Sunday, January 31, 2016

author photo
Hijab Style Diilhamkan Oleh Selebriti/Artis | Assalamualaikum...Hai, selamat pagi malaysia...untuk entry hari ini ekin nak kongsikan tentang style berhijab.  Zaman sekarang terdapat pelbagai fesyen hijab diilhamkan oleh Selebrti Malaysia.tapi harus di ingatkan asalkan kita tahu cara pemakaian tersebut tidak menyalahi etika dan adab sebagai muslimah.Apa yang ekin nampak sekarang tentang style berhijab kebanyakkan hijab kini mengikuti trend dan gaya yang tersendiri.kebanyakan koleksi Hijab yang diilhamkan oleh Selebriti Malaysia terutama dan dunia Am nya menjadi ikuti masyarakat wanita.ini termasuk la Cik Ash sekali hihihi...






Bersetuju atau tak,kalau Cik Ash katakan  cara pemakaian kita sebenarnya banyak dipengaruhi oleh selebriti-selebriti atau dengan kata lain artis. Mungkin bukan semua, tapi bagi para penggemar fesyen, selebriti adalah benchmark untuk mereka tampil bergaya dan mengetahui trend fesyen terkini. Jika di luar negara, trend pemakaian selebriti-selebriti seperti Kendall Jenner, Kate Moss dan Cara Delevingne merupakan diantara ikon-ikon fesyen yang sering menjadi tumpuan, di Malaysia pula lain ceritanya.


Oleh kerana di negara kita boleh dikatakan majority penggemar fesyen adalah wanita Muslimah, fesyen-fesyen Muslimah lah yang sering menjadi ikutan. Khususnya selebriti-selebriti tempatan yang berhijab seperti Yuna, Neelofa  ramai lagi. Dan salah satu trend yang sering menjadi tumpuan ramai adalah trend pemakaian hijab atau hijab style yang diinspirasi oleh selebriti-selebriti seperti berikut;


Blossom Satin - Grey Paris Shawl

Tudung Bawal
Pemakaian koleksi tudung bawal sebenarnya bukanlah trend fesyen yang baru diperkenalkan. Ia telah mula dipakai sejak dahulu lagi oleh ramai wanita bertudung dan salah seorang selebriti yang menjadikan pemakaian tudung bawal ini kembali diminati adalah Datin Norjuma. Beliau juga turut mengeluarkan koleksi tudung bawal Aidijuma dengan tawaran harga yang cukup berpatutan. 


Exclusive Instant Satin Silk Shawl

Instant Shawl
Hijab Style yang betul-betul memberi impak kepada industri fesyen Muslimah tempatan adalah koleksi instant shawl rekaan selebriti cantik terkenal, Neelofa. Sehingga hari ini, koleksi tudung instant shawl Naelofa Hijab ini tetap menjadi pilihan ramai wanita berhijab.



GLITTER TURBAN

Turban
Style hijab selebriti yang seterusnya adalah turban yang sering digayakan oleh artis berbakat negara, Yuna. Penggayaan turban yang cukup santai oleh Yuna menarik minat ramai wanita. 



Hoodie Hijab Hayden (Brick Red)

Tudung Hoodie
Dan yang terakhir adalah gaya tudung Hoodie yang suatu ketika dahulu amat sinonim dengan penyanyi no 1 Malaysia, Dato Siti Nurhaliza



Anda ingin tampil bergaya bersama Hijab Style diilham oleh Selebriti terkenal masa kini seperti  koleksi Tudung Bawal Aidijuma,Instant Shawl,Turban dan Tudung Hoodie dengan  di Zalora dan anda akan dinikmati penghantaran percuma terus ke rumah anda tanpa perlu bersesak di lalulintas.  Anda juga boleh memulangkan semula barang tersebut jika ada kecacatan dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pembelian secara percuma. 

Jom mula 'shopping' di ZALORA  dan pelbagai koleksi Tudung dapat anda lihat di website ZALORA. Jadikan ZALORA web rasmi "Online Shopping" anda. 

Selamat Bershopping !!!!!!!!!!


This post have 43 komentar

avatar
PeRdU cINta delete January 14, 2016 at 9:33 AM

Banyak cara menggayakan tudung...dan banyak pilihan yang boleh kita buatkan ekin...yang penting kita harus bijak memilih dan cerdik menggayakannya..bukan ikut apa yang kita suka sahaja tapi apa yang Allah tetapkan...

Reply
avatar
Sha Mohamed delete January 14, 2016 at 9:43 AM

Macam-macam patern sekarang nie.. Sha pun baru je berjinak-jinak dengan shawl..

Reply
avatar
el delete January 14, 2016 at 9:45 AM

tingin nak pakai turban..tp mcm x kena ngan muka k.el wakakaka

Reply
avatar
Aqilah Azmi delete January 14, 2016 at 10:26 AM

wuuuuu byk betul style hijab nowadays hehe

Reply
avatar
Cik Ash delete January 14, 2016 at 10:34 AM

hihihihi... ekin turban kenal yuna jah....

Reply
avatar
Cik Ash delete January 14, 2016 at 10:35 AM

tu la kan banyak sangat style

Reply
avatar
Murni Alysa delete January 14, 2016 at 10:55 AM

kaler yang cantik2..macam2 jenis ada..nampak selesa..

Reply
avatar
My New Blogger delete January 14, 2016 at 11:39 AM

macam2 fesyen...kadang2 mcm sekadar tutup shj pun ada...
suka dengan perkembangan bertudung ni tapi terselit juga rasa bimbang jika terlalu hendak berfesyen sangat...

Reply
avatar
Cik Ash delete January 14, 2016 at 1:04 PM

ekin masa zaman ada banyak shawl... bila dah kahwin xtaw nak pakai hahahhaha... sbb tak keje

Reply
avatar
Cik Ash delete January 14, 2016 at 1:04 PM

ha ah memang warna yang sangat cantik

Reply
avatar
Cik Ash delete January 14, 2016 at 1:05 PM

betul tu yang munirah bagitaw... terlalu nak berfesyen takut gak kan

Reply
avatar
She Is Farahain delete January 14, 2016 at 5:56 PM

kadang dah tak terikut dah gaya fesyen tudung zaman sekarang ni kan.haha..

Reply
avatar
Qaseh Vee delete January 16, 2016 at 2:33 PM

klu nak berfesyen tu , sis tgk tempat mana nak pergi ...

Reply
avatar
wardahannesa delete January 19, 2016 at 11:46 PM

Dulu tak pakai pun shawll hihi

Reply
avatar
wardahannesa delete January 19, 2016 at 11:47 PM

Skang ni dok tengokk utube je blajaaa tutorialll hihi

Reply
avatar
Afidah Azmi delete January 20, 2016 at 12:28 PM

Fida sekarang ni tengah pakai style Cik Epal..

Reply
avatar
Cik Ash delete January 20, 2016 at 3:08 PM

main pakai gaya style kita saja hihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete January 20, 2016 at 3:09 PM

oooo... ekin main pakai jah akak

Reply
avatar
Cik Ash delete January 20, 2016 at 3:10 PM

sama la baru lepas shopping gak hihii

Reply
avatar
Cik Ash delete January 20, 2016 at 3:11 PM

kak ekin masa keje dulu shawl jah beli... jadi wife main pakai tudung yang mana... nak pakai sytle xpndai dah hihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete January 20, 2016 at 3:12 PM

tengok gak youtube time rajin hahahhaha

Reply
avatar
nhhas delete January 22, 2016 at 10:33 PM

Ha ha ha... selbriti pakai cantik...
Sy pakai x cantik pun...

Sy nk bust give away lh... nk let go my halfmoon shawl...
Xreti guna.
Gumpal2 x jd pun

Reply
avatar
Afidah Azmi delete January 27, 2016 at 9:00 AM

Fida suka tengok gaya RN Sabrina..Simple tapi cantik

Reply
avatar
Cik Ash delete January 27, 2016 at 9:49 AM

cantik sama cantik dengan harganya hihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete January 27, 2016 at 9:50 AM

bila buat GA tu nanti bagitaw la boleh join

Reply
avatar
Fyda Noh delete January 28, 2016 at 7:41 AM

Macam2 cara pakai tudung sekarang. Takde masalah dengan berfesyen, asal tutup aurat dengan betul

Reply
avatar
Zafirah Kama delete January 29, 2016 at 10:28 AM

semua cantik, tapi kat zaf, balik2 bawal... malas kadang2

Reply
avatar
Sha Mohamed delete February 1, 2016 at 12:58 PM

Sha pakai yang instant je ekin.. Kalau nak belit sendiri memang x terbelit... Jenuh duk depan cermin x siap2.. hehehe

Reply
avatar
Kira Sakura delete February 3, 2016 at 9:21 AM

buat masa ni kira masih setia dengan bawal lagi hikhikhik :p

Reply
avatar
wardahannesa delete February 4, 2016 at 10:26 AM

Macam-macam gaya tdung ada kann hihi

Reply
avatar
Unknown delete July 18, 2016 at 11:15 AM

Instant shawl itu hijabnya bagus,kalo yg ada kayak gitu yg topinya tdk ada garis jahitannya sama tdk ada sponnya dalamnya ada Ъќ>:/ namanya hijab apa itu kainnya bahannya kaos,ak tau'ΏƔǡ artis2 yg makai tapi kalo beli dipasaran toko2 tdk ada yg jual

Reply
avatar
Jason Richards delete March 5, 2018 at 3:01 PM

You can now pin the hijab under your ear or on the head side as per your individual preference. You can also pin the hijab at the back of the head for a cleaner and smarter appearance.http://fashionbyina.blogspot.co.uk/2017/11/trendiest-hijabs.html

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post