Tuesday, March 15, 2016

author photo

Hai korang... sebelum ni ekin ada kongsi yang ekin dah pergi tengok Filem Boboiboy The Movie pada hari ahad aritu kan.. so ni review dari ekin ya...  ekin lewat 5 minit masuk panggung boboiboy ni.. tapi memang puas hati boleh faham perjalanan cerita boboiboy ni.. jom baca review dekat bawah ni... 

Sinopsis Boboiboy The Movie
Boboiboy bersama rakan-rakannya Gopal, Yaya, Ying dan Fang telah didatangi oleh sekumpulan pemburu paling handal di alam semesta. Sekumpulan tersebut dinamakan Geng Tengkotak yang diketuai oleh Borara.
Geng Tengkotak datang ke bumi dengan satu tujuan ingin mencari Sfera Purba aka punca kuasa generasi pertama dan ingin merampasnya.kuasa hebat ini dimiliki oleh  makhluk yang bernama Klamkabut.
Pada masa yang sama, Yoyooh dari geng Tengkotak telah merampas Ochobot dari Boboiboy untuk memudahkan lagi pencarian klamkabut dengan lebih mendalam lagi dan  yang telah bersembunyi di Bumi,apakah kesudahannya dan apakah yang terjadi pada ochobot,berjayakah Borara ketua pemburu Geng Tengkotak mencari dan mendapatkan Sfera purba tersebut..jangan lupa saksikan di pawagam berdekatan anda.
Trailer Boboiboy The Movie 


Review |BoBoiBoy The Movie
Ekin sangat  teruja menonton Boboiboy The Movie keluaran Animonsta Studios,diterbitkan oleh primeworks studio dengan kerjasama grandbrilliance Jalan cerita yang sangat menarik  dan sudut grafik yang ekin tengok  semakin ke hadapan dan boleh dikatakan hampir setanding dengan animasi tahap antarabangsa taw. 
Lagi satu Boboiboy The Movie sangat sesuai untuk ditonton bersama seisi keluarga taw.. lagi pun budak-budak pun memang faham dengan jalan cerita ini hihihi.. dia orang memang tak sabar tengok kuasa boboiboy dan geng mereka kan..Filem Boboiboy bermula dengan aksi pergaduhan Boboiboy bersama perompak kemudian berterusan berhadapan Geng Tengkotak, Sotong Robot dan banyak lagi la. 
Diikuti permulaan dimana Boboiboy terlupa dengan aktiviti berkelah dengan geng lain, kesemua kawan-kawan boboiboy marahkan boboiboy terlupa janji..
papa zola selfie
Dalam boboiboy turut diselitkan bab lawak dari Papa Zola yang Gila Selfie dan gopal yang lucu  kedua-dua watak yang banyak menceriakan filem ni.. Kedua-dua watak kalau kalau bergabung memang terbaik sangat..Eh terlupa ekin bab romantik pun ada gak diselitkan watak Adudu jatuh cinta dengan salah seorang dari geng tengkotak iaitu kikita siap menyanyi bagai hahahha... 

Kemunculan kuasa baru boboiboy...mesti korang nak taw kan macam ner boboiboy dapat kuasa ni kena la pergi tengok sendiri hihihi... lagi pulak bukan BoBoiBoy seorang saja yang mendapat kuasa baru malah rakan2nye juga tak terkecuali yaitu Gopal, Yaya, Ying dan Fang pun mendapat kuasa yang baru semasa berlawan dengan geng Tengkotak kuasa apa yang mereka dapat ekin tak boleh bagi taw nanti xsyok pulak nak tengok kan hahhaha...lagi yang buat ekin sangat teruja dengan Boboiboy ini kali banyak kuasa baru yang muncul taw so korang kena pergi tengok la Boboiboy The Movie taw..  

 Ekin bagi 5/5  Bintang untuk Boboiboy The Movie memang filem animasi yang terbaik setanding dengan peringkat antarabangsa.. rugi siapa tak tengok filem ni taw.. hihihi... 

This post have 3 komentar

avatar
izzeyda delete March 15, 2016 at 8:47 AM

best kan ekin kartun nih.. berbaloi layan..

Reply
avatar
Cik Ash delete March 15, 2016 at 10:48 AM

ha ah memang best kami suami isteri suka sangat cerita ini hihihihi

Reply
avatar
Jari Manis delete March 31, 2016 at 9:29 PM

fuhh...5 per 5 tu..mesti best gt

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post