Thursday, December 24, 2015

author photo

Drama Cinta Si Wedding Planner Slot Akasia TV3 (2016) | Assalamualaikum...Hai korang semua.. tidak agak terlewat kut nak share drama yang akan mengantikan Akulah Balqis nanti ni.. drama yang ekin maksud kan adalah Cinta Si Wedding Planner yang akan menemui anda januari 2016 ya.. 





Drama Cinta Si Wedding Planner merupakan terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd akan bersiaran sebanyak 28 episod di dalam Slot Akasia TV3,  drama ini menampilkan pelakon hero malaya Adi Putra dan pelakon baru Mira Filzah dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner 

      Drama Cinta Si Wedding Planner mengisahkan tentang Zara yang merupakan seorang perancang perkahwinan. Dia telah bercinta selama 4 tahun dengan sepupunya bernama Bazli. Namun percintaan yang diharapkan ke jinjang pelamin, musnah bila berlakunya suatu insiden. Kisah cinta yang cuba mereka rahsiakan dari pengetahuan Pak Lang dan Mak Lang berakhir jua akhirnya.

       Seorang pelanggan Zara yang bernama Puan Marina begitu menyenangi sikapnya. Biarpun mempunyai empat orang anak, Puan Marina tetap mahu menjadikan Zara sebagai anak angkat memandangkan Zara hidup sendirian di Kuala Lumpur.

       Suatu hari Zara berebut parkir dengan seorang lelaki. Lelaki itu bernama Fariz dan merupakan seorang bekas tentera laut. Pintu  hati Fariz pernah tertutup untuk wanita setelah dikhianati oleh kekasih hatinya bernama Shirah. Namun pertemuan dwngan Zara kembali membuka pintu hati Fariz.
       Rupanya Fariz adalah anak kepada Puan Marina. Semakin kerap bertemu, Fariz semakin jatuh hati pada Zara. Bila Fariz mendapat tahu bahawa Zara juga pernah kecewa dalam percintaan dan asyik diganggu dengan Bazli, Fariz nekad menjadikan  Zara isterinya. Puan Marina terus bersetuju meminang Zara. Biarpun hatinya belum mencintai Fariz, Zara tetap menerima pinangan tersebut.
      Selepas berkahwin, Fariz terus berubah sikap, dari seorang yang lelaki yang baran dan moody menjadi romantik dan penyayang. Manakala Zara pula berusaha menjadi isteri yang terbaik buat Fariz. Bila bahagia mula menjadi milik mereka berdua, muncul pula bekas kekasih Fariz untuk menangih cinta. Zara diugut untuk meninggalkan Fariz.
     Perkahwinan mereka mula bermasalah, Fariz kembali baran dan sering mengabaikan Zara. Misi Fariz untuk menyelamatkan  perkahwinannya bersama Zara tidak berhasil. Zara meminta cerai dan membawa diri ke Aukland.
    Bazli cuba membantu untuk membawa Fariz dan Zara bersama kembali tetapi dugaan yang lebih hebat pula berlaku. Obsesi bekas kekasih Fariz terhadapnya membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan sehinggakan nyawa Zara dan kandungannya berada dalam bahaya.
     Apakah akan terjadi selepas itu? Berjayakah Fariz menyelamatkan rumahtangganya bersama Zara? Dapatkah kebahagian kembali menjadi milik bersama?


This post have 11 komentar

avatar
Farrah MF delete December 25, 2015 at 6:03 PM

Minggu depan eh start? Ekin dah baca ke novel ni?

Reply
avatar
Cik Ash delete December 26, 2015 at 5:53 PM

belum bc pun kak farah .. xnk bc baru syok tengok hihihi...

Reply
avatar
wardahannesa delete December 27, 2015 at 1:08 AM

Macam best pulak baca. Aik mcm nak tgokkkk. Alamakkk

Reply
avatar
Sha Mohamed delete December 28, 2015 at 12:47 PM

lama dah x ikut drama2 kat tv nie..
Selalu jer terskip.. kihkihkih..

Reply
avatar
Cik Ash delete December 29, 2015 at 12:26 AM

ekin pun ikut mood nk layan citer tu

Reply
avatar
Afidah Azmi delete December 30, 2015 at 5:17 PM

bila baca macam best jer..hari ni episod pertama..tapi conform laki fida tak mau tengok..sebab dia tak suka citer cintan cintun melayu ni..sama ja dia kata

Reply
avatar
Cik Ash delete December 30, 2015 at 10:31 PM

Tgk cerita pertama hari ini ok boleh masuk list utk tonton hihihi

Reply
avatar
arysha_fayyadh delete December 31, 2015 at 10:45 AM

Assalam ekin,
drama baru pulop yer :)

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post