Assalamualaikum & Hai korang semua. Apa khabar? Harap semua sihat walafiat ya. Hari ni Ekin nak kongsi sesuatu yang betul-betul menyentuh hati Ekin sendiri.
Baru-baru ni, Ekin dapat tahu tentang satu program khidmat masyarakat anjuran PPTD Malaysia bawah inisiatif #pptdcsr. Apa yang buat Ekin teruja, mereka akan lancarkan Tabung Sumbangan Waqaf Al-Quran Braille. Tujuannya untuk bantu kawan-kawan kita yang cacat penglihatan supaya mereka juga dapat peluang membaca dan memahami ayat suci Al-Quran, sama macam kita semua.
Bayangkan perasaan bila dapat jadi sebahagian daripada usaha ni😭. Simple je sebenarnya - waqafkan Al-Quran Braille, tapi impaknya besar sampai boleh jadi bekalan kita di akhirat nanti, insyaAllah.
Tentang Al-Quran Braille ni :-
- 1 set lengkap ada 6 jilid.
- Setiap jilid ada 5 juzuk
- Kalau cukup 6 jilid = lengkap 30 juzuk Al-Quran
💰Pilihan sumbangan:
- 1 set penuh (6 jilid) → RM250.00
- 1 jilid sahaja (pakej ekonomi) →RM41.65
- Khairul Azar Omar - 019-366 4087
- Nurian Khairi - 017-367 9328
- Hj. Azman Maarof - 012-655 4008
- Mohd Rafee - 010-505 6704
This post have 3 komentar
Perkongsian yang ohsem Ekin..
Replytq share kak kin :)
Replywah kak ikin...
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon