Saturday, March 19, 2016

author photo
Resepi Ayam Goreng Kuah Asam Jawa | Assalamualaikum...
Hai, selamat petang.... aduhhh sejak balik kelantan ni nak update entri jadi malas la pulak.. huhuhu... ideal tu ada la datang masih banyak lagi entri dalam draf tentang review yang belum Cik Ash nak share.. tulis sikit stop.. Lagi pulak rasa tak berapa nak sihat sekarang dengan cuaca panas ni.. dalam mulut menepuh nak kata kurang minum air rasa dah terlebih minum air ni... mungkin sebab panas jadi gini.. 


Resepi Ayam Goreng Kuah Asam Jawa


Sebenarnya Cik Ash nak share masakan Cik Ash untuk hari ini iaitu Ayam Goreng Kuah Asam Jawa disebabkan dalam rumah semua tak lalu nak makan sangat Cik Ash buat kuah ni... lepas ni mesti suami dan mok makan berselera siap bertambah nasi dengan kuah masam-masam asam jawa ni..dari perhatian Cik Ash la kalau masak lauk ni di masa percubaan pertama aritu... 

So menu dah kira menu febret waktu tak lalu nak makan mesti buat la.. hihihi... Cik Ash pun tak berapa nak selera gak terasa nak demam jah panas dalam saja... jom usha resepi yang Cik Ash iaitu Ayam Goreng Kuah Asam Jawa. 

Resepi Ayam Goreng Kuah Asam Jawa 
Oleh : Cik Ash 

Bahan-Bahan 
8 Ketul Ayam  di gaul dengan kunyit dan garam 
(ikut suka la nak letak banyak mana ayam tu ya)
2 biji bawang putih 
1 biji bawang besar merah 
1 inci Halia
2 sudu besar asam jawa 
1 biji lada besar 
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil serbuk perasa 
air 2 bekas tauhu  fu fa tu

Cara Membuatnya 
1. Ayam digaulkan dengan kunyit dan garam lepas tu goreng dalam minyak yang panas goreng jangan bagi garing taw..

2. Setelah ayam sudah di goreng biarkan seketika, tumis la bawang putih,halia dan bawang besar bagi bau wangi gitu-gitu. 

3. Setelah bahan tumis dah garing masukkan air asam jawa ke dalam kuali biarkan bagi kuah tu masak dengan sempurna.. bila kuah tu dah serbati boleh la masukkan ayam yang telah kita goreng tadi kedalam kuali itu..

4. Perasa kan garam dan serbuk perasa bila sesuai dengan rasa tekak anda ok siap tutup api dan boleh dihidangkan dengan nasi panas... 

ok itu saja resepi dari Cik Ash harap ada faham la hihihi... jumpa lagi di lain entri yang akan datang... salam sayang dari Cik Ash... 


This post have 5 komentar

avatar
izzeyda delete March 20, 2016 at 9:36 AM

sama resepi dengan ikan masak asam.. cuma tukar ayam tu kepada ikan.. sedap jugak..

Reply
avatar
Cik Ash delete March 20, 2016 at 11:36 AM

Ha ah eyda sama cuma tukar ayam

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post