Friday, May 27, 2016

author photo
Aqil Juara Tahfiz Muda Musim Pertama | Assalamualaikum... Hai korang semua, ekin asyik duk update pasal drama saja kan hihihihi... ni ada rancangan yang bagus yang dapat ekin tengok gak selalu tengok secara ulangan biasa la ekin bab tengok tv jarang sikit.. 


aqil



Semalam berlangsung Persada Tahfiz Muda Musim Pertama dan keputusan telah diumumkan.  Juara Milik Aqil atau nama sebenarnya Mohamad Aqil Khair Mohamad Fairos 11, perserta berasal dari Perak itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta sebuah trofi dan selain aqil juga memenangi hadiah berupa pakej Umrah untuk dua orang hasil sumbangan penaja. 

Naib Juara menjadi milik Tahfiz Muda Fatimah, ataupun Fatimah Azzahra Bukhari 12, perserta berasal dari Perak itu yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM7,000 beserta trofi. 

Tempat ketiga pula di menangi Tahfiz Muda Syadril atau nama sebenarnya Muhammad Syadril Idham Sable 11, peserta berasal dari Perak itu yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan sebuah trofi. 

Tempat keempat pulak dimiliko oleh Tahfiz Muda Amir yang memenangi wang tunai RM3,000 dan beserta trofi. Manakala tempat kelima dan keenam menjadi Tahfiz Muda Anas dan Iman yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 beserta dengan trofi. 

Hadiah ini telah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis iaitu Ustaz Ahmad Fuad Mat Ali. Pengancara malam itu yang mengumumkan pemenang iaitu Imam Muda Ashraf. 

Juri yang pada malam itu diadili oleh PU Hafiz sebagai Hakim Hafazan, Ustaz Zamri sebagai Hakim Tajwid, Ustazah Sharifah Khasif sebagai Hakim Tarranum/Kreativiti dan Ustaz Don Daniyal selaku Mursyid dan juga hakim jemputan. 

Tahniah diucapkan buat pemenang... 


This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post