-->

Sunday, January 15, 2017

author photo
Resepi Timun Tumis Air | Assalamualaikum, Hai korang semua.. apa khabar Ekin harap semua sihat walafiat ya..

Resepi Timun Tumis Air


Entri ni dah lama terperam dalam draf ni baru sempat nak share.. hahahaha.. Ekin selalu letak tajuk dan gambar nak karang entri agak kurang sebab ilham menulis tu nak tak ada dalam kepala.

Bila dah datang  ilham itu ni hasil entri Resepi Timun Tumis Air dekat bawah jom usha resepi Ekin ini..

Resepi Timun Tumis Air 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan :-
2 batang timun (belah 2 dan potong2) 
sedikit ikan bilis 
1 sudu kecil serbuk pati sedap 
1 sudu lada hitam dihancurkan 
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sedikit minyak untuk menumis 
air secukupnya 
garam secukup rasa 

Cara membuatnya :- 
1. Tumbuk bahan yang bertanda * 
2. Panaskan minyak dalam kuali lepas tu tumis bahan tumbuk dan ikan bilis hingga kekuningan. 
3.Selepas itu masukan air secukupnya. 
4. masukkan timun,lada hitam , garam dan serbuk pati sedap.
5. Seimbangkan rasa .. biarkan mendidih lama sikit... siap padamkan api. 


Ok la itu saja resepi yang Ekin nak kongsikan dengan korang semua.. selamat mencuba ya...   Nak tengok koleksi resepi masakan Ekin korang boleh klik link Dapurcikash dalam tu semua resepi ada bila Cik Ash cuba memasak hihihi.. 


your advertise here

This post have 2 komentar

avatar
Shikin Razali delete September 5, 2018 at 1:12 AM

Dah lama saya x buat menu simple nie.. rasa macam nak masak aje utk santapan esok..

Reply
avatar
Cik Mimie delete March 9, 2019 at 12:23 PM

menu feberet ni.. masak asam pun sedap jugak timun ni.. mkn dengan nasi panas n sambal..mmmm..

sedapnye..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post