Sunday, April 30, 2017

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Segmen 

Assalamualaikum.. 
Hai korang semua disaat akhir join segmen Seorang Syed Nak Bloglist ni.. baru ingat nak publish hahhahah... tulis dah lama tersimpan dalam draf..

Di dalam segmen ni Syed suruh tulis review tentang blog beliau ok ni review dari kak ekin mengenai Blog Syed kak ekin suka tang header blog tu hihihihi comel sangat.. lagi yang kak ekin suka sebab syed kira macam family dah hihihihi ayah kak ekin pun syed.. hahhaha.. blog syed banyak menceritakan tentang info yang bagus sesuai untuk semua golongan,walaupun bakal  bergelar seorang pendidik tak lama lagi masih sempat luangkan masa untuk blog tabir spring kat syed taw.. tu jer la yang kak ekin review.. 

So yang mana nak join segmen cepat-cepat sebab malam ni tempat jam 11.59pm... hahahhaha last minit join... semoga ada rezeki menang.. 

Nusroh Beauty Foundation

Nusroh Beauty Foundation | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.


Nusroh Foundation 

Hari ini baru berkesempatan nak kongsi dengan korang semua mengenai foundation yang Cik Ash sedang guna sekarang.. foundation ni Cik Ash beli di Pejabat HQ dekat tempat cik ash duduk sekarang.. foundatoin ni baru di pasaran dan akan membuat live di TV AL-HILJRAH pada 1 Mei 2017  jam 8.30 pagi.. Founder Nusroh Beuaty Foundation akan membuat live di TV.. Merupakan Foundation Mesra Hijab pertama di Malaysia.. 

"Review Cik Ash selepas menggunakan Nusroh Beuaty Foundation sangat best sebab masa pakai dekat muka senang nak ratakan , lagi yang Cik Ash suka pakai foundation ni dah tak yah nak pakai bedak dah , muka rasa ringan jer bila pakai tak macam pakai foundation pun.. foundation yang lama muka rasa ok tak ada gatal-gatal.. cik ash muka agak kurang sesuai nak pakai foundation apa-apa bedak ke muka sensitif kan.. tapi dengan nusroh beauty foundation memang cik ash berpuas hati pakai lama sapa ke malam muka ok jer tak de berminyak pun.. hihihihi.. lepas ni nak pergi beli lagi foundation ni sangat berpuas hati dengan nusroh beuaty foundatin ni.. "

Nusroh Beuaty Foundation merupakan pengeluar Foundattion "Mesra Hijab" yang pertama di Malaysia. Apa itu Nusroh Beuaty Foundation :- 
  • NBF Halal & Selamat - Untuk Wanita Muslim yang inginkan produk yang suci dan selamat. 
  • NBF mendapat pengiktirafan KKM, GMP & Halal digunakan. 
  • NBF adalah merupakan produk mesra wuduk untuk wanita berhijab majorotinya menjaga solat. 
  • NBF juga adalah produk "Daily Use" untuk wanita berhijab yang inginkan produk yang simple dan tidak terlalu menonjol. 
  • NBF tidak melekat pada tudung untuk wanita berhijab terutamanya berniqab tidak suka bedak atau foundation yang melekat pada tudung, melekit dan berminyak.
Di bawah ini  cik ash kongsikan kebaikan Nusroh Beauty Foundation ini :-

  • Mengandungi Vitamin E, Argan Oil & SPF 30 
  • Produk mesra Wuduk (mudah ditanggalkan) dan mesra solat (halal & suci) 
  • Struktur yang ringan & lembut ,tidak berminyak & tidak melekit. Pakai jer dan rata dan kering. 
  • Wajah akan segar dan wangi jer setelah pakai NBF ni. 
  • Harga yang berpatutan & Berbaloi dengan Kualitinya, Hanya RM35.00 (5g) tahan untuk 1 bulan. dan RM15.00 (1.5g) boleh tahan untuk 2 minggu.  
Ok la itu saja cik ash nak kongsikan dengan korang semua..

Friday, April 28, 2017

Drama Hikayat Cinta Pematah Hati

Drama Hikayat Cinta Pematah Hati 

Assalamualaikum... 
Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya sihat walafiat... 

Ni ada drama yang menarik gak harus ditonton dalam list ekin hihihihi.. sebabnya pengarah yang buat drama ni Datuk Rosyam Nor hihihihihi... suka sangat drama terbitan dia.. 

Masa tengok drama ni mula-mula nampak best pulak...lakonan Alif Sattar ni menjadi bab marah terkejut ekin hahahhaha... nampak jalanan cerita best  rasa ingin taw lagi episodenya.. tak sabar nak tengok drama ni lagi.. 

Antara pelakon yang menjayakan drama lakonan ialah Alif Sattar (Rayyan Rayqarl), Nabila Razali (Wafeen Wardah), Hafreez Adam (Daniel Elhan) dan Nadiyah Shahab (Tengku Zarynn). 

Sinopsis Drama Hikayat Cinta Pematah Hati

Wafeen Wardah mempunyai impan untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Rayyan Rayqarl. 

Rayyan Rayqarl yang kehilangan ibunya disisihkan oleh ayahnya yang berkahwin dengan bekas orang gaji. Rayyan Rayqarl mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja sudah mempunyai kekasih iaitu Daniel. Daniel Elhan sebenarnya adik tiri Rayyan Rayqarl. Sifat Rayyan yang suka makan karipap pusing  mengingatkan Wafeen pada seorang lelaki pada zaman kanak-kanaknya. 

Sementara itu,Daniel dipaksa bertunang dengan Tengku Zarynn membuatkan Wafeen kecewa Daniel pula tidak dapat melupakan Wafeen cuba merisik Wafeen bagi pihaknya. Rayyan yang mendapat tahu merancang dengan Tengku Zarynn untuk memenangi hati Wafeen.

Lagu Dalam Drama Hikayat Cinta Pematah Hati 

Berikut adalah lagu tema dalam drama Hikayat Cinta Pematah Hati.. Ekin dah dngar lagu ni memang best lagu cerita ini..

Lagu Tema 
Tajuk Lagu :  Aku Cinta
Penyanyi : Syamel & Ernie Zakri
Lagu: Syamel
Lirik : Syamel Aqmal

Lagu ni memang best ekin dengar syamel nyanyi sedap sangat.. ekin minat dengar suara syamel taw..

Tajuk Lagu : Oh Cinta
Penyanyi :Bella Nazari
Komposer : Hael Husaini,Mike Chan & Ezra Kong

Tajuk Lagu : Jangan Menangis
Penyanyi : Aizat Amdan
Komposer : Faizal Tahir,Mike Chan, Ezra Kong

Tajuk Lagu : Tabahkanlah
Penyanyi :Twinnnies
Lagu : DJ Fuzz
Lirik : Adi Viral

Tajuk Lagu : Tetap Ada Kamu
Penyanyi : Putera Muhammad
Lagu:Awi Rafeal & Faizal Tahir
Lirik : Awi Rafeal & Yasin

Tajuk Lagu : Sabar
Penyanyi : Ismail Izzani
Lagu & Lirik : Omar K,Adib Hamdi,Ismail Izani,Zyn

Ok la itu saja pengkongsian ekin mengenai drama Hikayat Cinta Pematah Hati ni... jumpa lagi nanti entri yang lain..




Thursday, April 27, 2017

Hadiah Dari Sabah

Hadiah Dari Sabah | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya.. 


hadiah sabah


Sebelum ni Cik Ash ada buat entri Wordless Wenesday ini dapat hadiah dari sabah.. hihihihi.. happy sangat dapat gelang pandora dari sabah jer..  cantik sangat pandora ni.. sayang pulak nak pakai.. pandora set dengan keronsang. 

Gelang Pandora ni Cik Ash dapat hadiah daripada adik lelaki Cik Ash sekarang dia berkerja di Sabah nuh hihihihi.. terasa nak kirim lagi la nanti nak buat koleksi pulak hahhahaha... nak beli barang sabah senang la nanti hihihihihi.. 

2 orang adik Cik Ash duk disabah adik lelaki jurutera dan adik perempuan pulak pensyarah di sebuah sekolah dekat sabah.. kedua-duanya dah berpunya hahhahah.. adik lelaki tak lama dah nak kahwin... hihihihihi... 

Ok la itu jer Cik Ash nak kongsi dengan korang semua... entri ringkas sahaja.. jumpa lagi nanti.. 

Wednesday, April 26, 2017

Tuesday, April 25, 2017

Hasil Seni Secara Spontan

Hasil Seni Secara Spontan


Assalamualaikum.. diharap semuanya sihat walafiat... alhamdulilah diberikan kesihatan menaip warkah buat sahabat dekat blog ni..

Pada 21hb April tu saja-saja nak hilangkan rasa boring lepas tu ada kelapangan , secara spontan terhasil lukisan doodle bunga tu... nak asas bakat melukis bunga kembali memang meletihkan tangan hahahahha... lama dah tak melukis ni.. last melukis 14 tahun dah berlalu.. lama sangat tu..

Lagi ada seorang anak saudara suami minat lukis doodle kartun siap lukis jual dekat sekolah dia rm0.50 satu kertas A4 taw.. ni dia nak belajar dengan ekin buat doodle bunga nak try jual pulak.. hihihihi.

syok la main lukis-lukis bunga ni.. hihihihi... selalu duk main game clooring dalam app hp tu ni kita buat sendiri hahhaha... warna-warna sampai habis. hihihihihi.. dah boring cara kita lukis sendiri pulak hahahhah... syok sangat dapat hasilkan doodle bunga gitu.. lepas tu nak cari pen khas untuk melukis nanti.. mana taw nanti ada yang berminat dengan hasil doodle ekin buat kan.. 

Ok la itu saja yang cik ash nak kongsikan dengan korang semua.. jumpa lagi dientri dekat blog ini jumpa lagi nanti.



Monday, April 24, 2017

Cuti Umum Hari Pertabalan Agong

Cuti Umum Hari Pertabalan Agong | Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar dua hari tak update blog biasa la bila kesihatan tak beberapa ok mula blog terabai sikit lagi pulak mood nak menulis tak datang pulak..



Hari ini mesti ramai cuti kan.. hari ini merupakan cuti umum bersempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V. 

Pertabalan ini akan diadakan di Balairung Seri Istana Negara manakala pada sebelah malamnya Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan Istana Negara. 

Tak lupa juga Pameran Raja kita akan diadakan pada Hari Selasa 2 Mei di Muzium Diraja ( Istana Negera Lama).  

So kepada kawan-kawan Cik Ash yang bercuti hari selamat bercuti berholiday dengan family korang semua... Cik Ash suami keje semalam balik pagi ni tak keje malam nanti.. katanya nak bawa Cik Ash pergi tengok wayang lama tak bawa isteri pergi dating hihihihi.. ambik peluang cuti sekolah kebetulan suami off kan.. kat rumah ramai anak2 saudara datang boleh temankan mok.. 



Daulat Tunku 


Ok la itu saja yang Cik Ash nak ucapkan dekat korang semua.. selamat bercuti semua.. Cik Ash out dulu nak pergi dating-dating hihihihi.. bye.. 


Jom join Giveaway Jiakreatifelt!


Assalamualaikum..
Jom join giveway ni memeriahkannya.

tarikh tutup 27/4/2017

Friday, April 21, 2017

Tahniah Syamsul Dan Puteri Sarah Liyana Dapat Anak Lelaki

Tahniah Syamsul Dan Puteri Sarah Liyana  |Assalamualaikum..  Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat la ya..

kredit gambar instgram syamsul 

Alhamdulilah semalam duk godek-godek instagram syamsul yusof Cik Ash ada nampak dia update gambar anak lelaki beliau.. comel sangat baby bila la turn Cik Ash nak ada baby sendiri hihihihihi.. 

Alhamdulilah Cik Ash ucapkan Tahniah buat kedua-dua pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di atas kelahiran bayi sulung mereka yang diberikan nama Syaikhul Islam Bin Mohd Shamsul. 

Bayi mereka lahir seberat 3.5 kilogram di Pantai Medical Centre pada 19.4.2017.. Tahniah diucapkan buat syamsul dan puteri sarah semoga dengan kehadiran baby lelaki dapat menyerikan kehidupan rumahtangga mereka.. 

Ok la korang semua itu jer Cik Ash nak kongsi, jumpa lagi nanti di entri yang lain kisah yang lain pulak ya.

Thursday, April 20, 2017

Filem Munafik 2 Akan Datang

Filem Munafik 2 Akan Datang 


Assalamualaikum.. Hai korang semua apa ekin harap semuanya sihat walafiat ya.. baru-baru ini Cik Ash ada intai instagram Syamsul Yusof ada ternampak satu post berkenaan dengan Filem Munafik 2 yang sedang membuat shutting sekarang.. 

Nampak dekat instagram ada pelakon baru yang akan terlibat dia antara pelakon-pelakon yang sebelum ni masih dikekalkan wataknya.. Antara pelakon yang Cik Ash tengok dekat ig Nasir Bilal Khan, Maya karin dan ramai lagi kut.. 

Munafik 1 yang sebelum ni pun dah menyeramkan sangat kalau yang ke dua Cik Ash rasa lagi menyeramkan dan suspen kut.. hak no 1 takut nak tengok seorang-seorang mujur la masa tu pergi tengok dekat wayang dengan suami hihihihi dan Cik Ash pernah  Review Filem Munafik ni..

Nantikan Filem Munafik 2 di pawangan nanti tapi tak taw bila lagi.. hihihihi kalau Cik Ash taw bila akan keluar dipawangan ekin update semula ya.. Ok la itu saja untuk pengkongsian ekin hari ini dekat blog..


Update Cik Ash  ada dengar  semalam dalam Anugerah Meletop ERA Datuk Yusof Haslam bagitaw Munafik 2 bakal keluar di pawangan tahun 2018... hihihihihi.. so kita tunggu kemunculan filem seram munafik 2  ini di pawangan pada tahun 2018..

Update terbaru Filem Munafik 2 bakal menemui penonton pada 30 Ogos 2018.

Wednesday, April 19, 2017

Wordless Wenesday #95 | Penyibuk Yang Manja

Wordless Wenesday #95 | Penyibuk Yang Manja

landing kacau orang buat keje




Tuesday, April 18, 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini by Ourmemoria.my


Assalamualaikum.. malam ni ekin ambik peluang join giveaway dekat blog support kawan blogger.. ada rezeki alhamdulilah tak ada ekin ok jer.. hihihihi..


Jom kawan-kawan memeriahkan giveaway yang di anjurkan oleh Ourmemoria ni..

Tarikh tutup pada 1 mei 2017

Dapat Voucher - Hasil Berkolaborasi bersama ZALORA

Dapat Voucher - Hasil Berkolaborasi bersama ZALORA


Assalamualaikum.. alhamdulilah rezeki blog Cik Ash ni walaupun tak ada popular mana dapat gak di intai-intai oleh Zalora Malaysia untuk berkolaborasi hihihihihi.. kolaborasi pada mac aritu.. tulis artikel dapat la voucher zalora.. 

Berapa jumlah vocher Cik Ash dapat itu biarlah rahsia hihihihi.. alhamdulilah sempat shopping di zalora guna voucher beli dua barang iaitu sandal dan kasut... hihihihi..jimat duit boleh guna untuk raya terus.. 

Kasut Shopping Dulu yang sebelum ni guna voucher zalora masih ok lagi boleh guna lagi ni beli yang lain pulak.. hahahha.. tak pe buat koleksi guna gilir pakai kan.. 

Hasil shopping Cik Ash kali ini ialah kasut dan sandal dari brand zalora.. kualiti nampak biasa jer.. kalau yang sebelum ni Cik Ash shopping brand velvet tu kualiti memang terbaik.. hihihihi

Sandal 

Ok la itu saja yang Cik Ash nak kongsi dengan korang semua, harap dimurahkan rezeki lagi blog Cik Ash ni untuk orang kolaborasi lagi.. so yang mana terlepas nak baca entri yang share aritu boleh la terjah entri Hush Puppies Kasut Dan Aksesori.

Monday, April 17, 2017

Resepi Lempeng Manis Pemanggang Ajaib

Resepi Lempeng Manis

lempeng manis 

Assalamualaikum..Selamat pagi..alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk kongsi cerita dekat blog ni.. Cik Ash harap semua sihat walafiat ya.. agak lama ekin tak kongsi resepi dekat blog ni kan.. hihihihi so hari ini Cik Ash nak kongsi dengan korang semua.. 

Sebelum ni suami ada buat permintaan nak makan lempeng manis nak bawa pergi keje kebetulan minggu lepas suami keje malam Cik Ash bekal la suami lempeng manis tu.. biasa la shif malam suami tak mau makan bihun,maggi dah katanya dah jemu hihihihihi.. 

so untuk ubah selera Cik Ash buat la lempeng manis ni.. nak taw resepi lempeng ni boleh tengok dekat bawah ni ya.. Jom usha #dapurcikash

Resepi Lempeng Manis

Bahan-bahan 
2 Cawan Tepung gandum 
Air agak-agak 
1 biji telur 
4 Sudu gula 

Cara Membuatnya : 
1. Bancuhkan tepung gandum dengan air ,telur ,gula kacau dengan whisk sampai tak dah tak ada tepung berketul-ketul senang nak goreng nanti sekata lempeng .. 
2. Bila tepung dah sebati untuk buat lempeng boleh la panas kan kuali non stick ataupun pemanggang ajaib kalau ada la ya sebab ekin guna pemanggang ajaib buat lempeng ni.. 
3. 1 senduk lebih dalam pemanggang ajaib masak hingga kuning baru balik-balik lepas tu angkat la.. 
4. Dah siap boleh dimakan panas-panas sedap sangat.. hihihihi..

Ok la itu saja pengkongsian resepi dekat blog Cik Ash insyaAllah nanti lebih banyak lagi resepi akan menyusul hihihihi... 

Saturday, April 15, 2017

Purple Awesome Mac 2017

Purple Awesome Mac 2017 


Assalamualaikum, Hai korang semua apa khabar untuk hari ini harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Baru teringat nak update perhargaan buat top comment dekat blog ekin ni.. 

Berakhir sudah bulan Mac 2017 kan... kita dah masuk bulan April 2017 dah.. sekejap jer masa berlalu kan..dah nak dekat puasa..  baru sempat nak update top comment blog ekin.. Kini tiba keputusan senarai calon Purple Awesome Januari 2017 di blog Cik Ash ni.. 

Ok bawah  adalah senarai yang memberi komen di blog ekin.. ekin ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi singgah blog ekin ni.. semoga anda semua teruskan memberi komen di blog ekin ini.. jangan segan-segan taw... Dekat bawah senarai mereka yang bertuah 

Tempat Pertama : Nina Mads 

Tempat Kedua : Hidayu Ayumie

Tempat Ketiga : Mama3Farhanah



Tempat Keempat : EL

Tempat Kelima : Seorang SYed

Tempat Keenam : Unni Anje


Tempat Ketujuh : Siti Nurzafirah

Tempat Kelapan : Cik Cappuccino Latte

Tempat Kesembilan : Farah MF


Tempat Kesepuluh : Siti Rohaida Yusof

Ok itu saja yang ekin nak kongsi.. semua rakan yang tersenarai dalam ni ekin akan terjah blog korang nanti.. tanya terima kasih.. dan akan dimasukkan ke bloglist di sidebar.. 

Friday, April 14, 2017

Jana Pendapatan Online Bersama 8share

Jana Pendapatan Online Bersama 8Share | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya..


8share



Jom kawan-kawan  mari kita jana pendapatan online bersama 8share . Nak menyertai 8share ini sangat la mudah! Anda hanya perlu sebarkan iklan-iklan 'Specials' melalui media sosial yang korang ada kepada keluarga dan rakan-rakan. Cik Ash nak bagitaw 8share kini telah ditukar nama kepada 8coin..

Guna segala media sosial yang anda ada iaitu Facebook,Twitter,Instagram dan apa saja platform media sosial yang anda ada. 

Setiap 1 klik pada iklan yang kita share tu akan dapat RM0.20 dan akan dimasukkan ke dalam akaun 8share anda.  Teruja tak bila iklan yang kita share dapat jumlah duit hihihihi..  tapi anda kena rajin share la ya.. jangan malas taw. 

Duduk di hadapan komputer hari-hari dan layari internet boleh dapat pendapatan sampingan dengan 8 Share kan. Sesuai sangat kepada semua orang yang berminat nak jana pendapatan ni. 

Cara Untuk Menyertai :- 

Pergi ke 8share dan klik "Sign Up" ianya adalah percuma , untuk membuka akaun 8share anda. Anda akan diminta untuk mengaktifkan akaun anda. Kemudian satu link pengaktifan akan dihantar melalui emel yang anda daftar. Sila semak emel anda untuk atifkan akaun. Klik pada link pengaktifan yang diterima dan anda akan dihantar ke halaman utama dan anda boleh terus menggunakan akaun 8share. 

Thursday, April 13, 2017

MAGGI Oat Mee Perisa Kari

MAGGI Oat Mee Perisa Kari |Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat la ya.. banyak hari tak buka blog disebabkan tak beberapa sihat sikit.. letih duk berulang ke tandas..hihihihi..

Maggi OatMee 

Hari ini  Cik Ash nak kongsi review ni, Cik Ash dah cuba  Maggi OatMee Perisa Kari ni selalu duk tengok iklan dekat tv baru la beli.. Nak tumpu perhatian tulis entri kat blog tak dapat la bila duk asyik berulang ke tandas ni hihihihi.. hari nak ok sikit.. tu yang taip entri dekat blog.. 

Bekal Untuk Suami g keje..

Siapa kah sini pernah makan Maggi OatMee Perisa Kari ini kalau yang belum pernah makan lagi ekin syorkan cepat-cepat cuba taw.. Sebab Maggi OatMee sangat sedap tidak muak bila dimakan..merupakan maggi yang mempunyai oat bijian penuh dan gandum dengan digabungkan dengan perisa kari yang beraroma untuk menghasilkan maggi sangat lazat dimakan..Maggi yang Kenyal juga mempunyai minyak bawang beraroma dan sos istimewa taw..  Maggi ni Cik Ash selalu buatkan untuk suami makan pergi keje.. hihihihihi.. suami Cik Ash pun kata kenyang makan maggi ni.. sedap pun sedap tak muat mana.. 

So kepada yang ingin mendapatkan Maggi OatMee Perisa Kari ni boleh dapatkan di Lazada taw sebab di lazada sekarang sedang berlangsung jualan Nestlé Wellness Together-Gather on Lazada Malaysia tak pun klik sahaja gambar maggi dekat bawah ni boleh terus beli di lazada nanti hihihihi.. maggi yang dijual lazada ada buy 2 paket maggi OatMee ni akan dapat  1 x beg Oat Mee taw.. 

Maggi OatMee Lazada 

Ok la itu saja yang Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua, nak cuba maggi OatMee ni cepat-cepat beli lazada ya.. hihihihi.. senang tak yah cari dekat kedai dah.. sebab dekat kedai Cik Ash duk beli harga RM6.90 memang mahal tapi sangat lazat.. hahahhaha..

Tuesday, April 11, 2017

Kontest "Siapa Nama Baby Hasrul Hassan"

Kontest "Siapa Nama Baby Hasrul Hassan" 

Assalamualaikum.. Hai korang semua,, lama tak join contest dekat blog ni hari terlebih rajin nak main teka nama baby bro HH... 

Syarat untuk menyertai pun senang sangat.. 

Kontest "Siapa Nama Baby Hasrul Hassan" di hasrulhassan.com, direalisasikan bersama www.aynorablogs.com, sitiyangmenaip.blogspot.myhttp://www.sayaiday.com/kitepunye.comwww.cikpinz.com,www.khatyaiman.com, dan unclezuan.com.

Saya nak teka nama baby Baru HH ialah nama HASIF ZIQRI

Ucapan Buat baby  semoga membesar jadi anak yang soleh dan semoga ada sifat yang  terpuji buat ibu bapa nanti.. tak lupa juga diberikan kesihatan yang baik nanti..

Nak join Kontest ni boleh klik dekat Kontest 'Siapa Nama Baby Hasrul Hassan'


Pemenang Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL)

Pemenang Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL)


Assalamualaikum.. Hari ini baru ada kekuatan untuk menaip entri dekat blog.. sekarang tak beberapa sihat mana loni.. hihihihi.. 

Semalam telah berlangsung Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017  di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada jam 9 April 2017  jam 9.00 malam di TV3.. Anugerah ni diadakan untuk mengiktirafkan drama-drama yang bersiaran sepanjang tahun 2016.  DFKL tahun ni mengangkat tema "#Ceritakita". Tema ini lebih memberikan impak secara langsung kerana pengisiannya adalah refleksi kepada kehidupan seharian kita.Pengacara yang pada malam itu ialah Sherry Alhadad, Ag Azmerr dan Rita Rudaini.. 

Antara -Antara yang pemenang DFKL 2017 tekaan ekin semuanya betul sangat memang dah jangka drama 7 Hari Mencintaiku akan menang banyak kategori nanti. sebab lakonan hebat BUNTAT drama itu jadi trading di semua media sosial hihihihihi..

Pemenang Drama Festival Kuala Lumpur

Aktor Pilihan : Shukri Yahya ( 7 Hari Mencintaiku) 
Aktres Pilihan : Mira Filzah (Cinta Si Wedding Planner) 
Drama Pilihan : 7 Hari Mencintaiku 
Pengarah Pilihan : Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku) 
Penulis Skrip Pilihan : PGRS (7hari Mencintaiku) 
Antogonis Pilihan : Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap) 
Pasangan Pilihan : Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku) 
Lagu Tema Pilihan : Lelaki Teragung (7 Hari Mencintaiku) 
Drama Pilihan Tonton VIP: Meh Sandar Pada Aku 
Drama Radio Pilihan: Terima Kasih Ex 
Drama Pendek Pilihan : Kongsi Kalau Malu 

Ok itu di antara senarai pemenang yang menang.. tahniah buat semua pemenang.. tahniah juga buat drama 7 Hari Mencintaiku menang besar malam tu.. 



Thursday, April 6, 2017

Takoboy Takoyaki Kulim

Takoboy Takoyaki Kulim | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya sihat walafiat. Terima kasih yang pertama kali singgah baca blog Cik Ash ni.


Pada 1/4/2017 aritu Cik Ash pergi pasar malam dalam hujan lebat tak taw nak makan apa kat pasar malam selalu duk Young Ta Fu jer rasa dah puas sangat makan..  last-last Cik Ash beli Tokayaki  jer.. Sangat puas hati makan.. lagi pulak yang membuat orang melayu kita... rasa yakin nak makan hihihihi.. 

Walaupun jual kat pasar malam rasa dia pun boleh tahan sedap sama dekat Giant yang ekin pernah makan dulu-dulu.. so kalau korang nak cuba takoyaki ini boleh jer ke facebook Takoboy Takoyaki Kulim ya. 

Kalau korang tahu Takoboy Takoyaki Kulim akan menjual setiap Rabu dan Sabtu di pasar malam Taman Mutiara Sungai Kob. Ok la korang semua itu Cik Ash nak kongsi keseronokan makan takoyaki yang sedap ni.





Wednesday, April 5, 2017

Review Filem KONG Skull Island

Review Filem KONG Skull Island |Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, Cik Ash harap semuanya sihat walafiat la ya..baru sempat nak publish entri ni hihihihihi... dah lama tengok cerita ni..




Di kesempatan ini Cik Ash nak share dengan korang semua, hari sabtu 11/3/2017 aritu Cik Ash diberi kejutan buat suami,dia off keje hari itu siap rancang nak bawa Cik Ash pergi tengok wayang.. siapa tak suka suami buat kejutan macam ni kan.. hihihihi..pagi tu Cik Ash bangun seperti selalu buatkan sarapan lepas tu kejut dia bangun keje dia senyum pelik jer dalam hati dah kenapa suami Cik Ash ni senyum-senyum,akhirnya suami pun cakap jom kita pergi cari lauk untuk seminggu,dengar dia cakap macam tu Cik Ash pun kata owh patut la seminggu ni tidur lewat jer sokmo ya.. ada rancang benda ya..



Memang Cik Ash tak taw  suami akan off keje pada hari sabtu tu sebab selalunya dia OT jer sokmo.. pandai suami Cik Ash merancang setiap malam tidur lewat jer rupanya ada rancangan dalam diam nak buat kejutan kat Cik Ash hihihihi..



Eh apa Cik Ash terlebih-lebih bercerita kisah sweet suami Cik Ash nanti ada yang jemu hahahhaha.. jom baca kisah review filem KONG Skull Island Cik Ash dekat bawah ni... Tengok kong dekat pawangan besar gila hahahhah kejut sokmo dah la hitam siap malam tu termimpi la.. serammmm bawa ke dalam mimpi... hahahaha.



Review Filem KONG Skull Island
Cik Ash bagi filem kong 4 bintang  jer sebabnya agak kurang sikit jika nak dibandingkan dengan filem king kong yang lama tu..  Lagi pulak cerita banyak  menayangkan macam peperangan la pulak..  Lagi banyak nyawa binatang terkorban hihihi..  Kong ni merupakan  Raja dihutan tu jaga keselamatan  binatang yang lain daripada cicak terkongkorak gergasi yang membunuh..  Lagi pulak dah Kong tu nampak orang berdiri  tegak siap berjalan biasa la kong 2017 kan.. Kong  ni dia tak lemah kepada wanita hahahaha tak macam king kong sebelum ni..  Muka pun begis semacam apa yang menarik citer ni kong tak kacau orang kalau orang tak kacau tempat dia berbalik pada cicak terkongkorak tu,apa yang membuatkan kong lebih marah cicak tu jugak lah yang telah membuah ibu,bapa kong dan yang lebih menyedihkan cicak tu jugak yg membunuh bangsa kong,sebab tu bila kong berhadapan dengan cicak tu kong tak akan bagi peluang dia akan bunuh,misi manusia untuk menerokai pulau yang di katakan penuh misteri dan hampir di samakan dengan segi tiga bermuda,yang lagi menambah aksi apabila pihak yang ingin meronakai telah membuat kekacauan di pulai tersebut menyebabkan Kong Raja Rimba terasa tercabar dan merasa ada yang ingin mencerobohi tempat yang ia jaga selama ini untuk mengetahui kisah selanjutnya kena lah tonton..  Itu jer yang Cik Ash review la..

Tuesday, April 4, 2017

Catatan Popular Sepanjang Bulan Mac 2017

Catatan Popular Sepanjang Bulan Mac 2017


Assalamualaikum
Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya. 

     Seperti biasa la ya, bila dah masuk bulan baru ini ekin nak share berkenaan dengan Catatan Popular Sepanjang Bulan Mac 2017 aritu.. entri yang menduduki carta teratas untuk bulan aritu ialah Novel Ramlee Awang Murshid Seluruh Familyku Minat Novel sebanyak 2456 view ni sebab naik aritu ada join segmen Meroket traffik dari bro Hasrul Hassan. Install kodi Dalam Android Hpyytv view sebanyak 2022 view, Wordless Wenesday #93| Asam Jeruk Merah sebanyak 1524 view, diikuti entri Wordless Wenesday Biodata Pelakon Drama The Promise  sebanyak 1492 view Tak lupa juga Drama The Promise sebanyak 1086 view dan lain-lain sila rujuk gambar dan link entri dibawah. 

Kalau ada yang terlepas baca entri yang ekin share sebelum ini boleh jer baca dekat senarai Catatan Popular sepanjang Bulan Mac 2017 dekat bawah ini dan boleh klik di link di bawah untuk baca .... ☺

Monday, April 3, 2017

Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat kini di Muzium Negeri Kedah

Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat kini di Muzium Negeri Kedah | Assalamualaikum.. Alhamdulilah masih diberi peluang menulis entri ni... kalau ikut sebelum ini Cik Ash pernah tengok Pameran Arifak Rasulullah s.a.w  & Para Sahabat r.a ni masa tu kalau tak silap Cik Ash pada tahun 2012 agak lama sangat Cik Ash dah lupa la..lagi pulak masa tu buat dalam istana kubang kerian kawalan ketat sangat nak ambik gambar dekat pameran tak boleh hanya dapat lihat dan menhayati pameran sahaja.. nak buat kenangan tak dapat..sedih sangat bila teringat pengalaman tengok pameran begini. 




Dan pada hari ini Cik Ash nak suruh rakan-rakan Cik Ash yang baca blog ini jom reramai datang ke Pameran Artifak SAW dan Para Sahabat RA untuk kita lihat sendiri dengan lebih dekat, mempelajari dan menhayatinya bahawa kesemua itu pernah dipegang dan digunakan oleh baginda. Peluang macam ni hanya sekali dapat kita tengok pameran ni.. 

Pameran Artifak ini juga telah dirasmikan oleh YAB Dato'Seri DiRaja Ahmad Bashah Bin Md.Hanipah, Menteri Besar Kedah Darul Aman pada 27 Mac 2017 di Pekarangan Muzium Negeri Kedah pada jam 3 petang. 




Antara-antara Artifak yang di pamerkan di Pameran Artifak Rasulullah SAW  ini ialah seperti gambar di bawah ini.. Jom usha-usha tengok gambar dekat bawah ni 


 Capal Rasulullulah SAW

Rambut Rasulullah SAW

 Serban Rasulullulah SAW

Kalau ikut banyak lagi Artifak yang dipamerkan di Muzium Negeri kedah ni kalau ingin tengok lebih banyak lagi artifak-artifak ni boleh korang berkunjung ke Pameran Artifak ini di Muzium bila-bila masa ya.

Berikut Antara Pengunjung bertuah yang dapat hadiah di Pameran Artifak Rasulullah SAW , Alhamdulilah bilangan pengunjung yang datang pameran semakin ramai sekarang telah pun mencecah 20 ribu pengunjung.

Pengunjung Ke 1000 dapat T-shirt 

Pengunjung bertuah ke 10,000 adalah En.Husni bin Yusuf dari Kuantan.

        
  Pengunjung bertuah yang ke 20,000

Tak lupa juga di Pameran Artifak juga turut diadakan aktiviti di perkarangan diluar Muzium Melaka ada gerai ataupun kedai jualan dan juga promosi memanah, yang teringin nak asah skill memanah pun boleh. Silalah ke booth memanah ottoman Archey. Tiga panah cuma RM2.00. Boleh dapatkan tiket percuma nanti kalau penahan anda tepat. 

 Aktiviti Memanah

Manakala Harga Tiket adalah seperti di bawah:
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang

Dapatkan tiket di www.tamadunislam.com
Dapatkan tiket di www.tamadunislam.com
Dapatkan tiket di www.tamadunislam.com

#PameranArtifak #TamadunIslam #Kedah #MuafakatKedah #Islam #iloveislam #MuziumKedah @PameranArtifak

Website : http://tamadunislam.com
Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak
Instagram : https://www.instagram.com/pameranartifak
Twitter : https://twitter.com/PameranArtifak