TICKER

Monday, October 9, 2017

Cendawan Goreng Tepung

Cendawan Goreng Tepung | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..


Baru-baru ini Cik Ash ada ternampak ada orang share pasal cendawan goreng tepung dekat facebook nampak terliur sangat rasanya lama dah tak makan cendawan goreng tepung tu.. cara nak buat mudah janji ada bahan-bahan yang nak digunakan itu ada la ya.

Tapi sayang kalau ikut nak makan banyak cendawan goreng tepung disebabkan Cik Ash di dalam usaha untuk diet atas nasihat doktor terpaksa control makan cendawan ini itu makan sikit ambik rasa alahai sedapnya rasa nak bertambah-tambah nasi taw, jeles tengok suami makan sedap kita tak boleh nak makan sedap hahahahaha.. 

Mesti korang tak sabar dah taw resepi Cendawan Goreng Tepung ni kan jom usha resepi dekat bawah ini :- 

Resepi Cendawan Goreng Tepung 
Bahan-Bahan
Cendawan
Tepung Bestari (Spicy dan original) tapi cik ash guna spicy jer 

Caranya membuatnya 
1. Bancuh tepung bestari tu dengan air, bila dah sebati boleh la celur cendawan dalam tepung bagi sama rata tepung tu. 
2. Selepas dah serata gaulkan lagi sekali dengan tepung bestari yang kering bagi serata semua tepung. 
3. Bila tepung dah serata boleh cendawan ini untuk goreng, tapi sebelum nak goreng pasti minyak panas betul-betul ya.. 
4. Bila dah garing , boleh diangkat sejatkan minyak tu, baru la makan tak berminyak sangat tu.. 

Ok la itu saja resepi Cendawan Goreng Tepung Cik Ash share dengan korang semua, jumpa lagi nanti dientri yang lain jumpa lagi nanti.


29 comments:

  1. fav anak-anak miza. nyum.. nyum

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Huhu terliur sbb tengah diet jugak ni 😂

    ReplyDelete
  3. Teringin gak nak menggoreng cendawan ni. Tapi sbb ia kena guna tepung rangup tu ..cam malas lak ..

    ReplyDelete
  4. Dah lama jugak tak buat cendawan goreng tepung ni. Tiba-tiba teringin..hehehe

    ReplyDelete
  5. sedap ni makan garing-garing...cecah ngan sambal kicap pun masyuk

    ReplyDelete
  6. sedapppnya..oh guna tepung bestari ea

    ReplyDelete
  7. Baru-baru ni akak rasa yang cendawan enoki tu diorang buat goreng,...dap dap dap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cendawan enoki nak ken try la nanti... hihihihi

      Delete
  8. Ya Allahu rabbi!! terus berkeroncong perut ni.

    ReplyDelete
  9. ari tu asben beli 10paket cendawan tau, ekin.
    ingat kan nak buat cendawan grg tepung la 1-2 paket.
    terlupa!
    masak sup.
    masak lemak kuning.
    sayur goreng.
    abis 10paket :)
    teringat makan cendawan grg tep

    ReplyDelete
  10. teringat makan kat cameron higlands.
    rangup!!!
    ari tu beli cendawan 10 paket.
    terlupa langsung nak buat grg tepung, ekin.
    masak sup.
    masak lemak kuning.
    sayur goreng.
    hu hu hu...

    ReplyDelete
  11. Makan panas2 sedap ni Ekin..Yummy!

    ReplyDelete
  12. Mummy kalo Cendawan Goreng selalu beli je .. tak terlintas lagi nak buat..hehe Next time maybe..ehe

    ReplyDelete