Wednesday, August 31, 2016

Drama Razia Sultan Di TV3

Drama Razia Sultan Di TV3 | Hai korang ekin harap semuanya berada dalam sihat walafiat la ya. ni ekin ada nak kongsi drama Razia Sultan yang akan ke udara di Slot Sinetron pada hari ini jam 4.00 petang di TV3.  kalau tak silap ekin sebelum ni sinteron indonesia kan sekarang dah beralih ke drama Hindi dari Delhi pulak ya... 




Sinopsis Drama Razia Sultan

Drama Razia Sultan ni merupakan drama diinpirasi dari kisah benar memceritakan tentang seorang Sultan wanita  dalam memerintah kerajaannya, ia merupakan satu-satunya sultan wanita yang berjaya dan berhasil memerintah dengan baik. 


Pengolakkan bermula apabila terjadi pengalihan kepemimpinan dari Sultan IItutmish (Shooraj Thapar) memberikan pimpinan kesultanan kepada Razia (Pankhuri Awasthy) sebelum dia meninggal. Memaksa Razia sebagai penerus kepemimpinan Kesultanan tanpa alasan, ternyata Razia dipilih oleh Sultan IItutmish kerana kemampuannya yang memang sangat baik dalam memimpin kesultanan. 


Namun keputusan itu ternyata membuat Ruknuddin Firuz (Ankit Arora) tidak terima dengan keputusan yang diambil oleh sultan IItutmish. Dia mengakui bahawa dirinyala yang lebih layak daripada Razia yang hanya seorang wanita.

 

Selamat Hari Kemerdekaan Ke 59

Hasil carian imej
Assalamualaikum...Hai korang  ekin harap semuanya sihat walafiat la ya. dikesempatan pagi ini ekin ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Ke 59 kepada seluruh rakyat malaysia.. 

Sekejap masa berlalu kan.. bulan ogos sudah nak akhir dan penghunjungnya.. esok ekin tak ada pergi mana-mana hari merdeka duduk dirumah layan televisyen saja.. hihihihi.. suami ekin outstation minggu ini.. 

Tahun ini tema hari kemerdekaan sehatisejiwa seperti tahun lepas jugak kan.. 

Tuesday, August 30, 2016

CPUV Nuffnang Ogos 2016 On Going



CPUV Nuffnang Ogos 2016 On Going   | Assalamualaikum, Hai korang semua... alhamdulilah rezeki dari nuffnang untuk bulan Ogos  ada lagi On Going ... ekin dapat iklan CPUV nuffnang yang baru untuk ialah Scotts DHA Gummies PR Launch  pada 25 Aug 2016 dan Dyson Pure Cool Link pada 26 Aug juga.. 

Monday, August 29, 2016

Amez Care Tuala Wanita Bio Herba

Amez Care Tuala Wanita Bio Herba | Assalamualaikum, Hai korang cik ash harap semuanya sihat walafiat la ya.  Pernah dengar Tuala Wanita Amez Care tak.. Kalau tak pernah ni cik ash nak bagitaw.. Ia juga merupakan pertama kali Cik Ash dengar jenama ni di pasaran.. Tuala wanita Amez ini adalah tuala wanita Bio Herba yang bagus untuk memberi rasa keselesaan kepada pemakai ketika datang haid. 


Amez Care Tuala Wanita Bio Herba


Amez Care Bio Herba Pad ini di datangkan 3 jenis pack iaitu 12 Keping Day, 10 keping Overnight dan 30 Keping Pantyliner. 




pantyliner


overnight



Day



Amez Care ini bio pad herba yang berfungsi sebagai ion negatif , berinfra red, Nano Silver dengan ekstrak herba bio daripada  Aloe Vera, Peppermint, Teh Plant, Chamomile dan Lavender. Amez care mempunyai potongan 3D yang ergonomik, lapisan yang lembut di bahagian atas, pengundaraan yang cukup dan tidak mudah bocor, Kertas gam melekat pada produk adalah sangat kuat, kalis air, dan direka untuk memastikan tahap tertinggi keselesaan.


Berminat ingin mencuba Amez Care ini korang boleh dapatkan di Aeon Wellness, Midvalley ataupun korang boleh juga ke online store mereka iaitu www.amezcare.com 


Boleh juga ke lawati ke senarai di bawah ini untuk keterangan lanjut tentang Amez Care ini :-

Sunday, August 28, 2016

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com




{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun

1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016



Syarat-syarat wajib :


1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com


2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu


3. Follow instagram  :

@acik21


4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu















Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh


Klik Banner Untuk Join

Tamat : 24 Sepetember 2016

Friday, August 26, 2016

Selamat Pagi Jumaat

Selamat Pagi Jumaat  | Assalamualaikum... Jumaat terakhir di bulan Ogos.. Pagi yang dingin dan sejuk... hujan turun di pagi hari jumaat.. alhamdulilah masih lagi diberi peluang menghirup udara yang nyaman pagi ini... seperti biasa la tugas ekin bangun buat sarapan dan bekal untuk suami.. suami ekin baru pergi keje so ekin curi masa untuk tulis blog sat... sat lagi nak basuh baju uniform suami dan baju-baju lain, tugas yang lain gak.Pagi ini ekin nak share mutiara kata dekat bawah ini :- 


bila




     “Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”

 "Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan"

"Seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia"


Thursday, August 25, 2016

Resepi Jemput-Jemput Carrot

Resepi Jemput-Jemput Carrot | Assalamualaikum... Hai korang Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat la ya. Lama tak buat jemput-jemput lepas raya aritu baru ni kerajinan buat jemput-jemput datang kembali setelah lama tak buat sebab malas hihihihi..


jemput carrot 


Bila rajin datang ada saja nak di buat kat dapur tu. idea buat jemput-jemput carrot Cik Ash guna saja bahan-bahan yang ada dekat dapur tu... tengok rupa tak menarik kan tapi bila makan mak mentua Cik Ash puji sedapnya jemput ni tak puas makan hihihihi.. suka taw bila mak mentua puji kita masak taw..Jom kita tengok resepi dekat bawah ini :- 

Resepi Jemput-Jemput Carrot
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
Separuh tin susu cair
3 batang carrot (kisar bagi hancur)
garam dan pati sedap
3 sudu gula
Air (agak-agak bila tengok bancuhan dah sebati)

Cara Membuatnya
1. Bancuhkan tepung dengan kesemua bahan-bahan bersama air masak. bagi biar rata dan nampak cair sikit jangan terlalu pekat sangat ya..
2. Bila dah siap bancuh boleh panaskan minyak dalam kuali..
3. Tunggu kuali panas , bila kuali dah panas boleh la letakkan bancuhan ke dalam kuali.
4. Goreng hingga kekuningan dan toskan minyak dalam tisu lapik tu.
5. Sedia dihidangkan..


Wednesday, August 24, 2016

Throwback Menang Pertandingan Mewarna

Throwback Menang Pertandingan Mewarna | Assalamualaikum... hai korang semua, sebelum ni Cik Ash ada share entri Wordless Wenesday #67 |Throwback Menang Pertandingan Mewarna . bila duk belek-belek gambar dalam simpanan Cik Ash tercuba gambar di atas tu... 


mewarna




Gambar di atas merupakan memori terindah buat Cik Ash di mana Cik Ash masuk pertandingan mewarna yang di anjurkan oleh TV Al-hiljrah yang baru nak masuk siaran di kelantan ketika tu... masa tu Cik Ash berumur 27 tahun masuk pertandingan ini taw.. kalau tak silap Cik Ash program yang di adakan masa tu dekat Istana Air mata di kelantan.. Istana tu memang dah lama tak dibuka untuk bagi rakyat masuk... 





Cik Ash dapat taw nenek Cik Ash dia bagitaw selama dia hidup di kelantan ni pertama kali dia dapat jejak istana ni.. tengok lama tu...nenek ekin masa tu umur 70an lagi belum sakit lagi... Istana tu di buka dan ada program bersempena tarikh lahir sultan kelantan ketika itu... 

Suka sangat dapat masuk istana kelantan bersama dengan ma,adik Cik Ash, pak saudara, mak saudara, sepupu-sepupu kunjungan pertama Cik Ash... kunjungan ke istana kali kedua bersama dengan abang sulung Cik Ash dan family dia, ma,nenek , kunjungan kali kedua Cik Ash tak ada bergambar pun hahahahaha segan nak bergambar la.. 


Tuesday, August 23, 2016

Resepi Mee Sup Spontan

Resepi Mee Sup Spontan |Assalamualaikum.. hari sabtu baru ni ekin masak mee sup spontan, mesti ramai yang tertanya kenapa nama resepi Mee Sup Spontan kan... begini ceritanya... hari sabtu baru ni ekin pergi spa dekat taman mutiara ni biasa nak relaks kan badan sikit pergi buat sauna dan facial treament hihihihi....cerita pasal spa nanti ekin buat entri khas ya..

mee sup spontan


Lepas balik pergi  buat treament ekin ajak suami pergi beli lauk untuk seminggu. Ekin beli daging, sayur2 sikit... masa duk pilih barang tu suami ekin dia ambik mee sebungkus dan kuew teaw sebungkus..ekin tanya suami beli mee n kuew teaw tu nak suruh masak ke.. hihihihihi.. teringat kat ibu mentua dia nak makan mee kuah.. ekin nak  buat mee kuah tak berapa pandai buat try search google macam banyak perlu ada... so jadi terfikir la buat mee sup la senang hahahaha.. bahan-bahan pun ekin buat yang mana dalam peti ais tu saja. Sebab mee sup ni dapat nama Mee Sup Spontan.

Ekin buat main agak-agak saja Mee Sup Spontan ni... meh la usha resepi sup yang ekin buat dekat bawah ini...kira aritu satu hari tak makan nasi ok la kan.. kadang-kadang tukar menu masakan apa salahnya kan

Resepi Mee Sup Spontan 
Oleh : Cik Ash

Bahan-Bahan 
1 Bungkus Mee (di celur)
Sedikit Daging 
3 Batang sosej ayam (rebus)
Setengah bawang kuning 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia
3 sudu serbuk sup adabi 
1 rempah sup bunjut
Segenggam taugeh (dicelur)
3 cawan air
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil pati sedap

Cara Membuatnya 
1. Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau , lepas tu masukkan bawang kuning tumis   hingga kekuningan.
 2.  Apabila bawang putih,halia,bawang besar dah masak masuk kan air ke dalam periuk itu.
 3.  Masukkan sup bunjut dan serbuk sup adabi masak sehingga mendidih sup tu.
 4.Bila dah mendidih boleh masukkan daging masak hingga daging lembut.
5.  Apabila sup dah daging dah sebati boleh la masukkan serbuk pati sedap dan garam suaikan      rasa   kalau ada apa-apa yang kurang tambah la.. hihihihi..
6.  Siap masak boleh la hidangkan ya.



Unity Sale Special

Unity Sale Special | Assalamualaikum bersempena bulan kemerdekaan ini Lazada akan bermula membuat belian dengan jualan komisen sebanyak 10%  pada tarikh 22 hingga 24 ogos dan komisen tambahan untuk semua pesanan bermula pada 25 hingga 31 Ogos 2016 ini sebanyak 20% diskaun ya.

Ingin dapat barang di lazada dengan diskaun sebanyak 30% ni boleh pergi ke laman lazada ataupun klik banner dekat bawah ini ya..

20160816134052-UnitySalesAFFVoucher_30LAPAUG20_300x250.png



Monday, August 22, 2016

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai | Assalamualaikum... agak terlewat ekin share resepi sambal ikan bilis petai ini dekat blog ekin biasa la bila datang mood malas nak update begini jadinya tak ada langsung nak tulis buka draf tutup balik, buka tutup saja jer kejenya..


sambal ikan bilis petai



Ini bila datangnya nak menulis ada saja entri yang ditaip siap buat untuk publish bila-bila tarikh.. hihihihihi.. sebab kadang-kadang ekin tinggal saja laptop or telefon tak cara langsung fokus buat keje rumah la..

Ok la hampir terlupa ekin nak kongsi dengan korang sambal ikan bilis petai febret suami ekin ni.. kalau ekin buat sambal ini memang suami orang pertama yang makan bertambah hihihihihi.. almaklum makanan kegemaran beliau kan.. siap bagitaw ekin "sayang nak bagi abe gemuk ke" hahahahaha.Ini dia yang resepi sambal ikan bilis petai yang ditunggu ni jom kita usha...

Sambal Ikan Bilis Petai
Oleh: Cik Ash

Bahan-Bahannya-:
1 mangkuk ikan bilis (basuh dan toskan)
Petai main letak saja
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia  (dikisar)
20 keping lada kering (direndam dan dimesin dulu)
3 sudu kecil gula
sedikit gula dan pati sedap

Cara membuatnya :-
1. Goreng ikan bilis dulu..
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau dan kekuningan.
3. Selepas itu masukkan lada kering tumis hingga pecah minyak.
4. Bila dah pecah minyak masuk ikan bilis, petai  masak hingga mendidih..
5. Letakkan gula, sedikit garam dan secukup  rasa.
6. Kacau hingga sambal tumis ni masak.

Itu saja resepi daripda ekin kongsi buat korang..ekin away dulu nak buat keje rumah sat.. nanti ada masa free rasa ada mood ekin blogwalking jalan-jalan blog korang.

Saturday, August 20, 2016

Drama Lara Aishah( Adaptasi Telenovela Mexico) Astro Prima


Drama Lara Aishah( Adaptasi Telenovela Mexico) Astro Prima | Assalamualaikum... selamat pagi semua... apa khabar korang semua, sihat ke semua... ini ekin ada nak share dengan korang pasal drama adapitasi Telenevola mexico yang akan bersiaran di astro prima. 


Drama di ini arahkan oleh Muhamad Riza Baharudin, skrip Adzim Shahabudin dan terbitan oleh Global Station Sdn Bhd dan akan di tayangkan bermula 29 Ogos 2016 ini. Drama ini mempunyai 100 episode. 

Dibintangi oleh pelakon yang sangat hebat iaitu lakonan Fasha Sandha,Nazim Othman, Shah Jaszle, Ainul Aishah,Liza Abdullah,Jasmin Hamid, Janet Khoo, Sasqia Dahuri, Zamarul Hisham , Watie Elite, Maria Farida, Shah Reza, Dayana Roza, dan ramai lagi. 




Friday, August 19, 2016

Drama Memori Cinta Suraya Ke Udara Di TV Luar Negara

Drama Memori Cinta Suraya Ke Udara Di TV Luar Negara | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar sihat ke tu.. ni ekin nak kongsi dengan korang semua ekin dapat taw yang drama Memori Cinta Suraya yang popular suatu ketika dahulu drama Telenovela sebanyak 137 Epiosode tu dapat tebusi pasaran di luar negara pulak.. sebelum ini Singapore,Indonesia sekarang ini ditayangkan di Channel televisyen Kazakhstan pulak. 
 
 
 

 

Nak tengok dan dengar suara alih bahasa ke kazakhstan boleh pergi ke Instasgram kaztrk_kz ya . di situ banyak dia share... drama itu ditayangkan jam 18.35 dengan  tajuk SURAYA.. 

Thursday, August 18, 2016

Pelakon Cilik Haziq Tom Tom Bak Terkini


Pelakon Cilik Haziq Tom Tom Bak Terkini | Assalamualaikum...Hai korang semua ni ekin ada nak share dengan pasal pelakon cilik Haziq yang berlakon dalam Syurga Cinta dan rancangan Tom Tom Bak Pak Nil tu.. Sekarang dah besar panjang dan berisi la  beliau hihihihihi...suara masih sama lagi... dulu2 minat dia sebab cakap pandai hahahhahaha... 

Tuesday, August 16, 2016

"Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler"


Tag : TKK


Hadiah yang bakal dimenangi!

  • Hadiah Pertama 1x Buku Kompilasi Travelog 7 Benua
  • Hadiah Kedua 1x Buku Travelog Faghuzi
  • 3x Tabung (pelbagai corak) Untuk Simpan duit buat travel
5 orang pemenang!


Due Date :  20/07/2016 sehingga 20/08/2016. 

Review Snek Choc & Nut Chocotainer

Review Snek Choc & Nut Chocotainer | Assalamualaikum... hai korang ini lagi satu produk review yang cik ash belum kongsi dengan korang semua... Snek Choc & Nut Chocotainer merupakan produk review dari team Projek Blogger Utara  dah lama dah produk ni direview oleh rakan-rakan cik ash yang lain... cik ash saja yang baru berkesempatan nak menulis biasa la banyak halangan sentiasa bila nak menulis hihihihi... 



 Snek Choc & Nut Chocotainer  merupakan keluaran Bumiputera sedang hangat dipasaran. ianya kaya dengan kekacang, kemudian ianya disaluti dengan madu dan dilapisi dengan coklat yang digunakan dalam snek ini ialah kebanyakkan kacang yang bermutu tinggi, besar-besar dan sangat segar bila makan sangat rangup.


Snek Choc & Nut Chocotainer boleh makan bila-bila masa taw.. kalau yang dalam proses nak berdiet boleh makan snek sebab mengenyangkan perut hihihihi.... snek ini jugak boleh jadikan door gift atau hadiah majlis perkahwinan ataupun untuk orang yang teristimewa. 

Yang mana berminat  dengan Snek Choc & Nut Chocotainer boleh whatsapp Kak Azam no talian  0194764453 .  Details penuh mengenai CHOC&NUT ini boleh klik facebook 

Instagram @myfood_delivery 

Monday, August 15, 2016

Tahniah Raja Farah Dan Suami Dapat Anak Lelaki

Tahniah Raja Farah Dan Suami Dapat Anak Lelaki | Assalamualaikum.. Hai korang semua ni ekin ada share berkenaan artis kita Raja Farah ada yang kenal tak... Alhamdulilah beliau dah  selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.16kg, jam 3:35 pagi, bertarikh 10 Ogos 2016 secara normal... 


Tahniah Raja Farah Dan Suami Dapat Anak Lelaki cik ash




Semoga dengan kehadiran cahaya mata  Raja Farah dan Suami dapat menyerikan kehidupan perkahwinan mereka... 

Review Kathy's Homemade Soap

Review Kathy's Homemade Soap | Assalamualaikum... hai semua... punya lama entri review ni tersimpan dalam draf... maafkan ekin cik puan sabun yang bagi sabun untuk review ini... ekin bukan saja-saja nak lambatkan review.. ada sebab yang terpaksa dielakkan untuk share ..gambar sabun ekin snap aritu terdelete.. ni ambik semula tu dah tinggal separuh.. huhuhuhu...tengok la gambar sabun tak menarik langsungkan.. 


Review Kathy's Homemade Soap


Yang ekin nak kongsi sabun di atas ni dia sabun Homemade Soap selamat untuk kulit kita yang sensitif... sabun yang ekin review ini keluaran daripada Khaty's Homemade Soap. Sabun yang ekin punya ini  untuk kulit ekin yang gatal kering adalah Oatmeal Honey bila guna dekat badan rasa kulit badan ekin tak kering macam selalu.. mungkin sebab campuran madu dan oat kan... sabun ni untuk yang ada gatal-gatal kulit yang kering boleh cuba..

Kat bawah ini contoh sabun yang dibuat oleh Khaty's Homemade Soap nampak cantik sangat kan.. packing pun lawa sangat.. pelbagai jenis sabun di buat kat Khaty's Homamade Soap ini. 


kredit Fb Kathy's Homemade Soap


Yang ingin tahu mengenai sabun keluaran Khaty's Homemade Soap boleh buat  pertanyaan atau pembelian boleh terus menghubungi no di bawah atau ke IG dan FB dibawah ye.


No telefon : 013-3363775 (Alia)




Sabun ini pun boleh dibuat Door gift or hantaran ke... boleh saja anda hubungi owner Khaty's Homamade Soap yang ekin bagitaw dekat atas ya.

Sunday, August 14, 2016

Tonton Online Game Show Sape Terer

Sape Terer merupakan 'game show' terbaharu yang mempertemukan artis otai dan artis baharu bersaing merebut gelaran juara setiap episod. Dihoskan oleh Syuk SYJ.
















Drama Si Kolot Suamiku Astro Ria Dan Maya HD

Drama Si Kolot Suamiku Astro Ria Dan Maya HD | Assalamualaikum , Hai korang semua ini ekin ada nak share drama yang best gak kalau nak jadi list ekin nak suruh suami tengok hihihihihi... sebelum ini drama Imam Mudaku Romantik dan Drama Sayangku Kapten Mukhriz  ekin suruh suami layan.. hahahahhaha... memang suami layan sokmo drama ini taw..siap ekin dowload simpan koleksi nak suruh suami tengok..  siap tersenyum-senyum bagai bila tengok drama ini.. kalau ada apa-apa yang ekin cakap la mesti dia bagitaw ingat taw ustaz faqil or ustaz mukhriz cakap macam ner hahhahahah... aduhhh suamiku ini pengaruh drama sangat...
 
 

 
 

Eh hampir terlupa ekin pasal drama ini pulak.. drama ini akan mengantikan drama Lelaki Macam Dia itu . Drama ini merupakan drama adapitasi dari novel Si Kolot Suamiku karya  Fazlyn Ridz  yang akan bersiaran di Astro Ria Dan Astro Maya HD bermula pada 15 Ogos 2016 ini.. 
 

Drama Si Kolot Suamiku ini dibintangi oleh lakonan hebat Amar Baharin dan Siti Elizad Sharifudin, Drama ini diarahkan oleh Eyra Rahman merupakan terbitan MIG Pictures. Drama ini juga dibantu oleh pelakon lain iaitu Kuza,Faizal Hussein, Atikah Suhaimie, Dania Azmi dan ramai lagi. 

Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku


“Nama kau Kudin ya?”

“Apasal kau gelak?”

“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”

Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!

Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?






Friday, August 12, 2016

Jualan MYBoleh

Jualan MYBoleh By Lazada | Assalamualaikum.... Hai korang semua apa khabar untuk hari ini sihat ke... sekarang di Televisyen demam Sukan Omlipik kan... ada yang layan sukan omlipik tu.. ekin buat masa ni belum sempat lagi nak tengok.. 

Selalu sukan omlipik ekin cepat sangat nak tengok hahahahaha... tapi sejak jadi wife jadi malas nak layan sangat... eh hampir terlupa ekin sambil korang layan suka Sukan Omlipik tu apa kata korang singgah kat Jualan MY Boleh boleh shopping Milo dengan harga yang sangat berpatutan... mudah sangat tak pergi beli kat kedai-kedai dah dalam lazada pun ada jual Milo hihihihihi... 





Banyak lagi barang di Jualan MY Boleh sedang berlangsung sekarang cepat-cepat pergi sekarang di Lazada Sekarang
  


Thursday, August 11, 2016

Pencarian Bloglist Untuk Blog Gadisgenits


Pencarian Bloglist Untuk Blog Gadisgenits | Assalamualaikum.. hai korang jom memeriah Pencarian Bloglist Untuk Gadisgenits ini. 

Nak  join klik sila klik banner di atas




Cara Nak Test Kelajuan Speed Sever

Cara Nak Test Kelajuan Speed Sever

  Assalamulaikum, Hai korang apa khabar sihat tak... hihihihihi... ni ekin ada nak share dengan korang tentang satu website untuk test kelajuan speed sever. Selama ini ekin duk guna TM speed test saja nak taw berapa laju speednya.. 

Tentang test kelajuan speed sever ni ekin dapat taw daripada blog Aku Penghibur yang telah memperkenal website ini... nak taw lebih detail berkenaan dengan website korang boleh terjah ke blog beliau taw..

Keputusan hasil ekin buat di atas ekin buat 2 atau 3 hari lepas manakala gambar yang bawah ini ekin buat pagi ini.. ada nampak kelainan n kelajuan kan hari ini.. biasa keadaan di kedah sekarang hujan sokmo..musim boh orang kelantan bagitaw.. hihihihihi..