TICKER

Wednesday, September 27, 2017

Drama Awak Suka Saya Tak

Drama Awak Suka Saya Tak | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya sihat.. eh ada nampak novel kak melur jelita dah di adapitasi drama la.. Novel Awak Suka Saya Tak? wah teruja sangat nak tengok drama ni..
 




Drama Awak Suka Tak merupakan karya Melur Jelita yang akan datang di slot MegaDrama di Astro Ria. Teraju utama drama ini ialah Alving Chong dan Emma Maembong. Drama ini mempunyai sebanyak 16 episode. Merupakan terbitan oleh Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Drama akan menemui penonton bulan Oktober nanti.

SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK
Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia. 
Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.

Ok la itu jer cik ash nak kongsi.. tak sabar nak tengok lakonan Alcving dan emma ni.. jumpa lagi nanti.. 

5 comments:

  1. haish byk btl drama, silih berganti...

    ReplyDelete
  2. Memang tak akan habis tonton drama

    sedar sedar masa dah banyak habis kan cik ash

    Leka

    ReplyDelete
  3. kak lina pun suka tau cite ni...cute sangat emma maembong masa gemuk...hihi

    ReplyDelete
  4. iye ke? kemalangan? alahai....
    besar btol dugaan diorang ekk :(

    ReplyDelete