Wednesday, June 29, 2016

author photo
Tempat Yang Menarik Tentang Negeri Kelantan | Assalamualaikum.. Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya.



Siapa yang belum pernah menjejaki ke Kelantan jemput-jemput datang ke Kelantan ya.. Kelantan dah maju dah tak ada mundur orang duk cakap tu.. Cik Ash saja jah kongsi dekat korang tempat yang menarik di Kelantan. Selama  Cik Ash menetap dikelantan ada jugak tempat yang Cik Ash belum pergi lagi hihihihihi.. Kalau mengikut negeri kelahiran dalam ic Cik Ash di Pahang... Cik Ash menetap di kelantan masa umur 8 tahun kalau tak silap Cik Ash lepas aboh bersara askar...bila dah berkahwin ini Cik Ash ikut suami menetap di kedah sebabnya punca rezeki suami di kedah..

Tempat yang menarik tentang Negeri Kelantan yang Cik Ash ingin kongsikan ialah boleh la tengok dekat bawah ini :- 

1. Pusat Keseniaan


       

Gelanggang Seni
      Dalam mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itu, Gelanggang Semi yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan. Pusat ini sentiasa menjadi data tarikan kepada pada pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan semi warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah dikir bar at, rebana ubi, permainan gasing, dan wau bulan, persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir- gilir.

2. Tempat Membeli-bela      

                                             

-   Pasar Besar Siti Khadijah :
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Allahyarham Y.A.B Dato' Bentara Than Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa,memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu Permandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga. Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan,sayur-sayuran,ayam dan sebagainya..Tingkat 1 pulak diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti seruding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal, Juga terdapat Ayam Percik,ikan Percik,nasi kerabu,nasi berlauk,nasi dagang, laksam dam somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional seperti "tahi itik, jala emas, buah tanjung, serabe,tepung pelita, danpelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.  Manakala Tingkat 2 dan 3 untuk barangan bukan makanan.

-Bazar Tok Guru
 Terletak berhampiran Padang Perdana dan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu. Menempatkan gerai-gerai jualan pelbagai jenis barangan. Di bina bagi mengantikan Pasar MPKB dan Pasar Arked Uda yang sudah tidal sesuai memandangkan terletak di kawasan dalam pembangunan dan juga didapati tidak sesuai atas faktor-faktor keselamatan.

-Bazar Buluh Kubu
 Bazar Buluh Kubu terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Is mempunyai 4 aras dan satu aras bawah khusus untuk meletak kenderaan. Bazar ini menjual pelbagai barangan seperti barangan basil kraftangan, Kain dan baju batik,songket,cenderamata, pakaian dan sebagainya. Medan Selera pula terletak di Tingkat paling atas.

-Pasar Borong Wakaf Che Yeh 
Menjadi tumpuan Utama pengunjung tempatan dan liar setiap hari. Pasar ini menjalankan aktiviti perniagaan secara harian di mana pada sebelah pagi sehingga tengahari aktiviti penjualan barang keperluan harian termasuklah barangan basah Manakala pada sebelah malam hingga ke awal pagi pula aktiviti perniagaan pula tertumpu kepada aktiviti penjualan barangan berbentuk pakaian dan cenderamata.

- Bazar Tengku Anis
Bazar tengku anis di bina di hadapan Masjid Muhammadi merupakan satu lagi mercu tanda pusat perniagaan baru di bandar Kota Bharu. Keistimewaan bazar Tengku Anis ini adalah mempunyai tempat letak kereta dengan keluasan lantai melebihi daripada 120 ribu kaki persegi. Bazar Tengku Anis terletak di pusat perniagaan bandar Kota Bharu. 

3. Pantai

   - Pantai Bisikan Bayu
     Pantai Bisikan Bayu atau 'Pantai Dalam Ryu' terletak di Pasir Puteh bersebelahan Semerak, 50 km Dari Kota Bharu.

-Pantai Cahaya Bulan
 Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu Pantai yang terkenal di negeri Kelantan,Ekin dapat taw pada suatu ketika dahulu Pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi yang diberikan nama boleh seorang askar British pada masa Perang Dunia II.

-Pantai Tok Bali 
 Pantai Tok Bali ialah sebuah Pantai yang terletak di Kelantan.Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian  bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan Pantai Tok Bali. Tok Bali juga merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ia
terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keutungan kepada nelayan-nelayan.

-Pantai Irama
 Pantai Irama terletak di Bachok Kelantan Kelantan menghadap Laut China Selatan. Pantainya ditambak kerana hakisan akibat ombak laut yang kuat terutama pada musim tengkujuh ketika Angin Monsun Timur Laut bertiup November-Mac.

4. Bersantai

  -Jeram Pasu
   Jeram Pasu adalah merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yamg terkenal di Pasir Puteh Kelantan, Jeram Pasu dihubungi Jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke Sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam,kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8km Dari simpang Kampung Padang Pak Amat.

-Jeram Lenang
Jeram Lenang merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Lenang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat dalam Jajahan Machang.

- Lata Rek
  Lata Rek adalah kawasan air terjun yang cukup terkenal di negeri kelantan. Air terjun ini diwartakan sebagai tempat perkelahan yang am at sesuai untuk seisi keluarga bersuka-ria dan mencari ketenangan.

5. Gunung

-Gunung Stong
 Gunung Stong merupakan salah satu Gunung tertinggi di Kelantan dengan ketinggian 1,442 meter. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong menyediakan hutan yang Menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah.

- Gunung Rabong
  Gunung Rabong merupakan sebuah Gunung yang terdapat di negeri Kelantan . Gunung Rabong mempunyai ketinggian setinggi 1,539 meter.

-Bukit Kemahang
  Bukit Kemahang merupakan sebuah bukit yang terdapat di negeri Kelantan tingginya 876 meter.

Ok la setakat ini saja yang Cik Ash kongsi menarik di Kelantan... hasil semua karangan Cik Ash rujuk Wikipedia n gambar encik google.. Semoga anda semua yang membaca entri suka la menjadikan Kelantan tempat untuk melancong ya.. kalau ikut banyak lagi menarik di Kelantan Cik Ash tak letak ni... hih
ihi..

This post have 4 komentar

avatar
Sha Mohamed delete June 30, 2016 at 11:06 AM

Sha dah pergi dah kelantan ekin... Tapi habis pusing lagi.. Sempat pergi pasar siti khadijah jer..

Reply
avatar
kimchaa delete July 3, 2016 at 2:42 AM

Rindduuu pulak nak pegi kelantan

Reply
avatar
Cik Ash delete July 12, 2016 at 6:48 AM

Kena mai lagi kelantan tu banyak lagi tempat dekat kelantan ni

Reply
avatar
Cik Ash delete July 12, 2016 at 6:49 AM

Rindu kelantan kena pergi kelantan

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post