Saturday, October 28, 2017

author photo
Keputusan Pemenang Super Spontan SuperStar 2017 | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. 

Superspontan SuperStar 2017

Semalam telah berlangsung final Super Spontan Superstar 2017  dengan meriah sekali, pembukaan untuk malam tu nyanyian oleh Floor 88 -Zalikha, Game Beku Finalis Super Spontan Superstar 2017 dengan kehadiran artis undangan Johan dan Zizan memeriahkan lagi super spontan superstar 2017 ini. 

Antara  game yang mereka main pada malam final itu ialah Beku, Emosi Tak Stabil, Sinetron Kehidupan, Sketsa Mengecut, Muzik Video Spontan, dan Dahiku Dahimu.

Part yang cik ash memang gelak tengok apabila Kamal Adli dan Zizan bertemu, sebabnya kedua-dua mereka sebelum ni ada kaitan dengan Emma Maembong kan. Kesian tengok Kamal Adli menjadi bahan lawak kepada para peserta , mentang-mentang kecoh kontroversi pasal kamal putus cinta dengan emma dan zahirah tu.

Dekat bawah ini ialah keputusan Pemenang Super Spontan SuperStar 2017 malam tadi. 

Juara Milik Kamal Adli membawa pulang wang tunai RM100,000 . Tempat kedua dimenangi Fad Bocey yang membawa pulang hadiah wang tunai  sebanyak RM50,000.Tempat ketiga pula diraihakan rakan seperjuangan, Achey yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak rm25,000. 

 Manakala tempat keempat hingga lapan pulak membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000 setiap seorang iaitu tempat keempat bini johan Ozlyn , tempat kelima Syuk Joras, Tempat keenam Mamat Puteh, Tempat Ketujuh Shahrol Shiro dan tempat kelapan Sharif Zero. Super Spontan SuperStar 2017 meriah sangat dengan dihoskan oleh Datuk Ac Mizal.. 

 Ok la itu saja yang cik ash nak kongsikan dengan korang semua mengenai keputusan pemenang superspontan superstar ini.. 


This post have 3 komentar

avatar
sis gee delete October 28, 2017 at 9:05 AM

gee pun rasa nak tergolek bila zizan melawak dengan si kamal adli pasal kes viral diaorang!pecah perot!

Reply
avatar
Cik Renex delete October 29, 2017 at 4:01 PM

kes dalaman jadi bahan lawak, memang menjadi2.hehehe..

ingatkna Fad yg menang juara,huu

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post