menulis 2010 ekin suka2 saja nak buat blog sebab masa tu ekin ada join satu stesen radio on9  best pulak tengok blog boleh kongsi kisah kita , isu semasa  dan lain-lain. sekarang ekin minat menulis sambil berkenalan dengan rakan blogger yang hebat boleh jana pendapatan sambil blog ni...
10.Baru kenal kak Fuza... baik hati bila kita berkunjung ke blog... peramah ibu yang comel hihihi
11.Dah Add Kak Fuza Follower ke berapa tak ingat la


Ok ekin dah jawab kesemua soalan Kak Fuza... Terima Kasih sudi membaca entry yang panjang dengan soalan ini . Ok ekin nak tag kawan kawan blogger ekin untuk jawab soalan ekin ni hehehe . 11 soalan perlu jawab.. lepas dah jawab sila tinggal link kat komen ya.. 

  1.  Pendapat ikhlas mengenai blog Cik Ash?
  2. Inspirasi nama blog korang?
  3. Dalam banyak-banyak Blogger, Blogger mana yang paling anda suka ? 
  4. Antara ayah dan ibu yang mana paling anda takut ? Sebab ? 
  5. Anda suka kucing tak? Beri sebab kenapa suka/ tak suka kucing?
  6. Blogger yang pernah anda jumpa face to face?
  7. Apa tujuan buat blog ini?
  8. Dah Berapa  dalam dunia blogger ini? 
  9. Anda Blogger dari mana?
  10. Umur Berapa?
  11. Dah Kahwin ke belum hihihi?



  Yang terpilih untuk menjawab soalan ini



Tuesday, February 3, 2015

Pengumuman Pemenang Segmen : Selamat Hari Lahir By Cik Ash




Hai!!! Selamat Malam...Kini tibalah saat-saat yang dinantikan pengumuman pemenang Segmen Selamat Hari By Cik Ash. Terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan Segmen Hari Lahir kali ini. Kalau ekin ada rezeki, ekin akan  buat giveaway pulak akan datang :) . Maaf agak lewat ekin umunkan pemenang ni... nak pilih yang terbaik kan... 

Pemilihan calon-calon yang join segmen ekin pilih sendiri tak guna random.org xtaw nak guna macam ner la...hihihi...10 orang yang bertuah ekin akan masuk bloglist di  sidebar blog
ekin... jangan risau semua yang join segmen ekin ada dalam bloglist...ada yang dah tersenarai automatik dalam blogist ekin... kena rajin2 tengok di sidebar  dalam bloglist mengikut kategori ya...