-->

Thursday, August 27, 2015

WaNiTa IbAraT SePerTi EpaL |Assalamualaikum...Hai.. selamat pagi.. harap semuanya sihat ya...  wanita ibarat epal pun ada jom la baca... entri lama dipulibsh semula untuk bagi korang baca... sory taw bulan ni mood nak menulis kurang la pulak.. blogwalking pun dah tak berapa jalan..ekin nak berehat dulu nak p kumpul2 semangat yang hilang...



Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.
Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….
“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”

Boleh terjah entri lain untuk taw lebih banyak lagi tentang wanita 

👉Baca : Wanita Ibarat Permata
👉Baca : Wanita Ibarat Seperti Pohon Semalu
👉Baca : Wanita Ibarat Seperti Ikan

your advertise here

This post have 8 komentar

avatar
I do I need Iman delete June 16, 2011 at 12:22 PM

waaaaaaaaaaah. ayt yg mndlm.
suke suke
trgn jadi epal yg kat ats tue ;p

Reply
avatar
Siti Yang Menaip delete August 28, 2015 at 12:33 PM

jom jadi epal paling tinggi la.. tapi kalo tinggi sngt xde orang nak petik cem mane..
lama2 busuk kat atas heheh.

Reply
avatar
Anonymous delete August 28, 2015 at 4:28 PM

Epal yang berada di puncak..umpama Wanita yang suci dan murni yg susah didampingi kaum Ajnabi.Hanya yg terpilih saja berjaya mendapatkannya..mendalam sgt...

Reply
avatar
Farrah MF delete August 29, 2015 at 10:30 AM

Jadilah epal di pokok, bukan yg berguguran di tanah :)

Reply
avatar
Jari Manis delete August 30, 2015 at 6:32 PM

kenapa ni...ke mana hilang nya semangat tu...sis JM pun sama..dh lama x update huhuh

Reply
avatar
Cik Ash delete August 31, 2015 at 7:33 AM

Semangat hilang kak xtaw la kenapa...

Reply
avatar
Sha Mohamed delete August 31, 2015 at 7:29 PM

Semoga semangat ekin akan kembali semula.. chayoookk.. chayoookk ekin..

Reply
Next article Next Post
Previous article Previous Post