TICKER

Monday, April 3, 2017

Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat kini di Muzium Negeri Kedah

Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat kini di Muzium Negeri Kedah 


Assalamualaikum.. Alhamdulilah masih diberi peluang menulis entri ni... kalau ikut sebelum ini Cik Ash pernah tengok Pameran Arifak Rasulullah s.a.w  & Para Sahabat r.a ni masa tu kalau tak silap Cik Ash pada tahun 2012 agak lama sangat Cik Ash dah lupa la..lagi pulak masa tu buat dalam istana kubang kerian kawalan ketat sangat nak ambik gambar dekat pameran tak boleh hanya dapat lihat dan menhayati pameran sahaja.. nak buat kenangan tak dapat..sedih sangat bila teringat pengalaman tengok pameran begini. 

Dan pada hari ini Cik Ash nak suruh rakan-rakan Cik Ash yang baca blog ini jom reramai datang ke Pameran Artifak SAW dan Para Sahabat RA untuk kita lihat sendiri dengan lebih dekat, mempelajari dan menhayatinya bahawa kesemua itu pernah dipegang dan digunakan oleh baginda. Peluang macam ni hanya sekali dapat kita tengok pameran ni.. 

Pameran Artifak ini juga telah dirasmikan oleh YAB Dato'Seri DiRaja Ahmad Bashah Bin Md.Hanipah, Menteri Besar Kedah Darul Aman pada 27 Mac 2017 di Pekarangan Muzium Negeri Kedah pada jam 3 petang. 




Antara-antara Artifak yang di pamerkan di Pameran Artifak Rasulullah SAW  ini ialah seperti gambar di bawah ini.. Jom usha-usha tengok gambar dekat bawah ni 


 Capal Rasulullulah SAW

Rambut Rasulullah SAW

 Serban Rasulullulah SAW

Kalau ikut banyak lagi Artifak yang dipamerkan di Muzium Negeri kedah ni kalau ingin tengok lebih banyak lagi artifak-artifak ni boleh korang berkunjung ke Pameran Artifak ini di Muzium bila-bila masa ya.

Berikut Antara Pengunjung bertuah yang dapat hadiah di Pameran Artifak Rasulullah SAW , Alhamdulilah bilangan pengunjung yang datang pameran semakin ramai sekarang telah pun mencecah 20 ribu pengunjung.

Pengunjung Ke 1000 dapat T-shirt 

Pengunjung bertuah ke 10,000 adalah En.Husni bin Yusuf dari Kuantan.

        
  Pengunjung bertuah yang ke 20,000

Tak lupa juga di Pameran Artifak juga turut diadakan aktiviti di perkarangan diluar Muzium Melaka ada gerai ataupun kedai jualan dan juga promosi memanah, yang teringin nak asah skill memanah pun boleh. Silalah ke booth memanah ottoman Archey. Tiga panah cuma RM2.00. Boleh dapatkan tiket percuma nanti kalau penahan anda tepat. 

 Aktiviti Memanah

Manakala Harga Tiket adalah seperti di bawah:
* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar – RM10.00 seorang
* Warga Emas – RM10.00 seorang
* OKU – RM10.00 seorang

Dapatkan tiket di www.tamadunislam.com
Dapatkan tiket di www.tamadunislam.com
Dapatkan tiket di www.tamadunislam.com

#PameranArtifak #TamadunIslam #Kedah #MuafakatKedah #Islam #iloveislam #MuziumKedah @PameranArtifak

Website : http://tamadunislam.com
Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak
Instagram : https://www.instagram.com/pameranartifak
Twitter : https://twitter.com/PameranArtifak

Jom Tengok Video ni dekat bawah :-

Video 1



Video 2



2 comments:

  1. ari tu ada pameran di melaka.
    anak-anak aida gi, rombongan skola.
    aida x sempat nak jengah. masa tu masih keje di seremban.

    ReplyDelete