Monday, October 16, 2017

author photo
Filem My Pet Dinasour | Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya.. baru ni Cik Ash berpeluang layan filem english rasa filem ni dah lama main tak silap Cik Ash ,ni baru ada masa nak layan.. 

My pet dinosaur
Sebenarnya Cik Ash kalau filem english nak tengok malas hahahaha.. sebabnya memang agak kurang minat nak layan, tetapi bila tertengok dalam Kodi ada filem My Pet Dinosaur ni rasa teruja la nak tengok filem ini so Cik Ash pun layan la pada 9hbln tu.. 

Filem My Pet Dinosaur ini telah ditayangkan pada 22 April 2017 (Australia), dengan panjang filem kira-kira 1 jam 38 minit. Filem ini juga diterbitkan oleh Megan Williams/Matt Drummond, dan juga dibintangi oleh Joanne Samuel membawa watak sebagai Doris Mercher, David Roberts sebagai Doctor, Jordan Dulieu sebagai Jake Emory, Belth Champion sebagai Jennifer Emory, Sam Winspear-Schillings sebagai Max Merriman, Rowland Holmes sebagai Kol. Roderick, Annabel Wolfe sebagai Abbey Tansy, Harrison Saunders sebagai Mike Emory, Tiriel Mora sebagai Trevor Brown, Tom Rooney sebagai Charles Altman, Darius Williams sebagai Jimmy Jonas, Christopher Gabardi sebagai Fred Tansy, Scott Irwin sebagai Officer Alan Farraday, Stephen Davis berperanan sebagai Will Spencer, dan Meghan Drummond sebagai Waitress. 

Sinopsis My Pet Dinosaur

Filem ini mengisarkan tentang sebuah bandar yang mempunyai pelbagai masalah, bandar ini penuh dengan kekacauan, apabila seorang budak lelaki secara tidak sengaja telah berjumpa kawan baru iaitu Dinosaur. Dengan Dinosaur berkembang pesat setiap hari, Jake merasa semakin sukar untuk mengekalkan rahsia rakan sekerja barunya.


Rakan-rakan jakes dan kawan perempuan yang bernama Abbie memahami bahawa mereka bukan sahaja berminat dengan dinosaur kecil yang aneh dan nakal ini..So nak taw kisah filem ni boleh tengok Online movie ni 123 movie atau go movie ya.. selamat menonton korang.

Review My Pet Dinosaur


Pengalaman Cik Ash menonton filem My Pet Dinosaur ni menceritakan tentang sebuah bandar yang mempunyai pelbagai masalah, yang mana bandar tersebut telah berlakunya kekacauan, di mana ada seorang kanak-kanak lelaki secara tidak sengaja menjumpa kawan baru,iaitu dinosaur. Dinosaur tu kiut sangat masa kecil dalam beberapa saat setiap hari dinosaur cepat membesar taw..  Cik Ash bila tengok cerita ini duk suka-suka hahahaha.. comel sangat dinosaur ni ikut arahan jake tu.. jake cakap apa dia ikut jinak la dinosaur tu.

Masa pasukan askar nak bunuh dinosaur tu Cik Ash nak marah hahahaha.. siap kata jahat la askar ni nak bunuh magnes yang comel tu... jake dan kawan-kawan meneruskan misi untuk menyelamatkan magnes daripada askar, selepas itu nak taw apa yang terjadi dengan dinosaur korang kena la tengok hahahahha.. kalau cerita tak syok la ya.. 


Ok la itu jer review cik ash mengenai filem My Pet Dinosaur, bagi Cik Ash cerita sesuai la untuk budak-budak tengok sebab kisahnya menceritakan pasal dinosaur dan jake jer ni.. jumpa lagi entri yang baru.. 



This post have 16 komentar

avatar
sis gee delete October 16, 2017 at 10:37 AM

anak gee si sulong obses dengan movie dinasour!haha

Reply
avatar
Cik Renex delete October 16, 2017 at 12:12 PM

kena tengok ni. jalan cerita menarik

Reply
avatar
NEEZA delete October 16, 2017 at 2:01 PM

wah macam syok je.. walaupun kita bukan budak2 tapi kita suka cerita genre macam ni

Reply
avatar
Cik Ash delete October 16, 2017 at 2:09 PM

hahahahah ni dah dewasa minat tengok

Reply
avatar
Cik Ash delete October 16, 2017 at 2:12 PM

syok sangat hahaha tu la minat genre mcm ni

Reply
avatar
Mazni Azmi delete October 16, 2017 at 4:22 PM

Assalamualaikum wrmbth

Apa khabar sis Cik Ash

Semoga semuanya lancar hari isnin ni

Anak Maznee yang bongsu tu lepas ada episod upin ipin dinosour terus suka sangat dekat dinosour

Reply
avatar
Najah Mustapa delete October 16, 2017 at 4:41 PM

boleh tengok time dah jemu layan filem bergenre thriller dan horror.
:)

Reply
avatar
Sheila Adziz delete October 16, 2017 at 10:53 PM

bagus ni tuk anak-anak akak spy mereka tak takut dgn haiwan...

Reply
avatar
Unknown delete October 18, 2017 at 7:45 AM

Same here..cerita ni best..anak-anak che'pah berulang kali tengok cerita ni. Abah dia lah yang download dari internet.

Reply
avatar
Unknown delete October 18, 2017 at 7:46 AM

Same here..cerita ni best..anak-anak che'pah berulang kali tengok cerita ni. Abah dia lah yang download dari internet.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post