Monday, June 27, 2016

author photo
Resepi Murtabak Mini | Assalamualaikum...Hai, sebelum ni Cik Ash ada cuba murtabak mini tak ingat bila buat tu hihihihi entri tersimpan dalam draf biasa nak menulis tu ikut mood kan hahahah Cik Ash yang pertama buat murtabak mini..

Murtabak Mini

Cik Ash guna barang yang ada kat dapur tu sedap gak dah macam kat kedai jual taw hahahahhaha.. suami Cik Ash cakap.. ok la jom usha resepi murtabak mini yang ekin buat ini... 

Resepi Murtabak Mini 
Oleh : Cik Ash 

Bahan-bahan:-
Kulit Popia ( 25 keping ekin buat) 
2 biji bawang putih ( ditumbuk) 
1 labu bawang besar Honland (di mayang) 
Sedikit ayam 
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji carrot (dipotong dadu)
2 sudu rempah kari daging 
2 biji telur 


Cara-cara membuatnya :- 
1. Tumis bawang putih hingga naik baunya. 

2. Masukkan rempah kari dan tunggu sehingga garing. 

3. Masukkan sedikit air dan masukkan ayam cincang , biarkan ayam tu masak seketika. 

4. Masukkan ubi kentang dan carrot tambah sedikit air lagi. Tunggu sehingga kentang dan carrot empuk barulah dimatikan api. Masukkan garam secukup rasa. 

5. Kaup sedikit inti yang dimasak ke dalam bekas berasingan . Jika ada lebih boleh simpan dan boleh di buat kemudian. 

6. Masukkan bawang besar yang telah dimayangkan ke dalam inti.

7. Kemudian pecahkan telur ke dalam inti dan kacau 

8. Sediakan kulit popia dan masukkan sesudu inti yang telah dibancuh dengan telur tadi.. Panakan sedikit minyak di atas pemanggang ajaib. 

9. Lipat empat segi dan kemaskan dengan air tepung gandum supaya tak terbuka. 

10. Masak dengan api perlahan ke sederhana saja supaya telur dalam inti masak elok. 

11. Bila dah nampak kekuningan coklat kulit popia tu bolehlah dibalikkan. Apabila masak kedua-dua belah terus angkat dan toskan minyak dia. 

12. Ekin tak pembuat pencicah pun makan begitu saja hihihihi... 

Ok la itu saja resepi Murtabak Mini yang ekin nak share dengan korang semua.. selamat mencuba resepi ni 


 photo signature_4.gif

This post have 17 komentar

avatar
izzeyda delete June 27, 2016 at 9:22 AM

simple dan mudah resepinya..

Reply
avatar
yaya cendana delete June 27, 2016 at 9:54 AM

selamat pagi..jalan2 sini ambil mood raya.. ^_^

Reply
avatar
nora razalli delete June 27, 2016 at 11:38 AM

boleh try jap g ni...tp kne cri kulit popia dlu..
smlm cri kt tesco abieh! hehe

Reply
avatar
YattAkasah delete June 27, 2016 at 1:09 PM

sedappp suka mrtbak, bleh try wat nii hehe

Reply
avatar
Nina Mads delete June 29, 2016 at 12:06 AM

mudahnya nak buat.. selalu guna maggi

Reply
avatar
Sha Mohamed delete June 30, 2016 at 12:49 PM

Rajin ekin memasak dan mencuba..

Reply
avatar
Cik Ash delete July 12, 2016 at 6:52 AM

Resepi ekin buat hihihihihi buat bahan yg ada jah

Reply
avatar
Cik Ash delete July 12, 2016 at 6:53 AM

Buat la senang n mudah hihihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete July 12, 2016 at 6:57 AM

Besar la buat sendiri hihihihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete July 12, 2016 at 6:57 AM

Maggi tak pernah cuba lagi nanti boleh try

Reply
avatar
Cik Ash delete July 12, 2016 at 6:58 AM

Ekin rajin bila teringin nak makan Hahahahaha

Reply
avatar
zeera lily delete November 21, 2016 at 3:00 PM

yang ni pun nak try jugak sis.. terliur habis tengok

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post