TICKER

Thursday, September 28, 2017

Review Filem Kau Yang Satu

Review Filem Kau Yang Satu | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semua sihat walafiat ya.. 


Pada hari rabu waktu pagi baru sempat Cik Ash nak layan filem Kau Yang Satu di Kodi tu layan bersama dengan ibu mentuaku.. hihihihi..dah lama keluar tapi baru nak layan biasa la Cik Ash malas nak sangat nak tengok kat laptop ni.. lagi pun bagi ibu mentua tengok sekali dia pernah tanya filem ni dah keluar ke.. tu yang bagi tengok sekali.. 




Cik Ash dah pernah baca novel Kau Yang Satu tapi agak-agak lupa dah novelnya berkisah macam ner mula-mula tengok..memang tak faham tengok mula-mula filem ni.. Di awal permulaan cerita agak kurang faham cik ash tengok dimana tiba-tiba ayah Taufik boleh tersadai di sungai lepas tu diselamatkan oleh ayah salina iaitu Sulaiman.

Lakonan Izara Aishah (Salina) watak yang dilakonkan tu boleh diterima sangat krakter izara dalam filem tu nampak sangat sesuai bawa watak gadis kampung yang suka baca novel hihihihi... Manakala watak Aaron Aziz (Taufik) ni bawa watak dengan cara dia tersendiri macam dalam drama-drama dan filem beliau berlakon sebelum ni.

Manakala watak antagonis yang dibawakan oleh Soo Wincci (Isabella) itu tidak mengecewakan. Rasa geram jugak dekat dia hahahhaha.. duk goda-goda suami orang jer.. Taufik pulak bila dah taw Isabella dah curang baru nak cari isteri dia.. Part Soo Wincci di bunuh tu memang menyedihkan pulak tengok dibunuh dengan kejam oleh ayah kepada anak yang dikandungkannya.

Adengan salina tak pandai pakai tali leher dekat suami tu Cik Ash boleh terkeluar kata nasib baik la suami Cik Ash ni kerja kilang jer hihihihi... kalau kerja pejabat memang Cik Ash pun fail bab nak pakai tali leher ni, mesti terkial-kial nak pakaikan nanti pulak. 


Ok la itu jer review Cik Ash mengenai Review Filem Kau Yang Satu ni.. mungkin  ada review daripada korang yang berbeza dengan Cik Ash ke.. hihihihi..Cik Ash cerita filem agak kurang nak layan ni pun tengok sebab nak join ibu mentua dia yang nak tengok sangat..



10 comments:

  1. boleh lah cari cerita ni nanti. Nak tengok juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihihi best tengok.. macam tengok ombak rindu hahhahaha

      Delete
  2. kena tengok jg ni..kena request ke cik abe laa suh download..

    ReplyDelete
    Replies
    1. request2 ore mujur kodi boleh doh kalau gak suruh dia dowload gak ni hahhahaha

      Delete
  3. part shave tu pun sweet kak ashhhh! :D

    ReplyDelete
  4. aida pon da tgk citer ni, ekin.
    ok lah... ending nyer boleh dijangka.
    nice movie. suwinci memang terbaik :) i like her.

    ReplyDelete