Friday, August 21, 2015

author photo
💝7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :


1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu i stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat post, ATM dan lain-lain. 

2.  TAARIIKHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama dan sebagainya. 

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes,politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN 
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing dan sebagainya. 

5. AMALAN 
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN 
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita, Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka, Seperti firman Allah s.w.t  "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah mereka senang hati" (Surah Ali Imran 120)


Rasulullah s.a.w mengajarkan doa : Allahumma Ya Allah.. Selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila melihat keburukanku dia sebarkan. "

7. HUBBAN LI IMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza Wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghunjung malam, ia doakan sahabatnya, Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala. 
Dari 7 macam persahabatan di atas 1 hingga 6 akan LENYAP di akhirat , yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke- 7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah s.w.t : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf 67)
 Semoga dieratkan persahabatan kita ini kerana Allah... Aamiin...!!!💝

This post have 13 komentar

avatar
Anonymous delete August 21, 2015 at 9:03 AM

Kebanyakkan sahabat Fidah byk yg no 6..depan bukan main..belakang Allah saja yg tahu...Harap Fida akan bertemu dengan Sahabat no 7 tu...Amin..

Reply
avatar
adianiez AIDA delete August 21, 2015 at 10:28 AM

yes. keikhlasan krn Allah membawa ke syurga :)
yg golongan aduwwan tu yg paling ditakuti...

Reply
avatar
Unknown delete August 21, 2015 at 2:54 PM

banyak jenis rupanya.. kdg yg jumpa scara ttiba ni yg lebih rapat kan..:)

Reply
avatar
arysha_fayyadh delete August 21, 2015 at 3:53 PM

Assalam ekin,
waaaaaaaaaa
baguih niiiii
thanx for sharing naaaaaa ekin

Reply
avatar
Farrah MF delete August 23, 2015 at 3:24 PM

Moga kita jumpa banyak persahabatan no. 7 :)

Reply
avatar
Jari Manis delete August 25, 2015 at 5:23 PM

susah nk cari sahabat seperti no 7

Reply
avatar
Scdha Sein (SS) delete August 26, 2015 at 2:40 PM

Yang No 7 tu tah bila laa nak dapat....

Reply
avatar
Scdha Sein (SS) delete August 26, 2015 at 2:40 PM

Jangan cari sahabat macam duit Syiling.. Depan lain belakang lain...

Reply
avatar
Jari Manis delete August 26, 2015 at 8:50 PM

JM sendiri x mampu nk jadi seperti no 7 tu

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete August 28, 2015 at 12:45 PM

kalo kita jadi sahabat yang baik.. insyallah Allah akan hadirkan yg baik juga..
anggapla yang kureng2 tu sebagai ujian.. hidup x semua indah kan..

Reply
avatar
Sha Mohamed delete August 31, 2015 at 8:18 PM

Hurm..sukar mencari yang no 7 tuh.. yang banyak no 6..huhuhu..

Reply
avatar
Cik Mimie delete September 4, 2015 at 11:21 AM

Cik Mimie ramai sahabat no.1 je.. Taariikhan..

No.7, satu dalam seribu :)

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post