Monday, October 10, 2016

author photo
Serunding Ayam | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..maafkan Cik Ash entri lama tersimpan dalam draf baru teringat nak publish hihihihi...





Hari raya haji yang ketiga aritu Cik Ash ada balik di kelantan untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu sebelah suami, tahun ni lewat balik raya haji.. nak buat macam ner cuti abang dah tak ada.. tu pun cuti tanpa gaji selama 3 hari. Masa nak balik kat kedah hari jumaat aritu mak saudara suami Cik Ash ada kirimkan lauk ayam pedas lebihan kenduri banyak sangat..Cik Ash fikirkan pada duk membazir gitu baik Cik Ash buat serunding ayam kan.. tu pun mak saudara suami Cik Ash yang bagitaw hihihihi..


Ok la semalam Cik Ash cuba buat serunding ayam tu kiranya ini cubaan pertama Cik Ash buat mana pernah buat serunding ni selalunya beli saja dekat pasar siti khadijah dekat kelantan dulu-dulu.. so sekarang bila dah duk jauh dari kelantan kita kena belajar buat sendiri la kan..


Alhamdulilah cubaan pertama Cik Ash buat serunding ayam ini menjadi sedap sangat makan dengan nasi kosong.. menu diet boleh la ni hahahahaha.. ok la jom kita usha resepi nak buat Serunding Ayam ini dekat bawah


Resepi Serunding Ayam
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan
Ayam
4 sudu besar lada kering (dikisarkan)
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar biji ketumbar
1 kotak santan
4 sudu besar Cili Kisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 senduk gula
1 sudu kecil garam dan serbuk pati sedap

Cara membuatnya 
1. Ayam itu Cik Ash guna yang lebihan ayam pedas basuh dan carikkan halus-halus lepas tu rebus bagi lembut sikit..
2. Lepas tu blend bawang merah,bawang putih dan halia.
3. Jintan putih dan ketumbar disangai (goreng tanpa minyak) selepas tu diblend sedikit kasar.
4.Tumiskan bawang merah,bawang putih, halia bersama dengan cili kisar, biarkannya garing sebentar.
5. Masukkan pula jintan dan ketumbar yang telah diblend kedalam tumisan tu.
6. Masukkan santan.
7. Kacau sebati dan masukkan isi ayam tadi,garam,gula dan juga kerisik.
8. Goreng dengan api kecil selama lebih kurang 3-4 jam deh sampai garing

*Cik Ash buat sebentar jah hahahhah derhaka sikit... mujur sedap gak tapi dia berketul-ketul sikit.

This post have 10 komentar

avatar
Ain Athirah delete October 10, 2016 at 4:41 PM

Makan dengan roti sedapnya kak ekin T_T

Reply
avatar
Murni Alysa delete October 10, 2016 at 6:46 PM

wah kreatifnya..betul laa dari membazir buang..orang dlu2 pon buat macam ni la..nak minta sikit boleh x???

Reply
avatar
Hani Rahman delete October 11, 2016 at 6:27 PM

Sedap nih ... Makan ngan nasi panas tak toleh kiri kanan dah ...

Reply
avatar
Cik Ash delete October 12, 2016 at 9:41 PM

sedap sangat makan dia saja pun ok

Reply
avatar
Nina Mads delete October 18, 2016 at 8:53 AM

sedapnyaaa tak reti buat tau makan ja

Reply
avatar
Sha Mohamed delete November 14, 2016 at 2:37 PM

Rajinnya Ekin.. best nie buat inti popia simpul..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post