-->

Tuesday, August 15, 2017

author photo
De Madinah Cafee Di Kulim | Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat ya..


Entri ni dah lama tersimpan dalam draf jer, lagipun cik ash pergi makan di kedai De Madinah Cafe Di Kulim dah lama pun pada 22 Julai 2017 aritu lagi.. Hari ini baru nak kongsikan dengan korang semua nampak sangat dah basi baru nak kongsi kan.. hihihihihi...

Pada 22 Julai aritu cik ash diprankkan oleh suami dia buat kejutan katanya dia off keje memang aritu cik ash cuti memasak.. pagi makan nasi dekat Eiman Kitchen balik daripada beli lauk dalam tengah hari pulak suami bawa pergi makan roti canai dekat taman perumahan kami..




Malam pulak kalau ikut suami cik ash nak bawa pergi makan dekat EON's Kulim Foodcourt tak jumpa cari kedai belah mana hihihihi biasa la suami cik ash namanya duk di kulim tapi bab kedai makan di kulim dia memang tak taw sangat sebabnya masa zaman bujang jarang nak keluar makan luar.. loni jer sejak ada bini bila time cuti kalau masa ada terluang suami mesti bawa makan kat luar hihihihi.. Eh nak jadikan ceritanya kami pun pergi la makan di De Madinah Cafee ni kiranya kali kedua cik ash berkunjung ke kedai makan ini..

Chicken Chop Combo 

De Madinah Cafee terdapat banyak cawangan antaranya di Sungai Petani,Kepala Batas. Manakala di kulim lokasinya terletak berdekatan dengan TESCO Kulim, di atas tempat restoran tu ada tempat gym untuk orang lelaki yang suka bergym boleh singgah situ sambil makan de madinah ni.. hihihihi...

Nasi Arab Kambing

Apa yang best di De Madinah Cafee ni sebabnya ada keistimewaan di De Madinah Cafee adalah makanan yang dihidangkan di dalam talam mengikut konsep sunah tanpa abaikan kualiti  dan rasa makanan, kalau anda yang order set keluarga yang hanya RM55 setalam, anda boleh makan 4 atau 5 orang dengan nikmati pelbagai hidangan barat seperti chicken chop,lamb chop,daging burger,jejari ayam,roti bakar telur berdene,sosej,kentang goreng,coleslaw dan satu jug teh O ais ataupun sirap di sediakan.. Tapi kami tidak pilih set talam kami pilih jenis yang combo.

Di dalam set Combo Chicken Chop memang puas hati makan taw sebabnya turut sertakan dengan makanan yang lain seperti jejari ayam,kentang goring, roti bakar telur berdeney, coleslaw dan minuman the o aus atau sirap yang disediakan. Lebih kurang sama dengan lamp chop juga. Manakala turut disediakan set nasi arab kambing dan ayam,mil cik ash punya nasi arab dia teringin nak makan lagi pun chicken chop ni dia agak kurang hihihihihi… nampak sedap juga nasi arab de Madinah ni cik ash try sikit jer sebabnya cik ash tak makan kambing hahahaha bau pun tak boleh sakit kepala bila bau.. hahahahha..

So anda yang berada di sekitar kulim boleh la singgah makan di De Madinah Cafee ni di lokasi di kulim, terletak di Taman Cengal Indah yang berhampiran dengan Pasaraya TESCO Kulim. Anda semua boleh juga berkunjung ke FB DMC Kulim ataupun boleh jugak rujuk alamat dan peta dekat bawah ini ya. 

D'Madinah Corner
Jalan Cengal 3/19, 
Taman Cengal Indah I,
 09000 Kulim,
 Kedah

Jam : 5.00 pm hingga 12.30am





Ok la itu saja review cik ash tempat makan best di De Madinah Cafee untuk korang semua jumpa lagi nanti ya.. 
your advertise here

This post have 15 komentar

avatar
Ibu Syurga delete August 15, 2017 at 8:36 AM

Assalamualaikum selamat pagi cik ash

ingatkan restoran makanan arab tadi. Hehe

Reply
avatar
Mama Hakim delete August 15, 2017 at 9:13 AM

Jauh benar nak merasa kat kulim tu cik ash

Reply
avatar
Hasif delete August 15, 2017 at 10:55 AM

fuh nampak sedap je chicken chop tu cik ash.. menyelerakan nampak nye tu..

Reply
avatar
Cik Ash delete August 16, 2017 at 2:53 PM

Waalaikumusalam.. makanan barat buat kelainan guna talam hihihihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete August 16, 2017 at 2:54 PM

bila datang ke kulim boleh la pergi kedai ni nanti

Reply
avatar
Busyra Takiyudin delete August 17, 2017 at 12:17 AM

wahhh sedap ni.. akak jom gather2 nnti.. hehe. ajak smua blogger kedah!

Reply
avatar
Cik Ash delete August 17, 2017 at 10:46 AM

ha ah memang sedap puas hati makan kenyang hihihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete August 17, 2017 at 10:46 AM

ok jugak cadangan tu busyra kumpul blogger kedah

Reply
avatar
el delete August 17, 2017 at 11:40 AM

sedapnya menu..nti boleh datang sini

Reply
avatar
Kaklong Chan delete August 18, 2017 at 11:29 PM

Minggu depan nak pi Kulim.
Bole la singgah sini :D

Reply
avatar
noor azlan delete August 18, 2017 at 11:54 PM

Sedapnya makanan tu... bergendang perut saya tengok...

Reply
avatar
Siti Awadah delete August 19, 2017 at 1:51 AM

Amboi cik ash... lama benor dok dlm draf tapi ok la mujur publish juga.. kalau tidak tersimpan je selamanya kan.. anyway, sedappp nampak semua tu.. terliur oi

Reply
avatar
Seorang Syed delete August 20, 2017 at 2:39 AM

Okay nasi arab kambing tu macam sedap ja! tapi jauh sangat pula nak pergi haha hanya mampu melihat.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post