Sunday, July 31, 2016

Super Spontan Superstar [2016] Full Episod

Program Rancangan Super Spontan Superstar 2016 kembali lagi menampilkan  pelawak-pelawak yang popular yang akan merebut wang tunai sebanyak RM100,000 untuk tempat pertama, manakala naib juara dan tempat ketiga-tiga masing-masing dengan RM50,000 dan RM25,000. 





Bakal bersiaran secara langsung pada Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang . Rancangan ini akan berlangsung selama 10 minggu  pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam mulai 5 Ogos 2016 di tayangkan serentak menerusi Astro Warna ( Saluran 132) dan Mustika HD (134).


Peserta Super Spontan Superstar yang menampilkan 16 peserta yang terdiri daripada pada selebriti  dan pelawak. 16 peserta ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Harimau Hipster dan Monyet Mafia. Kumpulan Harimau Hipster diketuai oleh Tauke Raja Lawak, Abam Bocey, Syuk Joras, Fad Bocey, Zulin Aziz, Ozlynn, Jamal, Waris.  Manakala Kumpulan Monyet Mafia diketuai oleh Johan Raja Lawak,Achey,Ali Puteh, Amyza Adnan, Kamal Adli, Julia Ziegler, Altiment, Zuki. 

Saturday, July 30, 2016

Temuduga Terbuka Hoya Elektronik Malaysia Sdn Bhd


Temuduga Terbuka Hoya Elektronik Malaysia Sdn Bhd | Assalamualaikum... ini ekin ada nak share tentang temuduga terbuka kepada perempuan yang sedang mencari kerja di sekitar kulim boleh pergi hari yang dinyatakan untuk temuduga terbuka ini. 

Jawatan untuk temuduga terbuka ini ialah Juruteknik untuk perempuan sahaja. Kalau anda berminat ingin sebarang pertanyaan  dengan temuduga ini boleh berhubung dengan  majikan di talian 04-4033118 (HR Dept). 

Jawantan  : Juruteknik (Perempuan) 
Tarikh : 31 Julai 2016 (Ahad) & 14 Ogos 2016 (Ahad) 
Masa : 9.00 pagi hingga 4 petang.. 

sumber : Kulim Info

Friday, July 29, 2016

Thai Food Festival Kedah

Thai Food Festival Kedah | Assalamualaikum.. hai semua..agak lewat update blog sejak dua mejak ni... keadaan masih belum pulih lagi.. batuk dan selsema masih tak ok lagi.. ekin nak bagitaw kepada orang kedah yang berdekatan dengan KULIM boleh la memeriahkan Festival Thai ini yang berlangsung pada 29 Julai 2016 hingga 7 Ogos 2016 di Dataran Sejahtera Kulim Kedah, dekat mana ekin dapat info di Padang Awan Kulim kalau tak silap ekin... maaf kalau ekin tersilap ekin pun baru 2 tahun duk kedah ni tak kenal  sangat tempat-tempat dekat kulim hihihihi... 

 
 

 


Lama dah Ekin tak pergi Thai Food Festival ni.. last pergi masa dekat kelantan masa tu tak kahwin lagi hihihihi.. pergi dengan berdua dengan ma Festival Food Thai tu siap beramas mesra dengan artis neelofa dan fizo omar lagi... boleh rasa pelbagai makanan thai.. 

Harap boleh pergi Thai Food Festival ini teringin nak makan makanan thai tekak ni. hahahahaha... harap encik suami dapat la tunaikan permintaan isteri ni..  hihihihihihihihi

Drama Hello Mr. Perfect Raya (2016)

Hello Mr. Perfect Raya (2016)


Sinopsis  Hello Mr. Perfect Raya (2016)

Izzul dan Alya telah pun dikurniakan cahaya mata yang dinamakan Darwish. Namun, Izzul & Alya masing-masing masih bekerja dan cuba mengembangkan karier masing-masing. Darwish ditinggalkan bersama pembantu rumah setiap pagi. Malangnya satu hari, pembantu rumah mereka telah melarikan diri. Konlfik mula timbul apabila Izzul & Alya masing-masing tidak dapat mengagihkan masa menjaga Darwish. Selain itu, Ain juga muncul kembali di pejabat Izzul dan mula memecahbelahkan keluarga Izzul & Alya.


Thursday, July 28, 2016

MBO Cinemas Kempen Derma Darah 3.0 Kembali Pada Ogos 2016

MBO Cinemas Kempen Derma Darah 3.0 Kembali Pada Ogos 2016 

 
MBO Cinemas CEO Mr Lim Eng Hee (left) presenting the RM10,000 contribution to National Secretary General of St John Ambulance of Malaysia Dato' Yeo Kim Thong

Projek terkini 2016 usaha amal komuniti tahunan dengan
tujuan menyelamatkan 15,000 nyawa

Petaling Jaya: MBO Cinemas meneruskan kerjasama tahunan ketiganya dengan St John Ambulans Malaysia sebagai hos kempen derma darah untuk menyumbang kepada Pusat Darah Negara (PDN). Para penganjur menjangka untuk mencapai sasaran 5,000 pain darah di acara ini yang lebih dikenali sebagai Kempen Derma Darah 3.0
Kempen di 25 lokasi pawagam MBO Cinemas di seluruh negara dari pukul 12 tengahari hingga 6 petang pada 5-6 Ogos di Kedah dan Johor serta 6-7 Ogos untuk lokasi seterusnya, akan menglibatkan kakitangan terlatih dari St John Ambulans Malaysia untuk membantu kakitangan dari PDN.
Dengan bulan Puasa dan cuti musim baru-baru ini, adalah tepat masanya untuk kempen derma darah demi memastikan bekalan darah yang mencukupi.

Penderma darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa, tetapi menerima penghargaan kerana menikmati beg cenderahati termasuk tiket wayang percuma, barangan merchandis MBO Cinemas, makanan, minuman dan hadiah farmaseutikal dari rakan-rakan mulia kami.
Bersempana dengan usaha ini, video yang lucu serta penuh makna akan ditayangkan di semua 26 pawagam MBO Cinemas dengan menampilkan pelakon comel Si Taring kembali untuk kali kedua. Walaupun kini lebih dewasa, adegannya menjadi peringatan dan kesedaran dalam tempoh masa beberapa minggu sebelum hari pendermaan dengan tujuan menggalakkan Kempen Derma Darah 3.0 kepada penonton serta mewujudkan semangat dan mengurangkan ketakutan serta fobia  berkaitan menderma darah.

Pada tahun 2015, MBO Cinemas dan St John Ambulans Malaysia bekerjasamadan mengumpul 4,052 pain darah untuk menyelamatkan nyawa yang hampir empat kali ganda koleksi 2014 iaitu 1,065 pain. Di bawah slogan "1 Pain Menyelamatkan 3 Nyawa", pendermaan dua tahun ini menyelamatkan lebih daripada 15,000 nyawa.
En Lim Eng Hee, Ketua Pegawai Eksekutif MBO Cinemas berkata: "Dengan usaha amal yang menarik ini, MBO Cinemas berharap dapat memperkukuhkan kehadiran kami dalam komuniti serta bersama-sama memupuk nilai-nilai teras yang menyeronokkan dan menghiburkan sambil menggiatkan aktiviti kemasyarakatan yang bermakna.
 "Acara ini akan menjadi satu pendekatan utama untuk membawa rakyat bersama-sama matlamat yang sama dengan semangat menyumbang serta menggalakkan tanggungjawab yang seterusnya menjadikan kita semua insan yang lebih baik.”
Sebagai balasan untuk sokongan St John Ambulans yang berterusan, MBO Cinemas akan menderma RM10,000 sebagai tanda penghargaan atas bantuan mereka dalam kempen derma darah di seluruh negara ini.
Mengenai kempen derma darah, Dato' Yeo Kim Thong, Setiausaha Agung Nasional St John Ambulans Malaysia menyatakan bahawa dia gembira melihat badan korporat seperti MBO Cinemas mengambil peranan aktif dalam pelbagai komuniti dan berharap usaha ini akan memberi inspirasi kepada lebih lagi organisasi untuk tampil ke hadapan dan menyumbang kepada amalan kebajikan, kerana ia bukan sahaja membantu negara secara keseluruhan tetapi juga meningkatkan keyakinan para sukarelawan dari St John Ambulans Malaysia.
                                                                         
Dr Noryati bt Abu Amin, Pengarah Pusat Darah Negara berkata sumbangan seperti bantuan ini menyelamatkan banyak nyawa setiap hari dan peristiwa-peristiwa seperti ini adalah satu kaedah yang baik untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses derma darah dan merupakan pendekatan yang baik untuk berbakti dan membantu masyarakat.
Turut hadir pada majlis besama ialah Encik Cheah Chun Wai,  Pengarah Pemasaran & Jualan MBO Cinemas; Cik Mariam Yazmin El-Bacha, Pengarah Operasi MBO Cinemas beserta wakil-wakil dari penaja termasuk Etika Holdings Sdn Bhd, Newvos Sdn Bhd, Sonofax Sdn Bhd, Caring Pharmacy dan jenama seperti Revive dan Goodday Milk, V Plus, Boh, Cadbury, Darlie, Nando’s dan Snekku.


Sponsors of BDD3.0 all set for championing a great cause!​

 ​
From left: Dr Noryati bt Abu Amin, Director of National Blood Centre, Mr Lim Eng Hee, CEO of MBO Cinemas and Dato' Yeo Kim Thong, National Secretary General of St John Ambulance of Malaysia sharing on BDD3.0 with the media


About MBO Cinemas
With 26 locations and 191 screens nationwide, MBO Cinemas offers a comfortable, exciting and memorable cinematic experience for movie goers. MBO Cinemas has introduced new innovations by adding on to the existing impressive cinema technology that it already has in every one of its outlets nationwide, including actuator seats that vibrate with the sound of the movie plus all-new Auro 11.1 3D sound system, which provides 3 layers of speakers (as opposed to the conventional 2 layers) that simulate the most natural 3D acousticsm, giving patrons an immersive movie-going experience at the following venues:
1)      
Actuator seats: Halls 1,2 and 7 at Citta Mall-Ara Damansara,
Halls 1 and 2 at Imago Mall Kota Kinabalu (the first of its kind in Malaysia) 
2)     
Auro 11.1: 1 hall each at MBO Spring- Kuching, MBO Imago Mall-KK,
MBO Subang Parade, Mbo KL festival City and MBO KSL, JB
3)    
Premier Hall with exclusive lounge at MBO The Spring, Kuching
You can catch blockbuster movies anytime you want with MBO’s “Blockbuster Every 20 Minutes” - which screens blockbuster movies every 20 minutes during peak hours so that you don’t need to wait for long to catch your favourite movies.
For more exciting deals & info, log on to www.mbocinemas.com

Nasi Impit Goreng

 Nasi  Impit Goreng | Assalamualaikum , Hai korang semua apa khabar hari ini sihat ke semua, harap sihat la ya.  Ni ekin ada nak khabar kalau lebihan  nasi lmpit yang tak habis dimakan tu jangan dibuang taw kita boleh di kitar semula taw..  Sangat mudah dan senang sangat resepinya.


nasi impit goreng




Hari raya pertama  aritu ekin ada  buat nasi impit lepas  tu ada la lebih ekin sayang nak buangkan tu yang datang idea nak masak nasi impit goreng ni.  Ekin guna saja bahan-bahan yang ada siap ekin tumis sebelum  ini lebih goreng bihun masa raya kedua aritu hihihihi.

Ibu dan suami makan nasi impit goreng yang ekin  buat mereka berdua kata sedap juga nasi impit bila digoreng macam ni hahaha...


Tuesday, July 26, 2016

Tahniah Yana Samsudin Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Tahniah Yana Samsudin Selamat Lahirkan Anak Lelaki | Assalamualaikum.. Hai korang semua ini ekin ada nak share berita baik kepada peminat Yana Shamsudin yang selamat melahirkan seorang baby lelaki pada 21.07.2016... Tahniah buat Yana dan suami semoga dengan kehadiran cahaya mata ini menyerikan rumah tangga mereka berdua..




Tahniah Yana Samsudin Selamat Lahirkan Anak Lelaki


Link Tutorial Buat Craf

Link Tutorial Buat Craf | Assalamualaikum, Hai korang semua ekin ada nak share ni sesiapa  yang sangat minat dengan craf dari felt, crape paper ekin ada nak share link untuk tengok tutorial dekat bawah ini..


Link Tutorial Buat Craf




Link  ni dah lama ekin simpan sebelum kahwin dulu lagi hahahahaha,  sebab masa tu nak kahwin ekin rajin la intai-intai tutorial ni ada hasil  bunga dekat hantaran ekin  semua hasil dari tutorial di bawah ini la.. Ada gak brooch ekin buat dari tutorial ni..

Banyak lagi sebenar nya nanti ekin cari lagi ya..



Vintage Inspired Felt Bows

Vintage Inspired Felt Bows by I Heart Naptime

Cupcake purses

Mother's Day Easy Craft: DIY Crepe Paper Flower Bouquet

Make Flower From Crepe Paper


DIY: CREPE PAPER FLOWERS

Tutorial DIY kad kahwin sendiri





Monday, July 25, 2016

Sireh Lovely Care

Sireh Lovely Care | Assalamualaikum,  hai korang semua ini cik ash ada nak share  berkenaan dengan Pembersih Bahagian Wanita keluaran syarikat Hayat Beuuty & Healthy Industries ini..  So sesiapa yang mengalami masalah dibawah ini boleh guna produk ini alami la sendiri pengalaman menggunakannya ya.. cik ash pun guna produk memang tak tukar dah ya.. best sangat pakai taw.




Keistimewaan SIREH LOVELY CARE 
• Memperbaiki peredaran darah
• Membersih, menyegar, merawat dan menghalang jangkitan
bakteria
• Mencegah & merawat keputihan
• Mengetatkan faraj, mengembalikan ketegangan & menguatkan
otot mahkota wanita
• Mempercepatkan pemulihan luka selepas bersalin
• Baik digunakan sebagai sabun cucian payudara bagi
mengembalikan keanjalan dan mencegah kanser payudara

Kandungan Sirehh Lovely Care :

Kelebihan Herba Sireh (Piper betel) :
* Merawat keputihan dengan merencatkan perkembangan kulat (Candica Albican) penyebab keputihan. 
* Antiseptik untuk mengubati gatal dan alahan pada kulit serta ruam. 
* Melancarkan perjalanan haid dan penyubur kandungan/rahim wanita. 
*Quercus Infectoria Extract (Manjakani) 

Kelebihan Manjakani :
*Sebagai elemen perawat dinding vagina. 
*Membuang lendir dan pratikan asing pada vagina.
*Menstabilkan PH vagina 
*Menngecutkan vagina serta merawat kembali saluran peranakan. 
*Membantu metabolisma dengan mengekalkan Vitamin E pada epidermis. 
*Labisa Pumilia Extract (Kacip Fatimah) 
*Aloe Vera Extract 

Kelebihan Serapat : 
*Merawat  saluran peranakan dengan mengimbangi PH serta keasidan vagina. 
*Vitamin C & E 

eh korang cik ash hampir terlupa produk ini boleh merawat buasir taw... boleh juga digunakan tempat lain utntuk cuci bukan setakat kat alat sulit kita saja.


Sunday, July 24, 2016

CPUV Nuffnang July 2016 On Going


CPUV Nuffnang July 2016 On Going | Assalamualaikum, Hai korang semua... alhamdulilah rezeki dari nuffnang untuk bulan July ada On Going ... ekin dapat iklan CPUV nuffnang yang baru untuk Uniever Vaseline Vict pada 11 July , Acer Revo One Hello Kitty pada 19 July, dan GE Takaful Awareness Campaign pada 19 July dan AstroCirclr Kid's Club pada 21 July.



Ekin ingin mengucapkan terima kasih kepada Mr.Nuffnang  nanti bagi banyak-banyak iklan  kat kita taw hihihi.. kalau  korang nampak iklan tu bergayut-gayut korang tolong la klik terima kasih. 

Friday, July 22, 2016

Header Blog Berwajah Baru

Header Blog Berwajah Baru | Assalamualaikum...Hai hari ini saja-saja nak update nak kongsi hasil Ekin ketika rajin la juga buat sendiri header blog. Kebanyakkan header blog ekin buat sendiri jer.









Ni la hasil edit yang ekin buat guna photoshop, comel tak hihihi.

Blog Ada Fungsi UNFOLLOW


Blog Ada Fungsi UNFOLLOW | Assalamualaikum.. hai korang semua apa khabar , sihat ke harap semuanya sihat la ya.. sekarang kesihatan ekin kurang baik sedang mengalami batuk selsema .. maaf kalau tak dapat nak blogwalking kat blog lagi.. 

Blog sekarang entri autopost yang ditaip sampai seminggu... eh hampir terlupa ekin nak share dengan korang pasal blog ni.. siapa yang perasaan blog sekarang  dah ada fungsi UNFOLLOW taw... nampak kat gambar atas tu... so mudah sangat orang sesiapa yang tak suka blog orang nak unfollow kan hihihihihi.. 

Menang 'PENCARIAN BLOGLIST BY FARAH SANUSI' !!

Hai semua, Alhamdulilah rezeki raya  blog cik ash tersenarai dalam bloglist PEMENANG 'PENCARIAN BLOGLIST BY FARAH SANUSI' !! bermula 4/7/2016 hingga 18/7/2016 ... terima kasih Farah  atas segmen yang dianjurkan. lepas ni ada masa terluang ekin pergi blogwalking hihihi... 


No bertuah carian random.org ialah nombor 10... hihihihi..alhamdulilah rezeki raya...


photo signature_4.gif

Tuesday, July 19, 2016

JOIN BLOGLIST AUGUST AINULAQMA



1. Follow blog AinulAqma



2. Click this link to join BLOGLIST AUGUST AINUL AQMA





Thank you in advance for joining darlingsss! You all rawks! :D













Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

MINYAK WANGI BRAVEHEART




Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.




MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Fanpage : https://www.facebook.com/KerinchiDotCom
Instagram : @KerinchiDotCom
Website: www.Kerinchi.com
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

Fanpage : https://www.facebook.com/ddcosmeticsofficial
Instagram : @DDCosmeticsOfficial
Website: www.DDCosmetics.com.my
WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda?        31 tahun 
  2. Jantina anda?    Perempuan
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana  ingin tampil lebih wangi dan segar di hadapan suami hihihihi...manakala untuk lelaki saya nak hadiahkan suami.. kedua-dua wangi dan segar baru sehati sejiwa hihihihihi.. 


Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.



























Resepi Kerabu Jantung Pisang Dan Pucuk Ketereh

Resepi Kerabu Jantung Pisang  Dan Pucuk Ketereh | Assalamualaikum,
Hai korang semua, apa khabar sihat ke.. diharap sihat la semua kan.. ni Cik Ash ada nak kongsi resepi Kerabu Jantung Pisang Dan Pucuk Ketereh.. Semua barang di atas hasil tanaman pokok kat rumah... Lauk ni dimakan dengan gulai daging tanpa santan  sedap sangat taw.


kerabu jantung pisang


Rasa lama dah tak makan kerabu ni... suami Cik Ash kalau kerabu jantung pisang febret dia sangat ni.. buat aritu rancang nak makan bersama dia balik keje tetapi dalam pukul 7.40 elektrik terputus tertiba kami makan dalam gelap malam tu.. suami kata sedap makan dalam gelap guna  cahaya lilin tak taw rupa macam ner lagi..  hahahahahaha...berberapa minit kami makan nasi dalam jam 8.40 malam elektrik pun ada alhamdulilah syukur tak bergelap terlalu lama malam tu..

Eh terlebih bercerita pulak Cik Ash ni meh kita usha resepi Kerabu Jantung Pisang dan Pucuk Ketereh di bawah yang ekin share ni...



Resepi Kerabu Jantung Pisang  Dan Pucuk Ketereh
Oleh : Cik Ash 

Bahan-bahan :-
4 ekor ikan sardin ( direbus dulu dan di tumbuk halus) 
1 biji jantung pisang ( direbus dengan sedikit garam) 
1 cawan pati santan ( dipanaskan dulu sebentar untuk mengelakkan santan basi) 
1 sudu kecil kerisik
2 biji asam limau nipis 
garam dan gula secukup rasa 
lada merah untuk bagi nampak berwarna nanti 

Bahan ditumbuk :-

1/2 biji bawang besar merah 
2 batanng serai (dihiris halus)
1/2 sudu kecil lada hitam 
2 biji bawang putih 
1 inci  halia 

Cara membuatnya :-
1. Hiris halus jantung pisang. 
2. Masukkan  kesemua bahan untuk ditumbuk ke dalam lesung bersama dengan isi ikan bakar. 
3. Tumbuk bersama dengan garam dan juga gula. Perahkan jus limau, tambahkan kerisek dan tumbuk sampai sebati/ 
4. Kemudian di dalam mangkuk yang berasingan, campurkan jantung pisang yang telah dihiris bersama dengan pati santan dan juga bahan tumbuk. 
5.Gaul sampai sebati, Rasa apa yang kurang ya.
6. Siap dah kerabu boleh simpan dalam peti ais..

Ok la itu saja resepi dari Cik Ash untuk korang cara buat Resepi Kerabu Jantung Pisang Dan Pucuk Ketereh selamat memcuba resepi ini..


Monday, July 18, 2016

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit | Assalamualaikum.. 
Hai korang semua.. alhamdulilah hasil tanaman dari kebun tak jaga terkejut tengok belakang rumah ada tumbuh pokok Terung Pipit hihihihi... dulu dah ada abang nak tebas buang ,loni kembali berbuah pulak pokok ni.. ni hasil buah pertama ni...


ikan bilis terung pipit



Hasil berbuah pertama ni Cik Ash buat Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit menu frebret suami ni dia makan lauk ni tak pandang dah lauk lain taw...nasi bertambah-tambah kalau ada sambal ikan bilis ni..  Jom kita usha resepi ni dekat bawah 



Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit
Oleh: Cik Ash

Bahan-Bahan
1 Mangkuk Ikan Bilis (di goreng dulu ya)
Terung pipit
1 labu Bawang Kuning (dikisar)
1 labu bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
10 keping cili kering (dikisar)
3 sudu besar gula
sedikit garam dan pati sedap
1 cawan air

Cara Membuatnya :-
1. Panaskan minyak tumis bawang kuning, bawang merah,bawang putih,halia dan lada kering sampai pecah minyak.
2. Bila bahan tumis dah pecah minyak masukkan ikan bilis gaul bagi sebati.
3. Bila dah sebati tu masukkan terung pipit kacau bagi terung masak sekata.
4.masukkan gula untuk bagi sambal ikan bilis sedap ini la rahsia ikan bilis orang kelantan sedap letak gula dulu.. hihihihi
5. Lepas tu baru letak garam dan serbuk pati sedap.
6. Siap boleh hidangkan dengan nasi putih panas..

Ok itu saja resepi hasil dari air tangan ekin buat suami dan ibu mentua... hihihihihi... selamat memcuba resepi simple dari pada ekin...


Sunday, July 17, 2016

Kad Raya Dari Blogger

Kad Raya Dari Blogger | Assalamualaikum.. Hai korang semua setelah seminggu beraya akhirnya sampai kad raya dari kawan blogger ekin ini... terima kasih kepada rakan blogger yang bagi kad raya dekat ekin ini.. masih ada yang ingat ekin hihihihi... 



jom kita usha kad raya dari blogger yang sangat baik hati hantar kad ni dekat ekin.

Kad Raya Dari Sis JM ,,, ucapan buat sis JM Selamat Hari Raya akak.. maaf kalau ada salah silap ya.. ekin raya dekat kedah tahun ni... 

Kad Raya dari Sis D...selamat hari raya buat sis.. 

Kad Raya Dari Nina


Kad Raya Dari SS


Saturday, July 16, 2016

Drama Sayangku Kapten Mukhriz




Pelakon Utama Drama Sayangku Kapten Mukhriz
Raja Afiq sebagai Kapten Ustaz Mukhri Amaniena Baharun sebagai Dr. Ariana Dahlia

Fezrul Khan sebagai Izzudin
Sinopsis Drama Sayangku Kapten Mukhriz

Mengisahkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas, pegawai KAGAT yang berkhidmat di situ, seorang lulusan UIA dan berasal dari Perlis. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana kisah hubungannya dengan Kapten Aliza yang menjadi perhatian. Kapten Aliza Adeline, keturunan cina jatuh cinta pada Mukhriz. Malah, ramai yang suka mereka bersama sebab merasakan mereka pasangan yang sepadan.


Namun, keputusan Mukhriz untuk menolak cinta Kapten Aliza membuatkan wanita itu kecewa dan minta ditukarkan ke Kelantan. Gamat seketika suasana. Ramai yang simpati pada Kapten Aliza kerana tahu Kpten Aliza sedang mendalami Islam dan perlukan pembimbing. Namun Mukhriz bimbang jika Aliza mahu memeluk Islam kerana mahu berkawin dan bukan kerana sinar Islam itu sendiri.


Dan Mukhriz juga mengalah kerana dia tahu Fakhrie begitu sukakan Aliza dan berdoa agar suatu masa nanti mereka akan bertemu jodoh.


Friday, July 15, 2016

Keywords Blog Cik Ash #20


Keywords Blog Cik Ash #20 | Assalamualaikum... Hai korang semua.. alamak terlupa pulak ekin nak share keyword yang selalu orang duk usha kat sepanjang bulan Jun 2016 aritu... raya punya pasal habisnya terlupa hahahahaha... dekat atas tu carian keyword yang popular blog ekin... kebanyakkan orang usha dari pasal Bank Kerapu , diikuti oleh drama Cik bunga dan Encik Sombong . tak lupa juga drama Imam Mudaku Romantik.. 

So yang mana terlepas nak baca entri yang  pemes di dalam carian keyowrd ni boleh usha entri dekat bawah ini 




Manakala di carian keyowrd nuffnang masih sama bank kerapu ni... entri pecah rekod bulan lepas entrti yang paling popular sekarang orang tengah baca hihihihi... entri paling  pemes sepanjang bulan 6 sebanyak 5k view nak tengok entri yang ekin tulis pasal ni boleh tengok dekat Catatan Popular Sepanjang Bulan Jun 2016