TICKER

Thursday, August 17, 2017

Cucur Kembong Viral

Cucur Kembung Viral | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, ada kesempatan menulis blog cik ash kongsikan la aritu ada buat cucur kemvung viral ni.. 


Baru taw cara nak buat cucur yang lembut sampai ke pagi.. Lepas bulat comel jer tengok.. Aritu suami cik ash keje shift malam tu teringin nak buat cucur kembung viral ni.. Resepinya dah lama cik ash ambik dekat group MAHI tu dekat situ banyak resepi yang senang nak buat.. 







First time buat cucur kembung bila tengok hasil gotel-gotel bulat menjadi tersenyum gembira la cik ash, selalunya nak buat cucur ni agak kurang nak menjadi bulat macam tu asyik leper jer hahahahaha.. 

Lagipun suami cik ash suka makan style leper-leper ni dia nak makan bunyi krup krup bila makan cucur tu.. Loni bila dah tukar style kembung ni suami cik ash dah mula nak beralih arah ni hihihihi.. 

Sampai pagi cucur kembung tetap lembut di makan taw, suami cik ash bagitaw dia makan masa pukul 4 pagi lembut lagi tak keras langsung, patut la cucur dekat kedai lembut macam ni buat style begini kut.. Cik Ash try juga makan ada lebih dalam 3 biji makan dalam pukul 8 pagi pun tetap lembut lagi.. 

Lepas ni nak buat cucur style macam ni jugak guna ikan bilis,ubi kentang dan macam-macam lagi bahan yang boleh di masukkan ke dalam cucur janji kita yang buatkannya bukan ianya buatkan kita.. InsyaAllah menjadi nanti.. Belum cuba belum taw kan.. 

Dekat bawah ini cik ash sertakan resepi yang sempat cik ash screen shoot dekat group masakan tu.. Jom usha resepi senang dan mudah sangat.. Yang tak pandai buat akan jadi rajin nak buat lepas ni.. 

Resepi Cucur Kembong

Bahan-Bahan 
2 Cawan Tepung Gandum 
2 Cawan air panas 
3 sb gula 
1/2 st garam 

Cara membuatnya :- 
1. Campurkan tepung gandum+gula+garam ke dalam mangkuk, gaul sebati. 
2. Masukkan air panas dan kacau dengan senduk sehingga sebati, biarkan sedikit sejuk. 
3. Bila adunan dah sejuk, ambik sedikit adunan dan bulatkan (saiz bulat itu cik ash guna penimbang buat dalam 10gm. * Ok masa nak bulatkan adunan akan melekat dekat tangan so nak bagi doh tu licin, calit sikit air dekat hujung jari supaya doh yang kita nak bulatkan itu tak melekat di tapak tangan, bulat-bulat susun la dalam dulang ke. 
4. Panaskan minyak, guna kaedah minyak penuh,mananya cucur kembong tu teenggelam dalam minyak. 
5. Bila minyak dah panas slowkan api sket supaya tak nak bagi doh tu terkejut satgi kale tak cantik la pulak,lepas tu besarkan api balik ,kena goreng dengan api yang besar. 
6. Goreng sambil kacau-kacau, golek-golek cucur tu  untuk sekatakan warna cucur anda. 

Ok la itu saja resepi Cucur Kembong Viral tu.... selamat mencuba korang, mudah dan senang mesti menjadi insyaAllah... 



8 comments:

  1. Memang kembung dan gebu gebu cucur nya ya

    saya suka cucur yang rangup kat luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan sedap ibu mentua kata cucur ni sedap

      Delete
  2. Wah..Simple je resepinya...Bleh la try weekend ni kalo rajin..huhu

    ReplyDelete
  3. cucur ni dah lama kut cuma yg bulat gebus tu yg orang duk viral
    akk sllu je buat cucur ikan bilis + bwg..yg manis2 cam gini anak2 x suka

    ReplyDelete
  4. la tu je ke caranya... esok nk try buat la.. sedap gak makan ngan teh o panas

    ReplyDelete
  5. resepi yang cukup simple kan..

    ReplyDelete
  6. Nampak sedaplah Gaya kembung2 gitu

    ReplyDelete