TICKER

Friday, January 22, 2016

Gulai Lemak Telur Masin

Gulai Lemak Telur Masin | Assalamualaikum..Hai selamat petang semua... buat apa tu... dah makan petang ke... Cik Ash ni baru siap masak untuk makan petang.. hari ini suami buat permintaan nak makan Gulai Lemak Telur Masin... Cik Ash cuba buat harap sedap boleh dimakan.. pernah buat sebelum tak menjadi telur jadi hancur hahhahaha... ada Cik Ash buat lauk lain gak ayam goreng kuning.. pic tak ada malas nak ambik la.. hihihihi.. simple jah lauk Cik Ash buat tu kalau orang lain mesti ada tambah belimbing buluh kalau tak silap la..

Gulai Lemak Telur Masin
Terliur tak tengok gambar Gulai Lemak Telur Masin kat atas tu.. hihihi... kalau terliur kat menu diatas tu meh tengok resepi kat bawah ni ya.. Resepi ini Cik Ash ada tengok en google terjumpa blog kak Azie Kitchen ada cara buatnya tapi Cik Ash  ubah style Cik Ash hihihi.jangan marah nah

 Gulai Lemak Telur Masin 


Bahan-bahan:
3 biji telur masin 
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci kunyit 
sedikit lengkuas 
Lada merah besar (xada lada solok)
Garam dan secukup rasa 
asam keping 
santan 

Cara-Cara 
1. Kisar bawang merah, bawang putih,kunyit dan lengkuas. 
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dengan sedikit air,baru masukkan telur satu persatu,biarkan telur itu mengeras baru masukkan santan. 
3.Masak atas api yang perlahan sambil terus dikacau sehingga masak. 
4.Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa lada besar merah.
5.Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi panas dan sambal kelantan. 


ok itu saja resepinya Cik Ash share.. selamat mencuba kepada semua.. 




2 comments: