Thursday, August 25, 2016

author photo
Resepi Jemput-Jemput Carrot | Assalamualaikum... Hai korang Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat la ya. Lama tak buat jemput-jemput lepas raya aritu baru ni kerajinan buat jemput-jemput datang kembali setelah lama tak buat sebab malas hihihihi..

Jemput-Jemput Carrot 

Bila rajin datang ada saja nak di buat kat dapur tu. idea buat jemput-jemput carrot Cik Ash guna saja bahan-bahan yang ada dekat dapur tu... tengok rupa tak menarik kan tapi bila makan mak mentua Cik Ash puji sedapnya jemput ni tak puas makan hihihihi.. suka taw bila mak mentua puji kita masak taw..Jom kita tengok resepi dekat bawah ini :- 

Resepi Jemput-Jemput Carrot
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
Separuh tin susu cair
3 batang carrot (kisar bagi hancur)
garam dan pati sedap
3 sudu gula
Air (agak-agak bila tengok bancuhan dah sebati)

Cara Membuatnya
1. Bancuhkan tepung dengan kesemua bahan-bahan bersama air masak. bagi biar rata dan nampak cair sikit jangan terlalu pekat sangat ya..
2. Bila dah siap bancuh boleh panaskan minyak dalam kuali..
3. Tunggu kuali panas , bila kuali dah panas boleh la letakkan bancuhan ke dalam kuali.
4. Goreng hingga kekuningan dan toskan minyak dalam tisu lapik tu.
5. Sedia dihidangkan..


This post have 20 komentar

avatar
Zafirah Kama delete August 25, 2016 at 9:22 AM

tengok jemput-jemput carrot ni teringat zaman study dulu.. coursemate aka housemate buat bubur carrot and paksa2 yang lelain makan.. sampai muntah2 housemate yang sorang tu.. hahaha

Reply
avatar
No name delete August 25, 2016 at 10:05 AM

Sedapnya, mesti rasa lemak manis nie

Reply
avatar
♥ aiNa yaZiD ♥ delete August 25, 2016 at 10:41 AM

x pernah rasa lagi jemput2 carrot. Wah sampai mak mertua puji, mmg sedap btul tu. Ok kita nk cuba la nnti =)

Reply
avatar
el delete August 25, 2016 at 10:54 AM

xnah lagi wat cucuq karot..ermm kena try ni

Reply
avatar
Alia Farhan delete August 25, 2016 at 1:51 PM

Carrot tu parut ke potong2 gitu2 ja ekin?

Reply
avatar
Cik Ash delete August 25, 2016 at 2:32 PM

Bubur carrot boleh cuba buat ni hahahahaha

Reply
avatar
Cik Ash delete August 25, 2016 at 2:32 PM

Ha ah lemak manis sangat hihihihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete August 25, 2016 at 2:34 PM

Hihihihihi mak mentua puji suka sangat

Reply
avatar
nohas delete August 25, 2016 at 7:17 PM

jemput2 manis..sedapnya..

Reply
avatar
OKje delete August 25, 2016 at 7:48 PM

Jangan dipandang pada rupa ye ekin hihi....Kalau mak mertua pun ckp sedap maknanya mmg pas lah tu

Reply
avatar
Cik Ash delete August 25, 2016 at 8:27 PM

hihihihihi... memang sedap

Reply
avatar
Cik Ash delete August 25, 2016 at 8:28 PM

hihihihihi... alhamdulilah boleh mak mentua yang sporthing

Reply
avatar
FarahFerraDotCom delete August 25, 2016 at 8:51 PM

Tak pernah buat lagi jemput2 carrot ekin..macm sedap jer tgk.. macih share resepi..

Reply
avatar
Cik Ash delete August 25, 2016 at 9:19 PM

buat la kak farah hihihihi.. sama2

Reply
avatar
Farrah MF delete August 26, 2016 at 12:10 PM

Baca citer Firah, teringat akak, dulu Cekebon cuba buat creamy carrot soup utk kitorang adik-beradik. Tak laku! Kitorang sumer bajet makan sup ayam biasa je...tetiba nak makan sup carrot creamy bagai ;)

Reply
avatar
Sha Mohamed delete September 2, 2016 at 10:28 AM

Sha kalau buat cucur carrot tak buh susu cair.. tapi sha tambah kentang.. ngn telur.. Nanti nak try resepi ekin lak..

Reply
avatar
Cik Ash delete October 8, 2016 at 7:37 AM

Boleh cuba buat gak resepi sha ni

Reply
avatar
Wak Lat delete September 13, 2017 at 6:29 PM

nmpk pon sedapp jempot2 kerot nih., ;p

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post